Pergi ke kandungan

Qifarah (filem)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Qifarah
PengarahGhaz Abu Bakar
Penulis
Cerita oleh
  • Priya Narayanan
  • Syamin Yusof
  • Michael Helfman
Dihasilkan oleh
Dibintangi
SinematografiIzzat Emir Mainon
Disunting oleh
  • Daniel Mahamad
  • Johan Arif Mazlan
Muzik olehTeoh Eng Hooi
Syarikat
penerbitan
Diedarkan oleh
Tarikh tayangan
  • 9 Oktober 2025 (2025-10-09) (Malaysia)
Masa tayangan
94 minit
NegaraMalaysia
BahasaMelayu
Pecah panggungRM 1.338 juta

Qifarah merupakan sebuah filem seram Malaysia 2025 arahan Ghaz Abu Bakar. Filem yang dibintangi oleh Datuk Remy Ishak, Sharifah Sakinah, Rita Nadira, Liyana Jasmay, Namron, Vanida Imran, Esma Daniel dan Rafique Iskandar. Filem ini mula ditayangkan di seluruh pawagam di Malaysia bermula 9 Oktober 2025.

Mengisahkan Yusoff yang berhijrah ke Cairo bersama isterinya, Marissa dan anak lelaki mereka, Mikhael. Selepas menerima panggilan dari bapanya yang memberitahu bahawa dirinya sedang nazak, Yusoff membuat keputusan untuk pulang ke Malaysia bersendirian.

Namun, segala-galanya menjadi rumit apabila Marissa dan Mikhael muncul di rumah Yusoff secara tiba tiba tanpa pengetahuannya. Keluarga mereka mula mengalami kejadian-kejadian aneh dan menakutkan di rumah tersebut. Yusoff mula mengesyaki bahawa mereka kini menjadi sasaran ilmu hitam.

Penerbitan

[sunting | sunting sumber]

Pautan Luar

[sunting | sunting sumber]