Pergi ke kandungan

Qistina Khaled

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Qistina Khaled
كريستينا خالد
Kelahiran
Qistina binti Khaled

(2004-12-15) 15 Disember 2004 (umur 21)
StatusSingle
PekerjaanPelakon, model, penyanyi
Tahun aktif2020–kini
Karya
Filemografi
Televisyen

Qistina binti Khaled (lahir 15 Disember 2004) ialah seorang pelakon, model dan penyanyi wanita Malaysia baru yang mula dikenali orang ramai. Beliau berasal dari Kuala Lumpur dan beragama Islam.

Kehidupan awal

[sunting | sunting sumber]

Beliau dilahirkan pada 15 Disember 2004 di Kuala Lumpur.

Beliau mula bergiat aktif sejak tahun 2020 dengan drama pertama beliaunya ialah Bukan Kahwin Paksa dan beliau terkenal sebagai Mimi dalam drama adaptasi panjang yang bertajuk Hati Yang Dikhianati. Beliau juga berlakon dalam beberapa buah drama yang trending di Astro dan TV3.

Antaranya Bila Hati Memilih Dia sebagai Adra dan Suara Hati sebagai Sarah yang menjadi adik kesayangan Syafiq Kyle. Buat pertama kalinya memegang watak utama dalam telefilem berjudul Nombor arahan AlJafree yang akan ditayangkan di RTM tidak lama lagi. Selain itu beliau telah memegang watak Rita dalam drama bersiri Kami Budak Band terbitan Suhan Movies bergandingan dengan Ezzrin Loy ditayang kan di TV3.

Beliau muncul dalam telefilem arahan Eyra Rahman yang berjudul Dania sebagai watak Sarimah berganding dengan Aedy Ashraf dan Puteri Balqis. Drama bersiri Adik ku Pandai Menari sebanyak 8 episod telah ditayangkan di Awesome TV bergandingan dengan Ahmad Adly, Adam Malek dan Armani Kowachee. Tahun 2023, Drama yang mendapat trending tertinggi saban minggu berjudul Scammer Geng Marhaban ditayangkan di Astro Ria, Beliau memegang watak Utama sebagai Fifah / Maya bersama Amir Ahnaf dan Lorenzo Irmann.

Sejurus selepas tamat penggambaran itu, Beliau dipanggil untuk drama adaptasi panjang sekali lagi dalam Bukan Cinta Sempurna memegang watak Diana bersama Ayda Jebat. Kini beliau sedang dalam penggambaran drama Aku Bukan Ustazah sebanyak 28 episod untuk Slot Akasia di TV3 bersama MK K-Clique, Zahiril Adzim dan Erysha Emyra.

Filemografi

[sunting | sunting sumber]

Diskografi

[sunting | sunting sumber]
Solo
Tahun Tajuk lagu Catatan
2022 "Benci Benci Tapi Rindu" OST drama The Pak Mat Clan
2023 "Senjaku Rindu" OST drama Calar Cinta
2024 "Oh Kekanda"
2025 "Sia"
Kolaborasi
Tahun Tajuk lagu Duet
2023 "150 Juta" Aidilia Hilda & Bibi Qairina
"Raya Oh Raya"
2024 "Raya Ya Ya Ya" Namie Smy, Aidilia Hilda, Keka Nizam & Fariq Iqwan
2025 "Raya Dulu Baru Kamu" Alfie Zumi

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]