Bandar Raya Quebec

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Quebec City)
Bandar Raya Quebec
Ville de Québec (Perancis)
Ville de Québec
Bendera Bandar Raya Quebec
Jata Bandar Raya Quebec
Logo rasmi Bandar Raya Quebec
Nama panggilan: "La Vieille Capitale"[1]
Cogan kata: Don de Dieu ferai valoir
("I shall put God's gift to good use"; the Don de Dieu was Champlain's ship)
Peta Bandar Raya Quebec
Peta Bandar Raya Quebec
Bandar Raya Quebec is located in Bumi
Bandar Raya Quebec
Bandar Raya Quebec (Bumi)
Koordinat: 46°48′50″N 71°12′29″W / 46.81389°N 71.20806°W / 46.81389; -71.20806Koordinat: 46°48′50″N 71°12′29″W / 46.81389°N 71.20806°W / 46.81389; -71.20806[2]
NegaraKanada
ProvinsiQuebec
KawasanCapitale-Nationale
Komuniti metropolitanCommunauté métropolitaine de Québec
GabunganGabungan Bandar Raya Quebec
Negara bersejarahKerajaan Perancis
Kerajaan Britain
Mula diduduki11 Oktober 1535,
oleh Jacques Cartier
Diasakan pada3 July 1608,
oleh Samuel de Champlain
Dibentuk pada1 Januari 2002
Diperbadankan pada1832[3]
Wilayah perbandaran/
Borough
Pentadbiran
 • JenisMajlis Bandar Raya Quebec
 • Datuk bandarRégis Labeaume
 • Menteri
 • Ahli Majlis Negara
Keluasan
 • Ibu kota provinsi485.77 km2 (187.56 batu persegi)
 • Tanah453.38 km2 (175.05 batu persegi)
 • Bandar
427.66 km2 (165.12 batu persegi)
 • Metro3,408.70 km2 (1,316.11 batu persegi)
Aras98 m (322 ft)
Penduduk
 (2016)[5]
 • Ibu kota provinsi531,902 (ke−11)
 • Kepadatan1,173.2/km2 (3,039/batu persegi)
 • Bandar
705,103[7]
 • Kepadatan bandar1,648.7/km2 (4,270/batu persegi)
 • Metro800,296 (ke−7)
 • Kepadatan metro234.8/km2 (608/batu persegi)
 • Pop 2011–2016
3.0%
Zon waktuUTC−05:00 (EST)
 • Musim panas (DST)UTC−04:00 (EDT)
Poskod
Kod-kod kawasan
  • 418
  • 581
  • 367
Laman sesawangwww.ville.quebec.qc.ca/en/

Quebec (/kwˈbɛk/ ( dengar) atau /kəˈbɛk/;[10] Perancis: Ville de Québec, Abnaki Barat: Kephek[11]), juga dikenali sebagai Québec, Quebec City atau Québec City (Perancis: Ville de Québec)[12] ialah ibu kota kepada provinsi Quebec, salah satu provinsi Kanada di wilayah Capitale-Nationale. Ia merupakan bandar raya yang kedua terbanyak penduduk di Quebec, selepas Montreal yang terletak sekitar 233 kilometer (145 bt) di barat daya. Menurut Banci Kanada 2006, bandar rayanya mempunyai 491,142 penduduk,[13] manakala kawasan metropolitannya mempunyai 715,515 orang.[14]

Penyempitan Sungai Saint Lawrence berhampiran tanjung tinggi bandar raya Cap-Diamant (Tanjung Diamond), dan Lévis, di tebing yang bertentangan, memberikan nama kepada bandar raya Kébec, sepatah perkataan Algonquin yang membawa pengertian "di mana sungai menyempit". Diasaskan pada 1608 oleh Samuel de Champlain, Bandaraya Quebec ialah salah satu kota yang tertua di Amerika Utara. Kubu yang mengelilingi Quebec Lama (Vieux-Québec) ialah satu-satunya tembok kota berkubu yang masih wujud di sebelah utara Mexico di benua Amerika dan telah pun diisytiharkan sebagai Tapak Warisan Dunia 'Daerah Bersejarah Québec Lama' oleh UNESCO pada 1985.[15][16]

Pelbagai pesta diadakan setiap tahun, termasuklah Pesta Musim Panas, Karnival Musim Sejuk, dan pesta Château Frontenac, hotel yang menguasai latar langit bandar raya. Perhimpunan Kebangsaan Quebec, Musée national des beaux-arts du Québec (Muzium Negara Seni Halus Quebec), dan Musée de la civilisation (Muzium Peradaban) terletak berhampiran Vieux-Québec.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Marceau, Stéphane G.; Rémillard, François (2002). Ville de Québec (dalam bahasa French) (ed. 4th). Montreal: Guides de voyage Ulysse. m/s. 14. ISBN 2-89464-510-4.CS1 maint: unrecognized language (link)
  2. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan toponymie tidak disediakan
  3. ^ "Incorporation de Québec".
  4. ^ a b Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan mamrot tidak disediakan
  5. ^ a b Canada, Government of Canada, Statistics. "Population and Dwelling Count Highlight Tables, 2016 Census".
  6. ^ a b Canada, Government of Canada, Statistics. "Population and Dwelling Count Highlight Tables, 2016 Census". Diarkibkan daripada yang asal pada 23 September 2018. Dicapai pada 15 February 2017.
  7. ^ Government of Canada, Statistics Canada (8 February 2017). "Census Profile, 2016 Census – Québec [Population centre], Quebec and Ontario [Province]". www12.statcan.gc.ca.
  8. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan cp2011-CA tidak disediakan
  9. ^ Vallières, Marc. "Québec City". Diarkibkan daripada yang asal pada 22 May 2012. Dicapai pada 17 June 2012.
  10. ^ "Quebec". Oxford English Dictionary (ed. 3rd). Oxford University Press. September 2005. (Langganan atau keahlian perpustakaan awam UK diperlukan.)
  11. ^ Paré, Pierre (1 August 1985). "La toponymie des Abénaquis" (PDF). Commission de toponymie Québec (dalam bahasa Perancis). Dicapai pada 31 March 2019.
  12. ^ Menurut kerajaan persekutuan dan kerajaan provinsi, Québec (dengan aksen tirus) ialah nama rasmi bandar raya dalam kedua-dua bahasa Perancis Quebec dan bahasa Inggeris Kanada. Walaupun nama tempat Perancis di Kanada biasanya mengekalkan aksennya dalam bahasa Inggeris dan nama bandar raya tidak terangkum dalam 81 tempat pan-Kanada yang penting, dengan bentuk rasmi dalam kedua-dua bahasa Diarkibkan 2009-12-10 di Wayback Machine, sebagaimana dengan kes provinsi Quebec/Québec, Quebec ialah kekecualian yang sah dan mantap dalam bahasa Inggeris (sebagaimana dengan Montreal). Begitu juga, Quebec City ialah bentuk yang umum ditemui (misalnya, sebagaimana dengan Canadian Oxford Dictionary (ISBN 0-19-541816-6, m.s. 1265)), dan digunakan khususnya untuk membezakan bandar raya daripada provinsinya. Menurut Editing Canadian English (ISBN 1-55199-045-8, m.s. 77), bentuk Québec City tidak masuk akal, baik dalam bahasa Inggeris mahupun dalam bahasa Perancis; bagaimanapun, ia digunakan oleh kerajaan perbandaran Diarkibkan 2015-07-20 di Wayback Machine dan sumber yang lain (misalnya, Lapangan Terbang Antarabangsa Québec City Jean Lesage).
  13. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan StatCan1 tidak disediakan
  14. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan StatCan2 tidak disediakan
  15. ^ "Daerah Bersejarah Québec Lama". Warisan Dunia; UNESCO. Dicapai pada 12 Januari 2009.
  16. ^ "Bandaraya Quebec Lama, Tujuh Keajaiban Kanada". cbc.ca. Dicapai pada 12 Februari 2008.