Quetzalcoatl

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Gambaran dewa Quetzalcoatl daripada kodeks Borgia dijumpai tahun 1898.

Quetzalcoatl [ketsalˈkoːaːtɬ, két-sal-ko-a-tl] (gabungan bahasa Nahuatl: quetzal: ‘bulu pelepah’ dan cōātl: ‘ular’ - "ular berbulu") adalah dewa pencipta dan langit dalam kepercayaan orang Aztek. Dewa ini dipercayai masyarakat tersebut mengetuai angin serta penyimpan utama segala pengetahuan alam dan seni; malah dianggap sebagai penghulu segala saudagar dan pendeta dalam tamadun ini.[1] Dewa ini sering dilambangkan bersama bintang Kejora dan langit fajar.[1]

Dewa ini merupakan antara dewa-dewa utama dalam panteon kepercayaan Aztek selain Tlaloc, Tezcatlipoca dan Huitzilopochtli.[2]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b Smith 2001:213
  2. ^ Boone: p. 68.