Quidditch Through the Ages

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Quidditch Merentas Zaman)
Buku / Novel
Qudditch Through the Ages
Siri -
Pengarang Asal Joanne Kathleen Rowling
(J. K. Rowling)
Penterjemah Tidak diketahui
ISBN -
Kod Buku -
Saiz -
Genre Tidak diketahui
Terbitan Bloomsbury Publishing PLC, Scholastic Press, Raincoast Books
Negara Tidak diketahui
Bahasa Bahasa Inggeris
Tahun Keluaran 2001
Bilangan Muka Surat 56
Harga Tidak diketahui


Quidditch Through the Ages ialah sebuah buku rekaan yang pernah muncul dalam siri Harry Potter yang dikarang oleh J. K. Rowling. Buku ini juga telah dikomersialkan untuk dijual di dunia yang nyata yang juga telah ditulis oleh J. K. Rowling di bawah nama pedengan Kennilworthy Whisp.

Buku Rekaan[sunting | sunting sumber]

Di dalam dunia sihir Harry Potter, buku Qudditch Through the Ages telah ditulis oleh Kennilworthy Whisp, seorang pakar dalam dunia sukan Qudditch.

Buku ini menjejaki semula sejarah permainan Quidditch, dan juga permainan zaman yang lebih awal yang melibatkan penyapu terbang. Mengikut kata Puan Pince, salinan buku ini yang berada di perpustakaan di Hogwarts sering "pawed about, dribbled on, and generally maltreated" ("berpindah tangan, digolek-golekkan, dan umumnya tidak dijaga dengan betul") yang mana Profesor Albus Dumbledore menyanjung tinggi buku ini. Harry Potter sendiri amat menyukai buku ini. Walau bagaimanapun, buku ini telah dirampas oleh Profesor Severus Snape ketika Harry membawa buku ini keluar dengan alasan buku perpustakaan tidak dibenarkan di bawa keluar. Walau bagaimanapun, undang-undang itu dipertikaikan kerana dikatakan tidak terdapat undang-undang seperti berkenaan di Hogwarts.[HP1] Buku ini telah mucul di dalam siri Harry Potter berbahasa Melayu di bawah nama Quidditch Merentas Zaman.

Walaupun buku itu dikatakan mendahului buku Harry Potter dengan Batu Hikmat, iaitu sekitar tahun 1991, terdapat beberapa anakronisme seperti komen terhadap permainan Qudditch yang hanya berlaku sekitar tahu 1994.

Kennilworthy Whisp[sunting | sunting sumber]

Di dalam dunia sihir Harry Potter , Kennilworthy Whisp ialah seorang pakar Qudditch dan merupakan seorang peminat yang setia terhadap sukan ini dan telah banyak menulis buku berkenaan sukan ini seperti Wigtown Wanderers, He Flew Like a Madman, Beating the Bludgers - A Study of Defensive Strategies in Quidditch, dan Quidditch Through the Ages. Beliau tinggal di Nottinghamshire, di mana beliau membahagikan masa beliau dengan masa pasukan Qudditch Wigtown Wanderers akan bermain. Hobinya termasuklah bermain backgammon, memasak makanan vegetarian dan mengumpul penyapu terbang antik.

Lihat Juga[sunting | sunting sumber]