Quilombo dos Palmares

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Quilombo dos Palmares merupakan sebuah quilombo, iaitu suatu petempatan bermasyarakat yang terdiri daripada hamba abdi yang melarikan diri pada zaman penjajahan Brazil dari tahun 1605 sehingga pengepungannya pada tahun 1694. Ia terletak kini dalam negeri Alagoas.

Kebanyakan bekas hamba yang mendapat perlindungan di kawasan ini didatangkan dari Angola Portugis hampir sebanyak 90%. Palmares tidak sahaja menjadi tempat berlindung untuk golongan ini tetapi juga kaum mulatto, orang asli Brazil, caboclo (bangsa kacukan orang putih dan orang Asli) dan orang kulit putih miskin terutamanya orang Portugis yang melarikan diri daripada dikerah sebagai tentera.[1]

Petempatan ini dimusnahkan puak-puak asli di bawah arahan kapten askar Portugis, tidak lama selepas pemerintah terakhirnya Zumbi dikalahkan dalam suatu konflik bersenjata menentang pihak Portugis pada tahun 1695.[2]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Africans in Brazil". Diarkibkan daripada asal pada 2 Julai 2007. 
  2. ^ João José Reis; Flávio dos Santos Gomes (31 Januari 2002). "Quilombo: Brazilian Maroons during slavery". Cultural Survival Quarterly (25.4). Diarkibkan daripada asal pada 28 September 2007.