Pergi ke kandungan

Qustul

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Qustul
Dupa Qustul, sisi dengan gambaran mahkota putih
LokasiAswan, Mesir
WilayahNubia
Koordinat22°14′0″N 31°37′0″E / 22.23333°N 31.61667°E / 22.23333; 31.61667Koordinat: 22°14′0″N 31°37′0″E / 22.23333°N 31.61667°E / 22.23333; 31.61667
JenisTapak arkeologi

Qustul ialah sebuah perkuburan arkeologi di belah timur Sungai Nil di Nubia Hilir, bertentangan Ballana berdekatan sempadan Sudan. Tapak ini mempunyai rekod arkeologi dari budaya Kumpulan-A, Kerajaan Baru Mesir dan budaya Kumpulan-X.

Qustul telah dibanjiri Tasik Nasser.

Rekod Kumpulan-A

[sunting | sunting sumber]

Tiga perkuburan budaya utama Kumpulan-A dari zaman Wangsa Pertama Mesir telah digali. Perkuburan yang paling utama sekali, kubur L, membongkarkan tentang pengebumian pemerintah yang kaya. Dalam salah satu daripada kubur ini ialah sebuah dupa yang Bruce Williams dari Institut Oriental di Universiti Chicago kata menggambarkan bentuk yang melambangkan firaun, yang beliau percaya bahawa ia Mahkota Putih dari Mesir Hulu.[1]

Rekod Kumpulan-X

[sunting | sunting sumber]

Sebuah perkuburan Kumpulan-X yang digali oleh Walter Emery pada tahun 1931-1933 berciri guar kubur untuk raja-raja dengan korban pengebumian kuda, perhiasan kuda dan hamba-hamba dari abad keempat hingga keenam Masihi. Pengebumian ini ialah untuk diraja kerana mayat-mayat yang ditemui memakai mahkota.[2]


  1. ^ The Qustul Incense Burner. Diarkibkan dari asal di web.archive.org 20 Feb 2019. Dicapai 28 Sep 2019.
  2. ^ Welsby, D. (1996). Kingdom of Kush: The Napatan and Meroitic Empires. Chap. 9: The Decline and Fall of the Kushite Kingdom. hh. 196-205.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]