Qutb al-Din Bakhtiar Kaki

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Qutb al-Din Bakhtiar Kaki (Arab: قطب الدین بختیار کاکی ) ialah seorang ahli sufi, wali dan ilmuan terkenal dalam Tarekat Chishti di Delhi, India. Beliau adalah murid dan khalifah (pengganti) Moinuddin Chishti sebagai pemimpin Tarekat Chishti. Murid dan pengganti kerohanian beliau yang terkenal adalah Baba Fareed.

Khwaja Qutb al-Din Bakhtiar Kaki dilahirkan pada tahun 569H (1173) di sebuah pekan bernama Aush or Awash di Ma Wara al-Nahr (Transoxania). Nama asal beliau ialah Bakhtiyar dan kemudiannya beliau diberi gelaran Qutb al-Din. Nama Kaki dikatakan berpunca daripada keramat yang datang daripada beliau di masa-masa akhir hayat beliau di Delhi. Beliau juga keturunan langsung Nabi Muhammad melalui Husain bin Ali. Khwaja Bakhtiyar Khaki berusia setahun setengah ketika bapanya meninggal dunia. Ibunya mengatur pendidikannya.

Apabila Khwaja Moinuddin Chishti pergi ke Isfahan, sebelum kematiannya, dia mengambil baiah di tangannya dan menerima khilafah dan Khirqah (mantel khilafah?) daripadanya. Oleh sebab itu, beliau adalah pewaris kerohanian pertama bagi Moinuddin Chishti. Sesudah itu, pemimpin kerohanian beliau itu memintanya agar pergi ke India dan tinggal di sana.

"Tiada seorang pun yang setara dengan beliau dalam melupakan hal-hal duniawi dan menderita kemiskinan dan kelaparan. Dia asyik dengan zikir. Setiap kali seseorang datang menemuinya beliau hanya akan kembali tersedar setelah beberapa ketika dan kemudian barulah dapat bercakap dengannya. Setelah bertukar-tukar secara ringkas, beliau akan menunjukkan ketidakmampuannya untuk menyambung dengan lebih lanjut dan kembali kepada keadaan keasyikan yang sama sekali lagi."[1]

Beliau meninggal dunia pada 14 Rabiul Awal tahun 633H. Kubur beliau terletak berhampiran Qutub Minar di Delhi Lama, India.

Gelaran-gelaran yang diberikan kepada Qutbuddin Bakhityar Kaki[sunting | sunting sumber]

  • Qutub al-Aqtaab
  • Malik al-Mashaa'ikh
  • Rais al-Saalikin
  • Siraj al-Auliya

Pautan luar[sunting | sunting sumber]