R.H. Hickling

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Hickling dalam tahun 2001 (The Star)

R.H. Hickling atau nama sebenarnya Reginald Hugh Hickling (1920 - 11 Februari 2007), dilahirkan di Derby, England, dalam tahun 1920, di mana bapa beliau merupakan seorang anggota polis. Pada 11 Februari 2007, beliau meninggal dunia di Worcestershire, Britain meninggalkan seorang isteri dan tiga orang anak.

Pendidikan dan Perang Dunia Ke-2[sunting | sunting sumber]

Beliau menjadi anggota termuda mendapat ijazah LL.B dari Universiti Nottingham.

Semasa Perang Dunia II meletus, beliau mendaftarkan dirinya kepada Pasukan Askar Laut Simpanan DiRaja British. Beliau mempunyai isteri bernama Beryl dan semasa penawanan Normandy pada Hari Kemenangan, Hickling sedang menjadi komander mengarahkan Landing Craft Tanks di Sword Beach. Setelah perang tamat, beliau kembali menjadi peguam di London.

Tugas beliau sebagai peguam[sunting | sunting sumber]

Foto beliau semasa menjadi Assistant Attorney-General di Sarawak (The Star)

Dalam tahun 1950, beliau ditugaskan ke Sarawak untuk menjadi Assistant Attorney-General. Apabila masa kemerdekaan datang, Hickling, sebagai Pembuat draf dan Pesuruhjaya Penggubal Undang-Undang Malaya, telah menolong mendrafkan Perlembagaan Malaya, Deklarasi Merdeka dan Kod Tanah Kebangsaan di mana beliau mengambil banyak tahun beliau di Sarawak kepada keprihatinan beliau terhadap isu-isu tanah bumiputra. Dalam temuramah beliau dalam tahun 1986 pada perdebatan umum, Hickling memberi komen bahawa pindaan perlembagaan per se tidaklah begitu jahat kerana Perlembagaan seharusnya menjadi satu documen yang hidup.

Dalam bukunya bertajuk An Introduction to the Constitution of Malaysia, beliau menulis: “There will always be a need to amend the Constitution from time to time, because in its origin the Constitution is the product of a series of compromises, accepted by people and communities with conflicting interests.”

Dalam konteks Malaysia, Hickling juga menerangkan bahawa Perlembagaan a “diwarnai oleh sistem undang-undang asing... merupakan satu produk pendraf yang tergesa-gesa”.

Dalam esei-esei selanjutnya, Hickling menekankan fakta berkali-kali daripada satu sistem asing, menyatakan bahawa “sistem musuh yang diwariskan daripada British mungkin tidak sesuai bagi konteks Asia”.

Dalam sistem yang berkonfrontasi, beliau telah menyingkapnya dalam gaya yang berjenaka, mungkin sesuai bagi British ”kami adalah dari puak tidak bertamadun” tetapi orang-orang Asian tidak suka menanggung kemaluan yang berkaitan dengan konfontasi umum.

Beliau merupakan penulis yang prolifik, banyak tajuk-tajuk di bawah nama beliau. Sebahagian adalah biasanya buku-buku yang berkaitan dengan undang-undang manakala yang lainnya berkenaan dengan novel termasuklah Crimson Sun over Borneo, mengenai penaklukan orang-orang Jepun ke atas Asia Tenggara, Majlis Hantu Lapar, juga mengenai kehidupan ekspatriat British di Singapura, dan Pemakan Lotus , yang terletak di dalam fakulti undang-undang fiksyen di Malaysia.

Memang jelas yang beliau merupakan seorang penyajak. Dalam Memoir Of A Wayward Lawyer, autobiografi yang diterbitkan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia dalam tahun 2000, Hickling mendefinasikan undang-undang sebagai satu usaha manusia untuk hidup dalam masyarakat secara harmoni.

Rujukan[sunting | sunting sumber]