R. Ramasundran

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kapten (B)

R. Ramasundran
ராமசுந்தரன் ரெங்கன்
Kelahiran
Ramassuntran a/l Rengan

1964 (1964)
Meninggal dunia26 Mei 2021(2021-05-26) (umur 56–57)
Sebab kematianJangkitan kuman dan alahan kepada ubat-ubatan
Nama lainRama
PekerjaanPelakon, pelawak
Tahun aktif1986–2021
PasanganKamala Cheriakannan
Anak-anak3

Kapten (B) Ramassuntran Rengan (Tamil: ராமசுந்தரன் ரெங்கன்; 1964 – 26 Mei 2021),[1] juga dikenali sebagai R. Ramasundran merupakan seorang pelakon dan pelawak Malaysia. Beliau terkenal menerusi lakonannya dalam sitkom Spanar Jaya dan Jangan Ketawa.[2] Selain itu, beliau pernah memegang jawatan sebagai Naib Presiden Persatuan Teater Malaysia.[3]

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Sebelum berkecimpung dalam bidang lakonan, Ramasundran ialah seorang pegawai tentera yang berkhidmat dalam Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (kini Jabatan Pertahanan Awam Malaysia). Selepas bersara dari kerjaya ketenteraan, beliau memulakan kerjaya lakonan sepenuh masa, pernah menjayakan drama dan filem Cina pada tahun-tahun terawal kerjayanya sekaligus menguruskan syarikat penerbitannya di Kuala Lumpur.[4]

Beliau paling dikenali menerusi watak Moorthi lakonannya dalam sitkom Spanar Jaya yang dibintanginya selama 7 tahun. Selain itu, beliau juga pernah berlakon dalam beberapa filem termasuk Cinta 200 Ela (2001), Aku Kaya The Movie (2004) dan Kerja Kahwin (2017).[1] Ramasundran juga bergiat aktif dalam teater dan pernah menjayakan pementasan teater bangsawan[5][6] serta pernah menjayakan puluhan iklan televisyen.

Selain sebagai pelakon, beliau juga pernah memegang jawatan sebagai Naib Presiden Persatuan Teater Malaysia dan sebagai Penolong Setiausaha Yayasan Artis Veteran Malaysia. Sebelum kematiannya, beliau sempat mengarahkan sebuah rancangan travelog berkaitan produk berasaskan herba untuk siaran di Radio Televisyen Malaysia (RTM).[7]

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Beliau berkahwin dengan Kamala Cheriakannan dan dikurniakan tiga anak.[7] Selain fasih bertutur berbahasa Tamil, Melayu dan Inggeris, Ramasundran juga fasih bertutur dalam bahasa Mandarin dan Hokkien.[8][4] Beliau juga pernah aktif bersama Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) semasa pandemik COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan fasa pertama pada Mac hingga Mei 2020 bersama Ezlynn, Adam Shah dan Eizlan Yusof.

Sakit dan kematian[sunting | sunting sumber]

Beliau dimasukkan ke bahagian kecemasan Hospital Kuala Lumpur pada jam 11:45 malam, Selasa 25 Mei 2021 selepas mengalami kebengkakan pada kakinya akibat jangkitan kuman dan alahan kepada ubat-ubatan. Beliau kemudian disahkan menghidap sesak nafas sejurus menerima rawatan.[5][9][10][11] Ramasundran disahkan telah meninggal dunia pada pagi Rabu, 26 Mei jam 1:40 pagi.[1][3][7] Jasadnya dibawa ke Kuil Amman Setapak, Setapak bagi upacara penghormatan terakhir sebelum dibawa ke Tanah Perkuburan Cheras, Jalan Kuari untuk persemadian.[12]

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Catatan
2002 Cinta 200 Ela Rama Filem pertama
2003 Gila Bola Jurulatih Pelakon jemputan
2003 Aku Kaya The Movie Jurubahasa Puak Amuk
2009 Love Matters Filem Singapura
2011 Petaling Street Warriors Rajoo
Sini Ada Hantu Rama
2012 Nongkrong Bomoh Pelakon jemputan
Baik Giler Pegawai Hospital Jiwa
2014 Huat Ah Huat Ah Huat
2015 Rembat Mamak India
Ada Apa Dekat Bas Stop Rama
2016 Mrs K Rajeev Filem Malaysia-Hong Kong
2017 Kerja Kahwin Dirinya sendiri Filem terakhir

Drama[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
1991 Jangan Ketawa Rajoo TV3 Sitkom
1999–2005 Spanar Jaya Moorthi ntv7
2000 Kopitiam
2006 Badai Pesona Ringgit Joseph TV1
2008 Laila Majnun Kumar TV3
2010 Pasukan Gerakan Marin Sarjan Ramachandran Muthusamy TV9
2011 Mai Chek Mai Rajoo TV1
2014 Cucu Wan Lebor Rama
2019 Spanar Jaya X Moorthi TV3 Sitkom, pelakon undangan

Telefilem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV
2005 Ops Landau Sarjan Muniandy TV2
2011 Murathiram Pak Cik Rajesh TV1
2013 Calon Menantu
2014 Deepa & Vali Bapa angkat Deepa
2020 Osman Baku Samy
2021 Final Wish Muthu
Pinggan Jangan Retak TV2

Peserta[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Kumpulan
2011 Maharaja Lawak Mega 2011 Rap

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c "R. Ramasundran meninggal dunia". Harian Metro. 26 Mei 2021. Dicapai pada 28 Mei 2021.
  2. ^ "Pelakon Spanar Jaya Ramasundran meninggal dunia". mStar Online. 26 Mei 2021. Dicapai pada 28 Mei 2021.
  3. ^ a b "Pelakon Spanar Jaya Ramasundran meninggal dunia". Sinar Harian. 26 Mei 2021. Dicapai pada 28 Mei 2021.
  4. ^ a b FMT Reporters (26 Mei 2021). "Rama of '90s show Jangan Ketawa dies" (dalam bahasa Inggeris). Free Malaysia Today. Dicapai pada 28 Mei 2021.
  5. ^ a b Wartawan Sinar Plus (26 Mei 2021). "Pelawak Ramasundran meninggal dunia". Sinar Plus. Sinar Harian. Dicapai pada 28 Mei 2021.
  6. ^ "Comedian R. Ramasundran dies at 57" (dalam bahasa Inggeris). The Malay Mail. 26 Mei 2018. Dicapai pada 28 Mei 2021.
  7. ^ a b c Zaidi Mohamad (26 Mei 2021). "Ramasundran meninggal dunia". Berita Harian. Dicapai pada 28 Mei 2021.
  8. ^ Heidi Hsla (27 Mei 2021). ""Spanar Jaya" actor Ramasundran Rengan passed away" (dalam bahasa Inggeris). Yahoo! News. Dicapai pada 28 Mei 2021.
  9. ^ Hanisah Selamat (26 Mei 2021). "Pelawak Rama meninggal dunia". Kosmo!. Dicapai pada 28 Mei 2021.
  10. ^ "Pelakon dan pelawak Ramasundran meninggal dunia". Berita RTM. 26 Mei 2018. Dicapai pada 28 Mei 2018.
  11. ^ "Actor Ramasundran dies at 57" (dalam bahasa Inggeris). BERNAMA. 26 Mei 2021. Dicapai pada 28 Mei 2021.
  12. ^ Ridzuan Abdul Rahman (28 Mei 2021). "Mayat Ramasundran disempurnakan hari ini". Harian Metro. Dicapai pada 28 Mei 2021.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]