RCA Studio II

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
RCA Studio II
RCA-Studio-II-FL.jpg
Pengilang RCA
Jenis Konsol permainan video
Generasi Generasi kedua
Ketersediaan runcit Amerika Syarikat Januari 1977
Ditamatkan 1979
CPU RCA 1802 berkelajuan 1.78 MHz

RCA Studio II merupakan sebuah konsol permainan video yang dikeluarkan oleh RCA pada bulan Januari 1977. Konsol ini dianggap sebagai produk yang gagal kerana pada ketika itu teknologi yang digunakannya boleh dikatakan sudah lapuk[1]. Konsol ini hanya mampu bertahan selama 2 tahun apabila konsol Atari 2600 diumumkan dengan ciri-ciri yang lebih maju berbanding konsol ini[2].


Ciri-ciri[sunting | sunting sumber]

Konsol RCA Studio II mempunyai alat pengawal terbina di atas badan konsol itu sendiri. Alat pengawal tersebut merupakan alat pengawal berangka yang mempunyai 10 butang (0-9) serta beberapa nombor dilabelkan sebagai pandu arah seperti butang 2 untuk pergerakan ke atas, butang 8 untuk pergerakan ke bawah, butang 4 untuk pergerakan ke kiri serta butang 6 untuk pergerakan ke kanan. Sebanyak 2 alat pengawal disediakan yang dilabel sebagai A dan B.

Dari segi teknologi pula, konsol ini hanya berupaya mengeluarkan bunyi beep yang mempunyai tona yang berbeza-beza, bergantung kepada permainan video yang dimainkan[1]. Manakala output grafik pula dikeluarkan hanya dalam warna hitam dan putih sahaja[3].


Spesifikasi[sunting | sunting sumber]

Spesifikasi konsol ini sangat ringkas kerana tidak memerlukan sebarang input serta output grafik yang dikeluarkan pula hanyalah dalam bentuk hitam dan putih. Konsol ini tidak mampu menyalurkan sebarang bunyi ke television sebaliknya ia menjana bunyi beep[1].

Sistem teras
Cip mikropemproses RCA 1802 berkelajuan 1.78 MHz
RAM 512B
RAM video tiada
Grafik dan suara
Palet warna Hitam dan putih
Resolusi skrin 128px x 64px
Saluran audio 1 saluran beep


Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c "RCA Studio II". Old-computers.com. Dicapai 26 September 2015. 
  2. ^ "RCA Studio II". Giantbomb.com. Dicapai 26 September 2015. 
  3. ^ "RCA Studio II". Videogameconsolelibrary.com. Dicapai 26 September 2015.