Residen Inggeris Tawau

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari RESIDEN INGGERIS TAWAU)

Semasa Tawau mula dijadikan sebagai kawasan dan wilayah yang sah jajahan British, pihak kerajaan n British Borneo Utara telah membuka pejabat Residennya di Tawau dan melantik seorang pegawai British berbangsa Inggeris iaitu Alexander Rankin Dunlop sebagai Residen Tawau yang pertama pada tahun 1899. Sebelum itu telah pejabat Residen untuk kawasan Pantai Timur sementara telah di Lahad Datu, Teluk Darvel yang mempunyai hubungan terus dengan Gabenor Inggeris yang berpusat di Sandakan.

Tawau pada ketika itu mula menjadikan pusat persinggahan kapal yang memunggah hasil hasil hutan dan hasil-hasil laut yang dijual oleh penduduk tempatan peribumi ( natives ). Penerokaan hutan untuk tanaman kelapa dan tembakau oleh imigran-imigran tajaan British juga telah menggalakkan aktiviti perdagangan di Tawau. Pada tahun 16 Oktober 1894, Kee Kim Swee telah dihantar oleh pejabat Daerah di Lahad Datu untuk memungut hasil cukai Kastam di Tawau.

Lima tahun selepas itu iaitu pada 1 Mac 1899 , Alexander Rankin Dunlop secara rasminya mula menjalankan tugas sebagai Residen Tawau yang pertama. Namun tugas beliau bukannya mudah kerana beliau perlu banyak perkara asas untuk pentadbiran Residen di Tawau.

Pelbagai kemudahan asas perlu disediakan oleh beliau sebagai ketua pemerintah dan wakil kerajaan Kerajaan British di Tawau. Pembinaan pejabat Residen, pembinaan gudang dan pejabat kastam, pemasangan telegraf, rumah kerani, jalan baru serta pembinaan hospital dilakukan dimulakan dengan serta merta. Kerajaan juga menyumbang sebanyak $50 untuk pembinaan masjid.

Setelah melakukan usaha yang terbaik untuk penyediaan asas tapak pemerintahan Kerajaan British di Tawau, Dunlop menamatkan tugasnya sebagai Residen di Tawau. Dalam tahun 1903, beliau telah kembali ke Lahad Datu untuk bertugas di sana pula. Sebagai gantinya di Tawau, seorang pegawai Inggeris iaitu John H. Molynex telah dilantik sebagai Pegawai Daerah ( District Officer ) untuk menjalankan kerja-kerja di pejabat Residen yang kemudian ditukarkan menjadi pejabat Pegawai Daerah.


Antara Residen British yang bertugas di Tawau :

1) Alexander Rankin Dunlop Residen Tawau ( 1899 – 1902 )

2) Edward Barraut ( 30 Jun 1902 )

3) Perce Brackenbury ( 7 Mei 1903 )

4) Edward Barraut ( 1904 )

5) Frederick William Fraser ( 1 Januari 1909 )

6) John Maxwell Hall ( 1921 – 1922 )

7) William Moores Weedon ( 1923 – 1925 )


Antara Pegawai Daerah British yang bertugas di Tawau :

John H. Molynex ( 10 Mei 1901 ) M.H.W. Beech ( 24 Disember 1903 ) James T. Richardson ( November 1906 ) Hugh Myddleton ( 9 Julai 1907 ) John Maxwell Hall ( April 1911 ) Reginald Astorl Rutter ( 26 Mei 1912 )


RUJUKAN[sunting | sunting sumber]

1) Buku : Tawau The Making of a Tropical Community , Ken Gotlet , 2010 , Opus Publication.

2) Buku 'Borneo Under the Sun', tulisan Nicholas Chung, Terbitan Natural History Publication: 2005