RKO Pictures

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari RKO Radio Pictures)
Lompat ke: pandu arah, cari
RKO Radio Pictures Inc.
Jenis terdahulu Perbadanan
Industri Perfileman
Ditubuhkan 1929 (sebagai Radio Pictures Inc., anak syarikat Radio-Keith-Orpheum Corp.)
Dibubarkan 1959 (de facto)
Ibu pejabat 1270 Avenue of the Americas, New York, NY

RKO (Radio-Keith-Orpheum) Pictures adalah sebuah syarikat penerbitan dan pengedaran filem Amerika Syarikat. Mula-mula dibuka dengan nama Radio Pictures Inc., kemudian memakai nama RKO Radio Pictures Inc., RKO Pictures merupakan salah sebuah daripada lima studio filem terbesar pada Zaman Keemasan Hollywood. Perniagaan ini terbentuk setelah rangkaian teater Keith-Albee-Orpheum (KAO) dan studio Film Booking Offices of America (FBO) milik Joseph P. Kennedy digabungkan di bawah penguasaan Radio Corporation of America (RCA) pada Oktober 1928. Ketua RCA, David Sarnoff mengatur pergabungan ini untuk membuka pasaran untuk teknologi filem berbunyi RCA Photophone. Menjelang pertengahan 1940-an, studio ini dikuasai oleh seorang pelabur bernama Floyd Odlum.

RKO sekian lama disanjungi kerana memperkenalkan filem-filem muzikal yang dibintangi Fred Astaire dan Ginger Rogers pada 1930-an. Studio ini juga merupakan tempat lahirnya kemasyhuran pelakon-pelakon Katharine Hepburn dan Robert Mitchum. Cary Grant juga menjadi tulang belakangnya selama bertahun-tahun. Karya-karya dari unit filem seram berbajet rendah oleh penerbit Val Lewton serta usaha RKO dalam bidang yang kini dikenali sebagai film noir turut menerima pujian daripada para pengulas dan sejarawan perfileman. Studio ini terkenal kerana menghasilkan dua filem paling masyhur dalam sejarah pefileman, iaitu King Kong dan Citizen Kane.

RKO diambil alih oleh seorang usahawan penyeleweng bernama Howard Hughes pada tahun 1948. Setelah bertahun-tahun mengalami kemerosotan dalam penguasaan Hughes, studio ini dibeli oleh General Tire and Rubber Company pada tahun 1955. Syarikat RKO Pictures yang asal ini berhenti penerbitan pada tahun 1957 lalu dibubarkan dua tahun kemudian. Pada tahun 1981, syarikat penyiaran RKO General selaku pewaris korporat, membangkitkannya semula sebagai anak syarikat penerbitan dengan nama RKO Pictures Inc. Pada tahun 1989, perniagaan ini bersama aset-asetnya, iaitu hak cap dagang dan pembikinan semula kebanyakan filem klasik RKO, dijual kepada pemilik baru yang mengendalikan syarikat bebas kecil bernama RKO Pictures LLC.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

RKO Radio Pictures history