RMS Carpathia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
border.
RMS Carpathia
Sejarah
Nama: RMS Carpathia
Laluan:
  • Rentas Atlantik: Liverpool–Queenstown–Boston
  • Dipindah ke Liverpool–Queenstown–New York musim panas
  • Trieste–Fiume–New York musim sejuk
Pembina: Swan Hunter & Wigham Richardson
Dibaringkan: 10 September 1901
Dilancarkan: 6 Ogos 1902
Pelayaran sulung: 5 Mei 1903
Dalam perkhidmatan: 1903–1918
Takdir: Ditorpedo di tenggara Ireland dan barat Kepulauan Scilly oleh kapal selam German U 55, 17 Julai 1918
Ciri-ciri umum
Kelas dan jenis: Kapal wap penumpang rentas Atlantik Cunard Line
Jenis: Kapal laut
Berat (tan): 13,555 gt
Sesaran: 8,600 long ton (8,700 t)
Panjang: 558 ka (170 m)
Lunas: 64 ka 6 in (19.66 m)
Draught: 34 ka 7 in (10.54 m)
Jana kuasa:
  • 2 × enjin wap kembangan ganda empat 8 silinder Wallsend Slipway Co.
  • Baling-baling berkembar
Halaju:
  • 17.5 kn (20.1 mph; 32.4 km/j) (Maksimum pada stim penuh)
  • 14 kn (16 mph; 26 km/j) (perkhidmatan)
Kapasiti:
  • 1,704 penumpang; selepas 1905, 2,550:
  • 1st-class: 100
  • 2nd-class: 200
  • 3rd-class: 2,250

RMS Carpathia ialah kapal wap penumpang rentas Atlantik Cunard Line yang telah dibina oleh Swan Hunter & Wigham Richardson.

Carpathia melakukan pelayaran sulungnya pada 1903 dan menjadi terkenal kerana digunakan untuk menyelamatkan merea yang terselamat dari RMS Titanic setelah ia melanggar aisberg dan tenggelam pada 15 April 1912. Carpathia sendiri telah tenggelam di Lautan Atlantik pada 17 Julai 1918 ketika Perang Dunia Pertama, setelah ditorpedo oleh U-bot Tentera Laut Jerman Imperial di kawasan perairan Ireland. Lima krew kapal ini terkorban dalam penenggelamannya.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Pembinaan dan perkhidmatan awal[sunting | sunting sumber]

RMS Carpathia telah dibina oleh Swan Hunter & Wigham Richardson di limbungan kapal mereka di Newcastle upon Tyne, England. Ia telah dilancarkan pada 6 Ogos 1902 dan melalui ujian-ujian laut dari 22 hingga 25 April 1903. Carpathia menyesar 8,600 tan panjang (8,700 t) dan berkepanjangan 541 kaki (165 m) dan berkelebaran 64 kaki 6 inci (19.66 m).

Carpathia melakukan pelayaran sulungnya pada 5 Mei 1903 dari Liverpool, England ke Boston, AS dan berkhidmat di antara New York City, Gibraltar, Genova, Naples, Trieste dan Fiume.

Bencana Titanic[sunting | sunting sumber]

A.H. Rostron, R.D., R.N.R., sebagai ketua RMS Carpathia

Carpathia sedang berlayar dari New York City ke Fiume, Austria-Hungary (kini Rijeka, Croatia) pada malam Ahad, 14 April 1912. Antara penumpangnya ialah pelukis Amerika Colin Campbell Cooper dan isterinya Emma, jurnalis Lewis P. Skidmore, jurugambar Dr. Francis H. Blackmarr dan Charles H. Marshall, yang tiga anak saudara perempuannya berlayar di dalam Titanic.

Pengendali wayarles Carpathia, Harold Cottam, telah terlepas mesej-mesej awal dari Titanic kerana dia berada di anjungan ketika mesej diterima.[1] Dia kemudiannya menerima mesej-mesej dari Cape Race, Newfoundland, menyatakan mereka mempunyai trafik persendirian untuk Titanic. Dia memikirkan yang dia boleh membantu dan pada 12:11 a.m. pada 15 April dia telah menghantar mesej ke Titanic menyatakan bahawa Cape Race mempunyai trafik untuk mereka. Dia menerima isyarat kecemasan Titanic sebagai balasan.[1] Cottam mengejutkan Kapten Arthur Henry Rostron yang kemudiannya menetapkan arah tujuan kapal itu dengan segera pada kelajuan maksimum (17 kn (20 bsj; 31 km/j)) ke arah kedudukan terakhir Titanic yang diketahui, kira-kira 58 batu (93 km) jauh. Rostron mengarahkan air panas dan pemanasan kapal tersebut dihentikan untuk menghasilkan sebanyak mungkin wap untuk enjin-enjin. Pada kelajuan penuh, Carpathia memakan masa empat jam untuk mencapai Titanic, tetapi Titanic hanya terapung selama dua jam dan tenggelam sebelum Carpathia tiba, mengorbankan nyawa 1,523 penumpang dan krewnya. Pada 4:00 pagi, Carpathia tiba di tempat kejadian, selepas meredah medan ais yang berbahaya, dan menyelamatkan 705 orang yang terselamat daripada bot-bot keselamatan Titanic.[1]

Pingat yang dianugerahkan kepada ahli krew Carpathia atas penglibatan mereka dalam menyelamatkan mereka yang terselamat dari Titanic

Hasil usaha penyelamat mereka, krew Carpathia telah dianugerahkan pingat-pingat daripada mereka yang terselamat. Ahli krew telah dianugerahkan pingat gangsa, para pegawai menerima pingat perak, dan Kapten Rostron menerima piala perak dan pingat emas yang disampaikan oleh Margaret Brown. Rostron telah dikurnia darjah kesatria oleh Raja George V, dan kemudiannya dijemput menjadi tetamu di Rumah Putih oleh President Taft, di mana beliau dianugerahkan Pingat Emas Kongres, penghormatan tertinggi Kongres Amerika Syarikat boleh anugerahkan kepadanya.

Perkhidmatan dalam Perang Dunia Pertama[sunting | sunting sumber]

Ketika Perang Dunia Pertama, Carpathia telah digunakan untuk memindahkan tentera Kanada dan Amerika ke Eropah. Ia telah digunakan sebagai kapal pengangkut tentera oleh Pasukan Ekspedisi Kanada.[2] Sesetengah pelayarannya adalah dalam satu konvoi, belayar dari New York melalui Halifax ke Liverpool dan Glasgow.[3] Antara penumpangnya ketika tahun-tahun peperangan ialah Frank Buckles yang kemudiannya menjadi veteran Amerika terakhir yang terselamat dari perang tersebut.

Penenggelaman[sunting | sunting sumber]

Carpathia tenggelam setelah dibedil oleh tiga torpedo yang dilancarkan oleh kapal selam Tentera Laut Jerman Imperial U-55

Pada 15 Julai 1918, Carpathia meninggalkan Liverpool dalam satu konvoi menghala ke Boston. Pada pagi musim panas 17 Julai ia ditorpedo, pada jam 9:15, di Laut Celt oleh kapal selam Tentera Laut Jerman Imperial U-55. Daripada tiga torpedo yang dilancarkan ke arah kapal tersebut, satu melanggar bahagian sisi kiri kapal sementara yang lain menembusi bilik enjin, membunuh dua penjaga api dan tiga pemepat.[4] Sedang Carpathia mula tenggelam dari hadapan dan mengiring ke kiri, Kapten William Prothero memberikan arahan untuk meninggalkan kapal. Kesemua 57 penumpang dan 281 ahli krew yang terselamat menaiki bot keselamatan semasa kapal itu tenggelam.[4] U-55 timbul dan melancarkan torpedo ketiga ke arah kapal dan sedang menghala ke arah bot-bot keselamatan ketika sekoci kelas Azalea HMS Snowdrop tiba di tempat kejadian dan menghalau kapal selam tersebut dengan tembakan sebelum mengambil mereka yang terselamat dari Carpathia.

Carpathia tenggelam pada 11:00 pagi di kedudukan 49.25° N 10.25° B, kira-kira 120 batu (190 km) barat Fastnet.

Pencarian dan kerja-kerja penyelamatan[sunting | sunting sumber]

Pada 9 September 1999, servis wayar Reuters dan AP melaporkan bahawa Argosy International Bhd., yang diketuai oleh Graham Jessop, anak kepada peneroka bawah laut Keith Jessop, dan ditaja oleh Agensi Bawah Air dan Marin Kebangsaan, telah menemui bangkai Carpathia pada kedalaman 600 kaki (180 m), 185 batu (298 km) barat Land's End.[5] Cuaca buruk menghalang kapalnya meninggalkan kedudukan tersebut sebelum Jessop sempat mengesahkan penemuan tersebut menggunakan kamera bawah air. Namun, apabila dia kembali ke kedudukan tersebut, bangkai tersebut rupa-rupanya bukan Carpathia, tetapi adalah bangkai kapal Isis milik Hamburg-America Line yang tenggelam pada 8 November 1936.[6]

Pada tahun 2000, penulis dan penyelam Amerika, Clive Cussler telah mengumumkan bahawa organisasinya, NUMA, telah menemui bangkai sebenar Carpathia pada musim bunga tahun tersebut,[7][8] pada kedalaman 500 kaki (150 m).[9] Selepas ia diserang kapal selam, Carpathia mendarat di dasar lautan secara menegak. NUMA memberikan kedudukan anggarannya di 120 batu (190 km) barat Fastnet, Ireland.[10]

Bangkai kapal tersebut kini dimiliki oleh Premier Exhibitions Inc., sebelumnya dikenali sebagai RMS Titanic Inc, yang merancang untuk memperoleh semula objek-objek dari tempat nahas.[9]

Galeri[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c "Titanic Inquiry Project". Electronic copies of the inquiries into the disaster. Titanic Inquiry Project. 2007. Dicapai pada 26 and 27 April 2011. Check date values in: |accessdate= (bantuan)
  2. ^ Official war diaries of CEF – 27 Batt. 15 May 1915
  3. ^ Twentieth Engineers Publishing Association. Twentieth Engineers -- France -- 1917-1918-1919 (PDF). Portland, Oregon: Dimm & Sons Printing Co. Dicapai pada 18 April 2012. Unknown parameter |coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan)
  4. ^ a b "Carpathia sunk; 5 of crew killed;", New York Times, m/s. 4, July 20, 1918
  5. ^ "UK Titanic rescue ship 'found'". BBC News. September 8, 1999.
  6. ^ Cussler, Clive; Delgado, James P. (2004). Adventures of a Sea Hunter: In Search of Famous Shipwrecks. Douglas & McIntyre. m/s. 85. ISBN 978-1-55365-071-3.
  7. ^ National Underwater and Marine Agency. "Wreck of the Carpathia, Titanic's Rescuer, Found". Dicapai pada 26 August 2007.
  8. ^ Reuters (23 September 2000). "Discovery Of R.M.S. Carpathia". Titanic-Titanic.com. Dicapai pada 26 August 2007.
  9. ^ a b BBC News. "Dive to film Titanic rescue ship". Dicapai pada 26 August 2007.
  10. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2004-02-25. Dicapai pada 2014-12-21.

Bacaan lanjut[sunting | sunting sumber]

  • Butler, Daniel Allen, The Other Side of the Night (Casemate, 2009)
  • Eaton, John P. and Haas, Charles A., Titanic: Triumph and Tragedy (W. W. Norton & Company, edisi ke-2 1995)

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Koordinat: 49°28′00″N 19°46′00″W / 49.4667°N 19.7667°W / 49.4667; -19.7667