Tenggelamnya RMS Titanic

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari RMS Titanic tenggelam)
RMS Titanic tenggelam
"Untergang der Titanic" oleh Willy Stöwer, 1912
Tarikh14–15 April 1912; 112 tahun yang lalu (1912-04-15)
Masa23:40–02:20 (02:40–05:20 GMT)
LokasiLautan Atlantik Utara, 400 batu (640 km) timur Newfoundland
Koordinat41°43′32″N 49°56′49″W / 41.72556°N 49.94694°W / 41.72556; -49.94694Koordinat: 41°43′32″N 49°56′49″W / 41.72556°N 49.94694°W / 41.72556; -49.94694
JenisBencana maritim
PenyebabPerlanggaran dengan aisberg pada 14 April
HadirinKru dan penumpang RMS Titanic
HasilPerubahan dasar maritim; SOLAS
Kematian1,490–1,635

Kapal pelayaran RMS Titanic tenggelam pada awal pagi 15 April 1912 di Lautan Atlantik Utara, pada hari keempat pelayaran sulungnya dari Southampton ke Bandar Raya New York. Kapal laut yang terbesar dengan anggaran 2,224 orang penumpang ini terlanggar sebuah aisberg askar sekitar jam 23:40 (waktu kapal) pada hari Ahad 14 April 1912 sebelum ia tenggelam dua jam dan empat puluh minit kemudian pada 02:20 (waktu kapal; 05:18 GMT) pada hari Isnin keesokan harinya. Ia mengakibatkan salah satu bencana marin paling dahsyat dalam sejarah dengan kiraan kematian lebih daripada 1,500 orang penumpang.[1]

Semasa kapal ini melakukan pelayarannya pada 14 April, ia menerima sebanyak enam amaran ais laut. Namun, para anak kapalnya tidak dapat bertindak sepekanya memandangkan kapal ini mencapai kelajuan maksimum lalu mengalami pukulan yang meluncur di sebelah kanan lalu merobak luas tiga per lapan petaknya ke laut (ketiga-tiga penahan, dan bilik dandang 5 dan 6) sehingga membanjiri kandungan laut. Sebaik sahaja kru kapal menyedari bahawa kapal ini menenggelam seberapa lama kemudian, mereka mengisyarat meminta bantuan suar kecemasan dan pesanan radio (wayarles) sambil penumpang dimasukkan ke dalam bot penyelamat.[2]

Sistem bot penyelamat Titanic yang direka bentuk membawa penumpang ke kapal menyelamat berdekatan tidak berfungsi sebaiknya dalam masa begitu cepat, lagi-lagi dengan pengurusan pemindahan yang tidak terurus menyebabkan banyak bot penyelamat dilancarkan sebelum muatan memenuh lalu banyak penumpang dan anak kapal tidak mendapat perlindungan yang secukupnya daripada kesan bencana.[3][4] Akibatnya, apabila Titanic tenggelam, lebih daripada seribu penumpang dan anak kapal masih dalam perjalanan. Hampir semua orang yang melompat atau jatuh ke dalam air sama ada lemas atau mati dalam masa beberapa minit akibat kesan kejutan dan keterlambatan. RMS Carpathia tiba di tempat kejadian kira-kira sejam setengah selepas tenggelam dan menyelamatkan orang yang terakhir yang selamat pada 09:15 pada 15 April, kira-kira sembilan setengah jam selepas perlanggaran.

Bencana ini mengejutkan dunia dan menyebabkan kemarahan yang meluas perihal faktor kekurangan bot penyelamat, peraturan yang longgar serta layanan tidak sama diberikan kepada tiga kelas penumpang semasa pemindahan. Siasatan selanjutnya mencadangkan perubahan yang besar kepada peraturan-peraturan maritim yang membawa kepada penubuhan Konvensyen Antarabangsa untuk Keselamatan Hidup di Laut (SOLAS) pada tahun 1914.[5]

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Titanic dalam pelayaran cubaan pada 2 April 1912

Pada masa Titanic memulakan perkhidmatannya pada 2 April 1912, Royal Mail Ship (RMS) Titanic adalah yang kedua[a] daripada tiga buah kapal persiaran lautan kapal Olimpik, dan merupakan kapal terbesar di dunia ketika itu. Titanic dan saudaranya, RMS Olympic, hampir satu setengah kali ganda jumlah tan berdaftar kasar dengan RMS Lusitania dan RMS Mauretania oleh Cunard, iaitu pemegang rekod sebelumnya, dan hampir 100 kaki (30 m) lebih panjang.[6] Titanic boleh membawa seramai 3,547 orang dengan laju dan selesa,[7] dan dibina pada skala yang belum pernah dibuat sebelumnya. Enjin salingannya adalah yang terbesar yang pernah dibina, berdiri 40 kaki (12 m) tinggi dan dengan diameter silinder 9 kaki (2.7 m) memerlukan pembakaran 600 tan panjang (610 t) arang batu setiap hari.[7]

Penginapan penumpangnya, terutamanya bahagian Kelas Pertama, dikatakan sebagai "tak tertandingi dan gah",[8] yang dipaparkan melalui tambang penginapan Kelas Pertama. The Parlor Suites (suite paling mahal dan paling mewah di kapal itu) dengan laluan persiaran peribadi adalah berharga lebih $4,350 (bersamaan dengan $99,000 hari ini)[9] untuk laluan transatlantik satu hala. Malah Kelas Ketiga, walaupun agak kurang mewah daripada Kelas Kedua dan Pertama, adalah luar biasa selesa dengan piawaian kontemporari dan dibekalkan dengan kuantiti makanan baik yang banyak, memberikan penumpangnya kemudahan dan keadaan yang lebih baik daripada yang dialami kebanyakan mereka di rumah.[8]

Pelayaran sulung Titanic bermula sejurus selepas tengah hari pada 10 April 1912 ketika kapal itu meninggalkan Southampton pada perjalanan pertama ke New York.[10] Beberapa jam kemudian, Titanic berlabuh di Cherbourg di utara Perancis, satu perjalanan sejauh 80 batu nautika (148 km; 92 mi), di mana kapal itu mengambil lagi penumpang.[11] Pelabuhan seterusnya ialah Queenstown (sekarang Cobh) di Ireland, tiba pada tengah hari pada 11 April.[12] Titanic bertolak pada petangnya selepas mengambil lebih banyak penumpang dan barangan.[13]

Ketika kapal itu bertolak ke barat di menyeberangi Atlantik, ia membawa 892 orang anak kapal dan 1,320 orang penumpang. Ini hanya kira-kira separuh daripada kapasiti penuhnya iaitu sebanyak 2,435 orang,[14] kerana ketika itu adalah bukan musim puncak dan perkapalan dari UK telah diganggu oleh mogok pelombong arang batu.[15] Penumpangnya adalah sekumpulan masyarakat Edward, dari jutawan seperti John Jacob Astor dan Benjamin Guggenheim,[16] hinggalah ke pendatang miskin dari negara-negara yang berbeza seperti Armenia, Ireland, Itali, Sweden, Syria dan Rusia yang mencari kehidupan baru di Amerika Syarikat.[17]

Kapal itu dikemudikan oleh Kapten Edward Smith yang berusia 62 tahun, seorang kapten yang paling senior dari White Star Line. Beliau mempunyai empat dekad pengalaman pelayaran dan berkhidmat sebagai kapten RMS Olympic, yang mana beliau dipindahkan untuk mengepalai Titanic.[18] Kebanyakan kru yang berkhidmat di bawahnya bukan kelasi terlatih, tetapi sama ada jurutera, ahli bomba, atau penjaga dandang, yang bertanggungjawab menjaga enjin; atau pelayan dan kakitangan galei, yang bertanggungjawab terhadap penumpang. Enam orang pegawai pengawal dan 39 orang pelaut membentuk kira-kira lima peratus daripada kru,[14] dan kebanyakannya telah diambil terus di Southampton sehingga tidak mempunyai masa untuk membiasakan diri dengan kapal itu.[19]

Keadaan ais telah disebabkan oleh musim sejuk yang ringan yang mengakibatkan sejumlah besar aisberg bergerak dari pantai barat Greenland.[20]

Kebakaran telah bermula di salah satu tong arang batu Titanic kira-kira 10 hari sebelum berlepas kapal, dan terus membakar selama beberapa hari semasa pelayaran, tetapi berakhir pada 14 April.[21][22] Cuaca bertambah baik dengan ketara pada siang hari, dari angin laju dan laut sederhana pada waktu pagi hingga tenang menjelang petang ketika laluan kapal itu menuju ke sistem tekanan tinggi artik.[23]

Catatan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Yang ketiga adalah RMS Britannic yang tidak pernah berkhidmat sebagai kapal persiaran; sebaliknya diminta terus berkhidmat sebagai Kapal Hospital (HMHS) Britannic (semasa Perang Dunia I).

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Report on the Loss of the "Titanic." (s.s.)". British Wreck Commissioner's Inquiry, Final Report (Watertight Compartments). 30 Julai 1912. Diarkibkan daripada yang asal pada 3 Januari 2014. Dicapai pada 14 April 2012. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  2. ^ Broad, William J. (8 April 1997). "Toppling Theories, Scientists Find 6 Slits, Not Big Gash, Sank Titanic". The New York Times. Dicapai pada 5 November 2011.
  3. ^ "What really sank the Titanic?". Materials Today. Elsevier. 26 September 2008. Dicapai pada 4 March 2012.
  4. ^ Ryan, Paul R. (Winter 1985). "The Titanic Tale". Oceanus. Woods Hole, MA: Woods Hole Oceanographic Institution. 4 (28).
  5. ^ Olson, Donald W.; Doescher, Russell L.; Sinnott, Roger W. (April 2012). "Did the Moon Sink the Titanic?". Sky & Telecope. Cambridge, MA: Sky & Telescope Media LLC. 123 (4): 34–9.
  6. ^ Hutchings & de Kerbrech 2011, m/s. 37.
  7. ^ a b Butler 1998, m/s. 10.
  8. ^ a b Butler 1998, m/s. 16–20.
  9. ^ Consumer Price Index (estimate) 1800–2008. Federal Reserve Bank of Minneapolis. Diambil pada 7 Disember 2010.
  10. ^ Bartlett 2011, m/s. 67.
  11. ^ Bartlett 2011, m/s. 71.
  12. ^ Bartlett 2011, m/s. 76.
  13. ^ Bartlett 2011, m/s. 77.
  14. ^ a b Butler 1998, m/s. 238.
  15. ^ Lord 1987, m/s. 83.
  16. ^ Butler 1998, m/s. 27–28.
  17. ^ Howells 1999, m/s. 95.
  18. ^ Bartlett 2011, m/s. 43–44.
  19. ^ Bartlett 2011, m/s. 49.
  20. ^ Ryan 1985, m/s. 8.
  21. ^ Fire Down Below – by Samuel Halpern. Retrieved 7 January 2017.
  22. ^ Halpern & Weeks 2011, m/s. 122–26.
  23. ^ Halpern 2011, m/s. 80.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]