RNA polimerase
| RNA polimerase | |||||||||
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
RNA polimerase heteromerik 27-mer pada manusia | |||||||||
| Pengenal pasti | |||||||||
| Nombor EC | 2.7.7.6 | ||||||||
| Nombor CAS | 9014-24-8 | ||||||||
| Pangkalan data | |||||||||
| IntEnz | Lihat IntEnz | ||||||||
| BRENDA | Entri BRENDA | ||||||||
| ExPASy | Lihat NiceZyme | ||||||||
| KEGG | Entri KEGG | ||||||||
| MetaCyc | Laluan metabolik | ||||||||
| PRIAM | Profil | ||||||||
| Struktur PDB | RCSB PDB PDBj PDBe PDBsum | ||||||||
| Ontologi gen | AmiGO / EGO | ||||||||
| |||||||||
Dalam biologi molekul, RNA polimerase (disingkatkan menjadi RNAP atau RNApol), atau secara khususnya RNA polimerase bersandarkan DNA, ialah enzim yang memangkinkan tindak balas kimia dalam proses sintesis molekul RNA daripada bebenang DNA yang bertindak sebagai templat.
Bersama-sama dengan enzim helikase, dalam proses transkripsi, RNA polimerase akan membuka pintalan bebenang heliks ganda dua DNA setempat supaya bebenang DNA tunggal boleh terbentuk dengan nukleotida terdedah, yang mana ia digunakan sebagai templat untuk mensintesis molekul mRNA belum matang. Faktor transkripsi dan kompleks perantara transkripsi berkaitan mestilah bergabung pada tapak pengikatan DNA, yang dikenali sebagai bahagian penggalak sejurus sebelum RNA polimerase boleh membuka pintalan bebenang heliks ganda dua DNA pada kedudukan berkenaan untuk memulakan proses transkripsi. RNA polimerase bukan sahaja memulakan transkripsi, malah turut membantu meletakkan nukleotida berada pada kedudukannya, mempermudah pelekatan dan pemanjangan, mempunyai pembacaan pruf (proofreading) dan penggantian secara intrinsik, serta keupayaan mengenal pasti penamatan.
RNA polimerase sangat berguna dalam kehidupan seharian dan dijumpai dalam semua organisma hidup dan kebanyakannya virus. Bergantung kepada organisma, RNA polimerase boleh menjadi kompleks protein atau hanya mempunyai subunit tunggal, masing-masing dipersembahkan sebagai galur keturunan bebas. Yang terdahulu dijumpai dalam bakteria, arkea, dan eukariot berkongsi struktur teras dan mekanisme yang serupa.[1] Yang kemudian dijumpai dalam bakteriofaj, begitu juga kloroplas dan mitokondria eukariot, dan ia saling berkaitan dengan DNA polimerase moden.[2]
Peranan
[sunting | sunting sumber]RNA polimerase mengawal proses transkripsi gen menyebabkan corak pada ekspresi gen, dan membenarkan sell untuk beradaptasi mengikut persekitaran yang berubah-ubah. Selain itu, RNA polimerase memainkan peranan khusus dalam organisasi multisel, dengan mengekalkan proses metabolisme asas untuk kemandirian organisma. Aktiviti RNA polimerase adalah kompleks, dan sentiasa dikawal atur. Dalam bakteria E. coli, lebih daripada 100 faktor transkripsi telah dikenal pasti, yang telah mengubah suai aktiviti RNA polimerase.[3]
RNA polimerase boleh memulakan proses transkripsi pada jujukan DNA yang khusus, pada bahagian penggalak. RNA polimerase akan menghasilkan bebenang RNA baharu dengan bes yang saling melengkapi dengan bes pada templat bebenang DNA. Proses menambahkan nukleotida pada beberapa RNA dikenali sebagai pemanjangan dalam eukariot. RNA polimerase boleh menghasilkan bebenang RNA sangat panjang mengandungi 2.4 juta nukleotida (panjang keseluruhan bagi gen distrofin). RNA polimerase akan melepaskan bebenang RNA baharu, sejurus sebelum RNA polimerase tiba di jujukan DNA khusus, yang dikenali dengan penamat.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ↑ Werner F, Grohmann D (February 2011). "Evolution of multisubunit RNA polymerases in the three domains of life". Nature Reviews. Microbiology. 9 (2): 85–98. doi:10.1038/nrmicro2507. PMID 21233849. S2CID 30004345. See also Cramer 2002: Cramer P (February 2002). "Multisubunit RNA polymerases". Current Opinion in Structural Biology. 12 (1): 89–97. doi:10.1016/s0959-440x(02)00294-4. PMID 11839495.
- ↑ Cermakian N, Ikeda TM, Miramontes P, Lang BF, Gray MW, Cedergren R (December 1997). "On the evolution of the single-subunit RNA polymerases". Journal of Molecular Evolution. 45 (6): 671–681. Bibcode:1997JMolE..45..671C. CiteSeerX 10.1.1.520.3555. doi:10.1007/PL00006271. PMID 9419244. S2CID 1624391.
- ↑ Ishihama A (2000). "Functional modulation of Escherichia coli RNA polymerase". Annual Review of Microbiology. 54: 499–518. doi:10.1146/annurev.micro.54.1.499. PMID 11018136.