Perumahan Negara Panchor

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari RPN Panchor)
Rancangan Perumahan Negara Panchor
Perumahan Negara Panchor is located in Bumi
Perumahan Negara Panchor
Perumahan Negara Panchor (Bumi)
Koordinat: 4°58′35″N 115°00′28″E / 4.9765°N 115.0078°E / 4.9765; 115.0078Koordinat: 4°58′35″N 115°00′28″E / 4.9765°N 115.0078°E / 4.9765; 115.0078
NegaraBrunei
DaerahBrunei dan Muara
MukimMentiri
Penduduk
 (2016)[1]
 • Jumlah7,935
Zon waktuUTC+8 (BNT)
Poskod
BU3129

Perumahan Negara Panchor atau Rancangan Perumahan Negara Kampung Panchor Mengkubau ialah sebuah kawasan perumahan awam yang terletak di bahagian timur laut Daerah Brunei dan Muara, Brunei. Ia secara rasmi merupakan salah sebuah kampung dalam Mukim Mentiri.[2] Perumahan Negara Panchor berjiran dengan Kampung Sungai Buloh di bahagian utara dan timur laut, dan Kampung Mentiri di bahagian timur.[2] Poskod bagi Perumahan Negara Panchor ialah BU3129.[3]

Perumahan[sunting | sunting sumber]

Perumahan Negara Panchor merupakan salah satu kawasan perumahan di bawah skim Rancangan Perumahan Negara (RPN) yang mana ianya menyediakan peluang perumahan kepada rakyat Brunei. Kawasan perumahan awam ini mempunyai keluasan 309 hektar (760 ekar).[4] Ia mengandungi 4,000 unit rumah, yang mana 2,400 merangkumi rumah teres sementara selebihnya terdiri dari jenis kembar.[4] Projek pembangunan perumahan ini menelan belanja BND388 juta.[4]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Laporan Akhir Kemaskini Banci Penduduk dan Perumahan 2016" (PDF). www.deps.gov.bn. Jabatan Perangkaan. Disember 2018. Dicapai pada 21 Jun 2021.
  2. ^ a b "Geoportal - Survey Department". survey.gov.bn (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 28 Jun 2018.
  3. ^ "Buku Panduan Poskod Negara Brunei Darussalam [Edisi Kedua]" (PDF). post.gov.bn. m/s. 22. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2018-10-16. Dicapai pada 28 Oktober 2018.
  4. ^ a b c "BERKENAN KURNIAKAN LOT TANAH DAN ANAK KUNCI RUMAH KEPADA 892 PEMOHON SPN". www.mod.gov.bn. 29 November 2017. Dicapai pada 1 Julai 2018.