RTB Sukmaindera

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke pandu arah Pergi ke carian
RTB Sukmaindera
NegaraBrunei
Kawasan siaranASEAN
Brunei juga terdapat di Malaysia Timur (bahagian utara negeri Sarawak dan wilayah pulau Labuan)
Ahli gabunganRTB Perdana
SloganColours of Brunei Darussalam
(Warna-warna Brunei Darussalam)
Ibu pejabatBangunan Sekretariat, Bandar Seri Begawan, Brunei
Pengaturcaraan
BahasaMelayu (rasmi/utama/nasional)
Inggeris (rasmi/utama/nasional)
Format gambar1080i (16:9/HDTV)
Pemilikan
PemilikRadio Televisyen Brunei
Saluran kembarRTB Perdana
RTB Aneka
Sejarah
Dilancarkan9 Julai 2002; 20 tahun yang lalu (2002-07-09) sebagai RTB Brunei International
Nama dahuluRTB Brunei International (9 Julai 2002-9 Julai 2009)
RTB4 (9 Julai 2009-10 April 2017)
Pautan
Laman webwww.rtb.gov.bn
Ketersediaan
Terestrial
Malaysia myFreeviewSaluran 857 (HD) (Sarawak dan Labuan Sahaja)
Media penstriman
RTB GOTonton secara langsung

RTB Sukmaindera (televisyen ini dikenali sebagai RTB Brunei International dan RTB4) ialah saluran televisyen terestrial percuma di Brunei yang dimiliki penyiar Brunei oleh Radio Televisyen Brunei (RTB). Saluran ini secara rasminya mula bersiaran pada 9 Julai 2002 jam 3:00 petang.

Ini juga bagi melihatkan Brunei juga mampu berdaya saing dalam produk televisyen seperti Perbadanan Penyiaran British iaitu BBC World News.

Sejak 7 Julai 2002, RTB Sukmaindera rasmi boleh dilihat di Indonesia walaupun hanya menggunakan parabola melalui satelit Merah Putih (Telkom-4).

Mengenai RTB Sukmaindera[sunting | sunting sumber]

Dari 7 Julai 2002 hingga 23 Februari 2006, siaran RTB Sukmaindera selama 8 jam dari pukul 3:00 petang hingga 11:00 malam. Masa siaran RTB Sukmaindera selama 8 jam dari pukul 3:00 petang hingga 11:00 malam diikuti oleh terestrial serentak RTB Perdana mengisi seluruh waktu siarannya.

Dari 23 Februari 2006 hingga sekarang, siaran RTB Sukmaindera selama 24 jam setiap hari diikuti oleh terestrial serentak RTB Perdana mengisi seluruh waktu siarannya.

Semasa jam operasi RTB Sukmaindera serentak dengan RTB Perdana dari 11:00 malam hingga 6:00 pagi sejak 23 Februari 2006.

Saluran ini menyiarkan rancangan tempatan terdiri daripada drama tempatan dan Melayu serta rancangan tempatan yang disediakan oleh Radio Televisyen Brunei.

RTB Sukmaindera menyiarkan sebuah buletin berita Inggeris 10:00 malam dengan saluran kembar RTB Perdana secara serentak.

Pada 9 Julai 2009, RTB Brunei International rasmi dinamakan semula sebagai RTB4.

Pada 11 April 2017, RTB4 rasmi dinamakan semula sebagai RTB Sukmaindera sebagai sebahagian daripada projek penjenamaan semula RTB serta peralihan penyiar dari analog ke penyiaran digital.

Kepada penonton RTB Sukmaindera di Sarawak dan Labuan, RTB Sukmaindera kini bersiaran melalui terestrial percuma myFreeview di saluran 857 dalam format HD (definisi tinggi).

RTB Perdana, RTB Aneka, RTB Sukmaindera, Nasional FM, Pelangi FM, Pilihan FM, Harmoni FM dan Nur Islam telah rasmi tersedia melalui laman web RTB GO untuk dilihat didalam dan luar Brunei.

Rancangan[sunting | sunting sumber]

Berita[sunting | sunting sumber]

  • Berita Awal Pagi (Tayangan serentak RTB Perdana).
  • Berita Jam 9 (segmen rancangan Rampai Pagi) (Tayangan serentak RTB Perdana).
  • Berita Dunia 11 Pagi (Tayangan serentak RTB Perdana).
  • Berita 11:30 Pagi (Tengah Hari) (kecuali Isnin hingga Khamis) (Tayangan serentak RTB Perdana).
  • Sukan Antarabangsa (Tayangan serentak RTB Aneka).
  • Berita Asean (Tayangan serentak RTB Perdana).
  • Liputan Semasa (Tayangan serentak RTB Perdana).
  • Berita Jam 3 Petang (Tayangan serentak RTB Perdana).
  • Arena Sukan (Tayangan serentak RTB Perdana).
  • Berita Dunia 4:30 Petang (Tayangan serentak RTB Perdana)
  • Berita 5:45 (Tayangan serentak RTB Perdana).
  • Berita Perdana (Tayangan serentak RTB Perdana).
  • News at 10 (Tayangan serentak RTB Perdana).

Sejarah[sunting | sunting sumber]

RTB Sukmaindera bermula sebagai RTB Brunei International secara rasminya dilancarkan pada 9 Julai 2002 jam 3:00 petang.

Lagu kebangsaan[sunting | sunting sumber]

Pada pukul 6:00 pagi dan 11:00 malam setiap hari bersama-sama dengan stesen kembar RTB Perdana lagu kebangsaan dimainkan sebagai pembukaan dan penutupan.

Rujukan[sunting | sunting sumber]