RTS,S

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
RTS,S
Butiran vaksin
Penyakit sasaranP. falciparum; Hepatitis B pada tahap rendah
JenisSubunit protein
Data klinikal
Nama dagangMosquirix
Kaedah
pemberian
Intraotot (0.5 mL)[1]
Status perundangan
Status perundangan
  • Rx sahaja

RTS,S/AS01 (nama dagang Mosquirix) ialah sejenis vaksin malaria berasaskan protein rekombinan. Pada Oktober 2021, vaksin ini disetujui Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bagi "kegunaan meluas" dalam kanak-kanak, menjadikan ini sebagai calon vaksin malaria pertama serta vaksin pertama bagi jangkitan parasit untuk menerima pengiktirafan ini.[2][3][4]

Vaksin RTS,S mula dicipta dan dihasilkan pada lewat 1980-an oleh para saintis SmithKline Beecham Biologicals (kini GlaxoSmithKline (GSK) Vaccines) di Belgium.[5] Vaksin ini dibangunkan lagi secara lanjut melalui kerjasama GSK dengan Institut Kajian Tentera Walter Reed di Maryland, Amerika Syarikat,[6] dan didanai secara sebahagian oleh Inisiatif Vaksin Malaria PATH dan Yayasan Bill & Melinda Gates. Nilai keberkesanan vaksin berjulat dari 26% ke 50% dalam kalangan bayi dan kanak-kanak.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Mosquirix H-W-2300". European Medicines Agency. Dicapai pada 4 March 2021.
  2. ^ Davies L (6 October 2021). "WHO endorses use of world's first malaria vaccine in Africa". The Guardian. Dicapai pada 6 Oktober 2021.
  3. ^ Drysdale C, Kelleher K. "WHO recommends groundbreaking malaria vaccine for children at risk" (Siaran akhbar). Geneva: World Health Organization. Dicapai pada 6 Oktober 2021.
  4. ^ Mandavilli A (6 October 2021). "A 'Historical Event': First Malaria Vaccine Approved by W.H.O." New York Times. Dicapai pada 6 Oktober 2021.
  5. ^ "HYBRID PROTEIN BETWEEN CS FROM PLASMODIUM AND HBsAG".
  6. ^ Heppner DG, Kester KE, Ockenhouse CF, Tornieporth N, Ofori O, Lyon JA, dll. (March 2005). "Towards an RTS,S-based, multi-stage, multi-antigen vaccine against falciparum malaria: progress at the Walter Reed Army Institute of Research". Vaccine. 23 (17–18): 2243–50. doi:10.1016/j.vaccine.2005.01.142. PMID 15755604. Diarkibkan daripada yang asal pada 23 July 2018.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]