RT (tenaga)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

RT ialah hasil darab pemalar gas molar, R, dan suhu, T. Hasil darab ini digunakan dalam bidang fizik sebagai faktor penskalaan untuk nilai-nilai tenaga dalam skala makroskop (kadang-kadang digunakan sebagai unit tenaga palsu), kerana banyak proses dan fenomena yang bukan sahaja bergantung pada tenaga sahaja, bahkan juga nisbah tenaga dan RT, iaitu E/RT. Unit SI untuk RT ialah joule per mol (J/mol).

Dalam skala mikroskop bagi molekul, nilai kT digunakan pula; dimensinya ialah tenaga atau [M L T−2], yang dinyatakan dalam unit SI sebagai joule (J):

kT = RT /NA