RV Discovery

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

RV Discovery atau nama penuhnya Research Vessel Discovery adalah sebuah kapal penyelidikan milik Universiti Malaysia Terengganu. Ia direka untuk melakukan kerja-kerja penyelidikan saintifik di perairan Malaysia. Pembinaan kapal yang sepanjang 35 meter, seberat 300 tan dan berharga RM 13 juta dilakukan di Dermaga Kay Marine sejak bulan September 2008. Kapal ini mampu belayar sejauh 4,000 batu nautika.

RV Discovery akan dilengkapi dengan sistem peralatan terkini dan setanding dengan kapal penyelidikan lain. Universiti Malaysia Terengganu telah menerbitkan sebuah buku RV Discovery pada tahun 2013.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]