Pergi ke kandungan

Rabiulawal

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Rabiulawal
Muslim India dengan panji hijau sempena Maulidur Rasul
Nama asalرَبِيع ٱلْأَوَّل (Arab)
KalendarTakwim Hijrah
Nombor bulan3
Bilangan hari29-30 (bergantung pada pencerapan anak bulan)
Hari pentingMaulidur Rasul

Rabiulawal merupakan bulan ketiga dalam Takwim Hijrah.

Bulan ini membawa satu peristiwa besar yang menjadi ingatan kepada seluruh umat manusia dalam agama Islam. Nabi Muhammad SAW telah diputerakan pada bulan ini iaitu pada 12 Rabiul Awal dan juga wafat pada tarikh tersebut ketika berusia 61-62 tahun Masihi (62-63 tahun Qamariah). Pelbagai acara sambutan Maulidur Rasul diadakan bagi memuliakan hari keputeraan junjungan besar ini.