Rabuk

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sabut kelapa, antara bahan semulajadi sesuai dijadikan rabuk.[1]

Rabuk (Jawi: رابوق) diertikan sebagai kepingan kayu halus digunakan sebagai bahan bakar untuk memulakan suatu unggun api. Ia sering dinyalakan dengan alat tertentu yang membolehkan pembakaran menghasilkan api seperti pemantik,[2] batu api atau gobek api.

Sebarang benda yang mudah terbakar boleh dijadikan rabuk termasuk ranting kecil,[3] daun dan rumput kering,[4] kertas,[5] kapas malah juga kain.[5]

Kata rabuk diturunkan hasil metatesis kata akar Proto-Melayu-Polinesia *baruk (barangkali dipengaruhi akhiran *-buk₁ dalam perkataan seperti habuk) merujuk asal kepada spesies Zanthoxylum integrifolium yang bertaburan di Filipina dan pulau Taiwan di mana serabut akarnya digunakan sebagai bahan bakar tujuan ini dalam kalangan leluhur Austronesia dahulu.[6]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Lim, T. K. (2012). Edible Medicinal And Non-Medicinal Plants. 1: Fruits. Springer Science & Business Media. m/s. 326.
  2. ^ "rabuk". Kamus Dewan (ed. ke-4). Dewan Bahasa dan Pustaka. 2017.
  3. ^ "Billy Goat Mountain Adventures" (PDF). Dicapai pada 14 April 2009.
  4. ^ "Whipperleys". Dicapai pada 14 April 2009.
  5. ^ a b "Char Mastery: Charred Tinder How-To". Real World Survivor. 19 Mac 2019. Dicapai pada 28 November 2020.
  6. ^ Blust, Robert; Trussel, Stephen (2010). "*baruk: fungus that grows on the sugar palm; tinder". Austronesian Comparative Dictionary. Max Planck Institute for Evolutionary Anthropology. Dicapai pada 28 Ogos 2022.