Rabung Tengah Atlantik

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Peta Rabung Tengah Atlantik

Rabung Tengah Atlantik adalah rabung di tengah lautan, sempadan perpisahan plat tektonik atau sempadan plat kerak bumu yang terletak sepanjang dasar lautan Atlantik, dan sebahagian dari banjaran gunung terpanjang di dunia. Di Atlantik utara, ia memisahkan plat Eurasian dan plat Amerika Utara, sementara di Atlantik Selatan ia memisahkan plat Afrika dan plat Amerika Selatan. Rabung ini menganjur dari pertemuan dengan rabung Gakkel (Rabung Tengah Artik) tenggara Greenland keselatan Simpang Tiga Bouvet di Atlantik Selatan. Sungguhpun Rabung Tengah Atlantik kebanyakan berciri dasar laut, sebahagian darinya memiliki ketinggian yang cukup untuk menganjur lebih dari aras laut. Bahagian jurang yang merangkumi kepulauan Iceland turut dikenali sebagai Rabung Reykjanes. Rabung ini memiliki pergerakan purata kira-kira 2.5 cm setahun.[1]

Jumpaan[sunting | sunting sumber]

Animasi perpecahan Pangaea

Rabung di bawah Lautan Atlantik mula disimpulkan oleh Matthew Fontaine Maury pada tahun 1850. Rabung ini telah ditemui semasa ekspedisi HMS Challenger pada tahun 1872.[2] Sekumpulan pakar saintis di atas kapal yang diketuai oleh Charles Wyville Thomson, mendapati bonggol yang besar dalam pertengahan Atlantik ketika menyiasat lokasi masa depan bagi kabel telegraf transatlantik.[3] Kewujudan rabung sedemikian yang telah disahkan melalui sonar pada tahun 1925 [4] dan didapati menganjur mengelilingi Tanjung Harapan ke Lautan Hindi oleh ekspedisi Meteor Jerman.[5]

Dalam tahun 1950-an, pemetaan dasar laut Bumi oleh Bruce Heezen, Maurice Ewing, Marie Tharp dan lain-lain menunjukkan bahawa Rabung Tengah Atlantik memiliki batimetri lembah dan rabung yang pelik, [6] dengan lembah tengahnya adalah aktif seismologi dan pusat pada banyak gempa bumi . [7][8] Ewing, Heezen dan Tharp menjumpai rabung tersebut sebagai sebahagian daripada sistem rabung tengah lautan berterusan sepanjang 40,000 km di semua lautan di Bumi. [9] Penemuan sistem rabung ini di seluruh dunia membawa kepada teori dasar laut merebak dan penerimaan umum teori Wegener mengenai hanyutan benua dan pengembangan sebagai plat tektonik. Rabung ini adalah penting bagi hipotesis perpecahan Pangea yang bermula kira-kira 180 juta tahun dahulu.

Ciri utama[sunting | sunting sumber]

Rabung Tengah Atlantik di Iceland

Rabung Tengah Atlantik termasuk lembah jurang yang dalam yang menganjur di paksi rabung di sepanjang hampir keseluruhan panjangnya. Keretakan ini menandakan sempadan sebenar antara plat tektonik bersebelahan, di mana magma dari mantel sampai ke dasar laut, meletus sebagai lava dan menghasilkan bahan kerak baru untuk plat.

Berhampiran khatulistiwa , Rabung Tengah Atlantik dibahagikan kepada Rabung Atlantik Utara dan Rabung Atlantik Selatan oleh Romanche Trench, parit dasar laut yang sempit dengan kedalaman maksimum 7,758 m (25,453 ka), salah satu lokasi paling dalam di Lautan Atlantik. Parit ini, bagaimanapun, tidak dianggap sebagai sempadan di antara Plat Amerika Utara dan Plat Amerika Selatan, mahupun Plat Eurasian dan Plat Afrika.


Rujukan[sunting | sunting sumber]

Bibliography
Nota
  1. ^ USGS (5 May 1999). "Understanding plate motions". Dicapai pada 13 March 2011. 
  2. ^ Hsü, Kenneth J. (1992) Challenger at Sea, Princeton, Princeton University Press, page 57
  3. ^ Redfern, R.; 2001: Origins, the Evolution of Continents, Oceans and Life, University of Oklahoma Press, ISBN 1-84188-192-9, p. 26
  4. ^ Alexander Hellemans and Brian Bunch, 1989, Timeline of Science, Sidgwick and Jackson, London
  5. ^ Stein, Glenn, A Victory in Peace: The German Atlantic Expedition 1925-27, June 2007
  6. ^ Ewing, W.M.; Dorman, H.J.; Ericson, J.N. & Heezen, B.C.; 1953: Exploration of the northwest Atlantic mid-ocean canyon, Bulletin of the Geological Society of America 64, p. 865-868
  7. ^ Heezen, B. C. & Tharp, M.; 1954: Physiographic diagram of the western North Atlantic, Bulletin of the Geological Society of America 65, p. 1261
  8. ^ Hill, M.N. & Laughton, A.S.; 1954: Seismic Observations in the Eastern Atlantic, 1952, Proceedings of the Royal Society of London, series A, mathematical & physical sciences 222(1150), p. 348-356
  9. ^ Edgar W. Spencer, 1977, Introduction to the Structure of the Earth, 2nd edition, McGraw-Hill, Tokyo

Pautan luar[sunting | sunting sumber]