Rachmat Kartolo

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Rachmat Kartolo
Rachmat pada 1963
Kelahiran13 Mac 1938
Meninggal dunia18 September 2001(2001-09-18) (umur 63)
Jakarta, Indonesia
PekerjaanPelakon, penyanyi
Tahun aktif1960an–2001
Tandatangan

Rachmat Kartolo (13 Mac 1938 – 18 September 2001) ialah seorang pelakon dan penyanyi Indonesia.

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Rachmat Kartolo merupakan salah seorang daripada lima anak Kartolo dan Roekiah, dua pelakon filem yang aktif di Tan's Film, pada 13 Mac 1938.[1] Selepas kematian Roekiah, Kartolo membawa anak-anaknya ke kampung halamannya di Yogyakarta. Di bandar, ibu kota Indonesia semasa Revolusi Nasional Indonesia pada hari seterusnya, Rachmat kehilangan salah seorang adik-beradiknya, dan, pada 1949, bapanya. Selepas Belanda mengiktiraf kemerdekaan Indonesia, Rachmat dan anak-anaknya  – Jusuf, Imam, dan Sri Wahjuni – telah dibawa ke Jakarta dan dibesarkan oleh rakan bapa mereka, Adikarso.[2][3] Di sana Rachmat menamatkan pelajarannya dari sekolah menengah atas (SMA) sebelum menyertai Akademi Teater Nasional Indonesia.[1]

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Adikarso memperkenalkan Rachmat kepada industri muzik dan rakaman;[4] Rachmat dan adiknya mengadakan persembahan di Wisma Nusantara di Harmoni, Jakarta, di bawah seliaan penjaga mereka.[4] Pada 1958 Rachmat dan adiknya menubuhkan sebuah kumpulan. Walaupun Jusuf dan Imam kemudiannya meninggalkannya, Rachmat meneruskan kerjaya solo. Pada ketika itu, kerajaan di bawah presiden Sukarno melarang penggunaan muzik berbahasa Inggeris, lantas, Encyclopedia of Jakarta menulis, muzik popular Indonesia berada dalam pencarian identiti. Rachmat menggunakan bunyi yang diilhamkan dari muzik negara,[4] dan lagu-lagunya banyak berkisarkan tentang percintaan. Hits pertamanya, pada 1963, ialah "Patah Hati", ditulis oleh adiknya Imam.[1] Populariti lagu ini mula meledak pada 1984, membolehkannya membeli kereta baru.[4]

Walaupun pada mulanya tidak berminat dengan filem, pada 1964, Rachmat muncul dalam penerbitan pertamanya, Kunanti Djawabanmu. Menjelang 1977 beliau telah meyiapkan sebanyak 20 filem.[1] Pada 1975 beliau menubuhkan syarikat penerbitannya sendiri, Mafin Film,[4] dan pada 1978 beliau mengarahkan filem sulungnya Tengkorak Hitam.[1] Biarpun selepas berlakon filem, beliau terus merakamkan album, yang pertama dalam bentuk rakaman gramofon dan seterusnya dalam bentuk kaset.[1]

Dari kemunculan pertamanya sehingga peranannya yang terakhir dalam Titisan Dewi (1990), Rachmat muncul sebanyak 40 filem, termasuk naskhah aksi Matjan Kemajoran (1965), komedi seperti Benyamin Jatuh Cinta (1976), dan drama seperti Bernafas dalam Lumpur (1970). Beliau megarahkan sejumlah empat filem: Tengkorak Hitam, Masih Adakah Cinta (1980), Jangan Sakiti Hatinya (1980) dan Mat Pelor (1990).[5]

Kematian[sunting | sunting sumber]

Rachmat meninggal dunia pada 18 September 2001.[4] Pada Jun tahun itu, beliau membuat persembahan pentas di Blitar, semasa bekas presiden Sukarno dalam persembahan peringatan.[6]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Sumber petikan[sunting | sunting sumber]

  • Biran, Misbach Yusa, penyunting (1979). Apa Siapa Orang Film Indonesia 1926–1968. Sinematek Indonesia. OCLC 6655859. Unknown parameter |trans_title= ignored (bantuan)CS1 maint: ref=harv (link) (Indonesia)
  • "Filmografi Rachmat Kartolo". filmindonesia.or.id. Konfiden Foundation. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-12-30. Dicapai pada 30 December 2013. Unknown parameter |trans_title= ignored (bantuan) (Indonesia)
  • "Kartolo". filmindonesia.or.id. Konfiden Foundation. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-09-22. Dicapai pada 22 September 2012. (Indonesia)
  • "Miss Roekiah: Artis Teladan". Moderna. Jakarta. 1 (6): 30, 34. 1969. Unknown parameter |trans_title= ignored (bantuan) (Indonesia)
  • Osdar, J (1 June 2010). "Aroma Bung Karno". Kompas. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-12-30. Dicapai pada 30 December 2013. (Indonesia)
  • "Rachmat Kartolo". Encyclopedia of Jakarta. Jakarta City Government. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-12-30. Dicapai pada 30 December 2013. (Indonesia)

Pautan luar[sunting | sunting sumber]