Racing Homer (merpati)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Merpati lumba
Postduif.jpg
Status pemuliharaan Biasa
Negara asal Belgium
Pengelasan
Kumpulan Baka A.S Terbang
Nota
Seekor merpati Racing Homer yang baik mampu terbang pada purata 60 bsj di udara selama beberapa jam, dan merpati lumba terpantas telah direkodkan selaju 110 bsj.

www.speedpigeon.com/racing_pigeon_calculator.htm

Merpati (Columba livia)

Racing Homer adalah satu baka merpati jinak yang telah dibiakkan selama bertahun-tahun melalui pembiakan terpilih kerana cir-ciri kelajuan dan naluri panduannya dalam sukan lumba merpati. Racing Homer merupakan satu baka merpati yang baharu.

Pembangunan[sunting | sunting sumber]

Merpati lumba mula dibiakkan di Belgium dan England pada kurun ke-19.[1] Ia terhasil dari pembiakan terpilih ke atas baka-baka lain seeperti Smerle, Cumulet Perancis, English Carrier, Dragoon, dan Horseman (kini pupus). Dari Cumulet (baka terbang tinggi), Homer menerima ciri-ciri ketahanan dan kemampuan untuk terbang selama berjam-jam tanpa lelah. Dari Carrier, ia mewarisi keupayaan untuk mencari jalan pulang ke rumah dari jarak yang jauh.[1]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Merpati telah digunakan untuk menghantar pesanan selama berkurun-kurun. Bagaimanapun, pada kurun ke-19, nilai komunikasi burung yang membawa pesanan semasa perang sangat dihargai. Para pembiak mula bersaing untuk membiak baka-baka yang lebih laju. Persaingan kemudian menjadi rancak dan merebak menjadi satu sukan lumba di seluruh Eropah Barat, dan pada awal kurun ke-20 ke Amerika Syarikat. Hadiah lumayan ditawarkan kepada para pemenang.

Kesemua peserta Perang Dunia 1 menggunakan keupayaan Racing Homer untuk membawa pesanan, di mana Britain sahaja menggunakan sekitar 9,500 ekor. Perang Dunia 2 sekali lagi melihat kuasa-kuasa besar menggunakan merpati lumba.

Kegunaan lain[sunting | sunting sumber]

Selain digunakan untuk perlumbaan, para peminat juga mempamerkan merpati lumba di pameran-pameran dengan para hakim yang terpilih. British Homing World mengadakan satu pameran setiap tahun di mana kesemua keuntungan dari acara ini akan disumbangkan kepada bada-badan kebajikan tempatan dan kebangsaan.[2]

Setelah bertahun-tahun, merpati lumba mempunyai beberapa baka baharu lain termasuk American Show Racer, Giant Homer (baka untuk dagingnya).

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b Levi, Wendell (1977). The Pigeon. Sumter, S.C.: Levi Publishing Co, Inc. ISBN 0-85390-013-2.
  2. ^ Bennett, Julia. "Fanciers flock to pigeon paradise" (Web article). The Blackpool Gazette. Dicapai pada 2008-02-13.