Radang hati anjing berjangkit

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Radang hati anjing berjangkit
Pengelasan virus
Group: Kumpulan I (dsDNA)
Keluarga: Adenoviridae
Genus: Mastadenovirus
Spesies: Canine adenovirus 1 (CAV-1)

Radang hati atau hepatitis anjing berjangkit, atau hepatitis kontagiosa kanis (Bahasa Latin: hepatitis contagiosa canis), ialah jangkitan hati akut pada anjing disebabkan oleh adenovirus anjing jenis-1 (CAV-1). CAV-1 juga menyebabkan penyakit pada serigala, koyote, dan beruang, dan radang otak pada rubah.[1] Virus ini merebak di dalam tinja, air kencing, darah, air liur, dan nyahcas hidung daripada anjing terjangkit. Penyakit ini dihidapi melalui mulut atau hidung, tempat ia boleh membiak di dalam tonsil. Virus ini kemudian menjangkiti hati dan ginjal. Tempoh pengeraman ialah 4 hingga 7 hari.[2]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Carter, G.R.; Wise, D.J. (2006). "Adenoviridae". A Concise Review of Veterinary Virology. Dicapai 10 Jun 2006. 
  2. ^ Ettinger, Stephen J.;Feldman, Edward C. (1995). Textbook of Veterinary Internal Medicine (edisi 4). W.B. Saunders Company. ISBN 0-7216-6795-3. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]