Radang telinga dalam

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Otitis interna
Pengelasan dan sumber luaran
ICD-10H83.0
ICD-9386.3
MeSHC09.218.568.315
Wikipedia tidak memberikan nasihat perubatan Penafian perubatan

Radang telinga dalam atau otitis interna ialah suatu keradangan pada telinga dalam dan biasanya dianggap seerti dengan radang labirin.

Labirintitis ialah suatu keradangan pada teliga dalam yang biasanya menyebabkan vertigo berlangsung selama satu hari atau lebih. Sebabnya jarang dikenal pasti, tetapi disangkakan paling biasa diperoleh daripada keradangan virus bagi labirin vestibul (bahagian telinga dalam yang bertanggungjawab untuk keseimbangan). Pesakit biasanya hadir dengan permulaan tiba-tiba bagi vertigo pusing teruk, nausea, dan pemuntahan. Gejala boleh menjadi sangat teruk dan mencacatkan sehingga pesakit kerap memasuki bilik kecemasan untuk jagaan dan memerlukan pembantut vestibul seperti diazepam atau meklozina untuk mentoleransi vertigo. Gejala biasanya susut selama beberapa hair, tetapi boleh meninggalkan pesakit dengan ketidakseimbangan kabyur yang perlahan-lahan bertambah baik selama berminggu-minggu hingga berbulan-bulan. Kehilangan pendengaran jarang menemani vertigo dalam radang labirin. Kadang-kadang jangkitan bakterium bagi telinga tengah boleh merebak ke telinga dalam dan menyebabkan penyakit ini. Dalam keadaan ini, rawatan antibiotik boleh berfaedah.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Templat:Penyakit telinga dan proses mastoid