Raden Haji Muhamad Musa

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Raden Haji Muhamad Musa (182210 Ogos 1886), pengarang, pelopor kesusasteraan percetakan Sunda, Ulama dan tokoh Sunda abad ke-19.

Biografi[sunting | sunting sumber]

Muhamad Musa dilahirkan di Garut sebagai keturunan bangsawan, putera kepada Raden Rangga Suryadikusumah, Patih Kabupaten Limbangan. beliau kemudian dilepaskan untuk mengikuti pendidikan formal di sebuah pesantren di Purwakarta dan diajak mengikut ayahnya untuk berangkat menunaikan ibadah Haji di Makkah pada saat beliau masih muda.

beliau telah menolak tawaran Pemerintah Hindia-Belanda untuk menjadikannya sebagai ketua gudang, kerana beliau lebih suka memilih bidang keagamaan. Setelah menjadi penghulu, pada tahun 1864 beliau telah diangkat menjadi Penghulu Besar (Belanda: Hoofdpanghoeloe) di kabupaten Limbangan sehinggalah beliau meninggal dunia.

Muhamad Musa bersahabat erat (berkawan baik) dengan K. F. Holle, pengusaha ladang teh yang berbangsa Belanda di Cikajang, yang merupakan penasihat Pemerintah Hindia-Belanda mengenai bangsa peribumi (terutamanya di Priangan). Pada pemerintah Hindia-Belanda dia sangat dipercayai.

Eratnya hubungan Musa dengan Holle menguntungkan kedua pihak. Bagi Musa, beliau beruntung kerana mempermudahkan pergaulannya dengan bangsa Belanda. Musa pada pandangan Pemerintah Hindia-Belanda, beliau dianggap sangat boleh untuk dipercayai, sehinggakan kerana jasa-jasanya, beliau pernah dijanjikan jawatan tinggi hingga sampai tujuh keturunan. Berkat eratnya persahabatan dengan Holle, Musa juga boleh mengembangkan bakat/minat menulis dan mengarangnya sehingga karya-karyanya (baik karangan sendiri mahupun saduran atau terjemahan) boleh dicetak sampai ribuan eksemplar di Batavia. Di antara para puteranya, yang mewarisi bakat menulisnya adalah Lasminingrat dan Kartawinata.

Karya-karyanya[sunting | sunting sumber]

Karya Muhamad Musa yang paling terkenal adalah Wawacan Panji Wulung yang terbit pada tahun 1871. Karya-karya lainnya yang dicetak di antaranya,

  • 1862: Wawacan Raja Sudibya, Wawacan Wulang Krama, Wawacan Dongéng-dongéng, Wawacan Wulang Tani;
  • 1863: Carita Abdurahman jeung Abdurahim, Wawacan Seca Nala;
  • 1864: Ali Muhtar, Élmu Nyawah;
  • 1865: Wawacan Wulang Murid, Wawacan Wulang Guru;
  • 1866: Dongéng-dongéng nu Aranéh;
  • 1867: Dongéng-dongéng Pieunteungeun;
  • 1872: Wawacan Lampah Sekar;
  • 1881: Santri Gagal, Hibat.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  • Mikihiro Moriyama. 2005. Semangat Baru: Kolonialisme, Budaya Cetak, dan Kesastraan Sunda Abad ke-19. Jakarta: Kepustakaan Populer Gramedia. ISBN 979-9100-23-2.
  • Ayip Rosidi. 2000. Ensiklopedia Sunda. 2000. Pustaka Jaya, Jakarta.