Radikal aksara Cina

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Radikal (dari perkataan bahasa Latin radix yang bermaksud "akar") ialah akar semantik (iaitu bahagian yang membawa erti) bagi sesuatu perkataan yang berimbuhan. Ahli-ahli sinologi Barat terawal meminjam istilah ini untuk mengertikan komponen semantik aksara Cina (Hanzi). Kemudian, istilah ini dipinjam untuk satu lagi maksud, iaitu 部首 (Pinyin: bùshǒu, Jepun bushu, Korea busu), atau secara harfiahnya "pengepala bahagian", di bawah mana sesuatu aksara disenaraikan dalam kamus.

Contohnya, dalam aksara atau “ibu”, bahagian kiri (disebut dalam bahasa Mandarin) merupakan komponen semantik dan juga pengepala bahagian yang menggolongkan aksara ini dalam kamus. Namun, bukan semua pengepala bahagian berfungsi sebagai komponen semantik dalam aksara tertentu; ada yang berasaskan foentik, dan ada juga yang dipilih semata-mata untuk kesenangan dan tidak memainkan peranan semantik mahupun foentik. Kedua-dua erti “radikal” ini tidak sama sekali, namun boleh serentak dalam contoh tertentu, lalu menimbulkan kekeliruan. (Untuk penjelasan, kedua-dua istilah komponen semantik dan pengepala bahagian digunakan di sini.)

Komponen penentu dalam tulisan kuneiform dan hieroglif Mesir juga serupa fungsinya.

Komponen aksara Cina, baik semantik mahupuh fonetik peranannya, merupakan binaan asas untuk semua Hanzi Cina dan juga bentuk-bentuk terbitan Kanji Jepun, Hanja Korea, dan Chữ nôm dan Chữ nho Vietnam. Semenjak kamus Kangxi tahun 1716 diindekskan menggunakan 214 pengepala bahagian Zìhuì, senarai standardnya tidak pernah berubah. Pengepala bahagian merupakan asas penting untuk penyusunan dan penggunaan kamus-kamus Hanzi, Kanji dan Hanja.

Elemen semantik[sunting | sunting sumber]

Komponen atau elemen semantik sesuatu aksara itu ialah bahagian yang menyumbangkan erti, dibandingkan dengan maklumat fonetik. Tulisan Cina barangkalinya bermula dengan lukisan pengolahan benda-benda, tindakan atau hubungan yang dilambangkan. Maksudnya, setiap aksara ini mungkin sekali graf semantik yang terdiri daripada satu elemen semantik, seperti jiǔ (asalnya menggambarkan 'siku'), dòu (sejenis bekas gangsa) atau xiàng ('gajah'). Namun, untuk benda-benda yang sukar digambarkan, adalah lebih praktikal untuk meminjam graf itu untuk sesuatu yang sama atau serupa sebutannya, dalam proses yang dikenali sebagai pinjaman fonetik. Maka, ketiga-tiga graf di atas dipinjam untuk melambangkan jiǔ 'sembilan', dòu 'kacang', dan xiàng 'imej'. Graf-graf sedemikian tiada elemen semantik per se, sebaliknya kegunaannya cuma fonetik semata-mata. Aksara-aksara juga mula mengambil bentuk gugusan lebih daripada satu elemen, biasanya satu semantik dan satu fonetik. Contohnya, shān 'sampan' terdiri daripada semantik zhōu 'perahu' dan fonetik shān 'gunung'. Lama-kelamaan, terdapat pelbagai jenis aksara, ada yang pelbagai elemen semantik atau pelbagai elemen fonetik atau kedua-duanya.

Menjelang dinasti Han, para cendekiawan mula memandang ke belakang dan menganalisa skrip kompleks yang sudah berevolusi. Pada masa itu, proses evolusi sudah berlaku selama sekurang-kurangnya 1,500 tahun, dan struktur dan akar bagi banyak aksara tidak jelas lagi. Xu Shen (Cina Tradisional: 許慎, Cina Ringkas: 许慎, pinyin: Xǔ Shèn; 58-147) dalam kamus bahasa Cina beliau yang berpengaruh, iaitu Kamus Shuowen 15 jilid (Cina Tradisional: 說文解字, Cina Ringkas: 说文解字, pinyin: Shuōwén jiězì; "Menjelaskan Aksara Mudah dan Menganalisa Aksara Rumit"), pada tahun 121, ialah tokoh pertama yang cuba membina satu kamus bahasa Cina yang komprehensif dan juga orang pertama yang mengkatalogkan kira-kira 10,000 aksaranya dalam cara yang sistematik. Dalam proses ini, beliau juga menganalisa setiap aksara, membahagikannya kepada komponen semantik dan fonetik, dan mengenal pasti pinjaman fonetik.

Pengepala bahagian kamus[sunting | sunting sumber]

Xu Shen mengelaskan semua aksara dalam kamus beliau menggunakan satu sistem 540 elemen grafik yang dipanggilnya sebagai bùshǒu (部首) atau pengepala baahgian, yang didapati dalam aksara berbeza dan sering mencerminkan beberapa sifat semantik atau fonetik yang sama.

Elemen-elemen grafik yang dipilih oleh Xŭ Shèn kadang-kadang semantik, kadang-kadang fonetik juga, dan selebihnya bukan semantik atau fonetik pun. Namun begitu, untuk setiap aksara hanya satu elemen dipilih, dan maka inilah "pengepala bahagian" untuk aksara berkenaan.

Pengarang kamus bahasa Cina terus memperhalus sistem ini untuk mengindeks aksara Cina sepanjang zaman, untuk mengumpul dan mendokumenkannya. Senarai pengepala bahagian kemudian dirapikan menjadi 214 dalam kamus Zìhuì tahun 1615. Kamus Kangxi tahun 1716 diindeks menggunakan pengepala bahagian Zìhuì yang membentuk senarai seragam 214 pengepala bahagian atau radikal yang masih digunakan hari ini. Meskipun adanya beberapa variasi dalam senarai-senarai sedemikian - inipun banyak bergantung kepada pengepala bahagian mana juga diindeks - 214 pengepala yang berkanun dalam kamus Kangxi masih berfungsi sebagai asas untuk kebanyakan kamus bahasa Cina moden.

Zìhuì oleh Mei Yingzuo juga merupakan kamus pertama yang menyusun aksara-aksara untuk setiap pengepala bahagian menggunakan kiraan coret - kaedah "kiraan pengepala bahagian dan coret" yang masih digunakan di kebanyakan kamus bahasa Cina masa kini.


Mengenal pasti Elemen Semantik lawan Pengepala Bahagian dalam Aksara[sunting | sunting sumber]

Dalam aksara-aksara , , , , dan , setiap aksara ini berkongsi satu komponen grafik yang sama: . juga ialah aksara tunggal (Pinyin: ), yang melambangkan perempuan atau konsep kebetinaan. Maksud ini dibayangkan dalam kebanyakan aksara tersebut, namun hubungannya adakalanya bersejarah, kebudayaan, ataupun jauh dan kurang jelas. Bahagian yang lain dalam setiap satu aksara tersebut digunakan sama ada untuk nilai foentiknya yang tidak memainkan apa-apa peranan dalam membawa erti aksara namun menunjukkan sesuatu mengenai sebutannya; atau sebagai penunjuk erti yang diubah oleh pembubuhan dalam apa cara pun atau digunakan untuk mengubah ertinya, seperti dalam jadual berikut:

Dalam imej-imej berikut, bahagian dalam aksara yang diwarnai merah ialah Pengepala Bahagian.
Semantik + fonetik
gabungan fonosemantik
Semantik + semantik
gabungan semantik
Radical nuu jie.png

jiě "kakak" → "perempuan" + elemen fonetik qiě

Radical nuu hao.png

hǎo "bagus" → "perempuan" + "anak" (kebiasaan seorang wanita dengan seorang kanak-kanak dijadikan lambang kebaikan; asal-usul sebenar kata ini pula tidak begitu, sebaliknya kurang jelas)

Radical nuu ma.png

"ibu" → "perempuan" + elemen fonetik

Radical nuu xing.png

xìng "nama keluarga" → "perempuan" + shēng "lahir" (mungkin menyentuh adat nasab ibu zaman kuno)

Radical nuu ta.png

"dia"
(perempuan sahaja) - kata ganti nama yang dibinar berasaskan homofonnya ( "dia" untuk lelaki) dengan menggantikan komponen semantik dan pengepala bahagian ("manusia").

Radical nuu qie.png

qiè "maharani", "perempuan simpanan", "gundik" → "perempuan" + "berdiri".

Contoh-contoh ini menggunakan pengepala bahagian untuk nilai semantiknya, tetapi tidak semestinya begitu. Lebihan pula, dalam contoh-contoh ini adalah mudah untuk mengenal pasti sebagai elemen grafik yang berasingan daripada bahagian aksara yang lain. Dalam hal-hal lain, mengenal pasti akar semantik dan pengepala bahagiannya tidak semudah itu.

Bentuk dan kedudukan radikal dalam aksara[sunting | sunting sumber]

Peringatan: Bahagian berikutnya menggunakan aksara Unikod dari blok Kangxi Radicals. Aksara-aksara ini tidak selalunya dijumpai dalam fon-fon biasa.

Dalam contoh-contoh tadi, lima daripada enam aksara itu menampakkan radikal di sebelah kiri (, , , dan ) tetapi muncul pada bahagian bawah dalam . Tiadanya hukum yang menetapkan kedudukan radikal dalam aksara - maka radikal itu boleh dilihat di mana-mana bahagian sesuatu aksara. Bagaimanapun, terdapat sepasang pengepala bahagian yang sama bentuknya, tetapi diindeks sebagai berlainan bergantung kepada kedudukannya dalam aksara: (bentuk pengepala bahagian yang ringkas bagi , Pinyin: ; see below) seperti dalam , sentiasa di bahagian kanan aksara, sementara (bentuk pengepala bahagian yang ringkas bagi , Pinyin ) seperti dalam , sentiasa di bahagian kiri.

Fail:Table of radicals.png
Radikal dan bentuk kelainannya

Dalam penulisan, banyak komponen diubah bentuknya agar muat dalam satu ruangan dengan komponen-komponen lain, sama ada disempitkan, dipendekkan, atau diubah bentuk sepenuhnya. Perubahan bentuk ini boleh mengurangkan bilangan strok untuk penulisan. In some cases, these written forms may have several variants. Bentuk sebenar komponen yang digunakan dalam aksara bergantung kepada kedudukannya berbanding elemen-elemen lain dalam aksara. Dalam imej di kanan, warna biru digunakan untuk bentuk-bentuk "ganjil".

Berikut ialah bentuk-bentuk tulisan varian yang terpenting (selain dan yang sudah dibincangkan):

  • "pisau" → apabila terletak di kanan elemen-elemen lain:
    • contoh: , ~
    • pengecualian:
  • "orang" → di kiri:
    • , , ~
  • "hati" → di kiri:
    • , , * ~
(*) menjadi apabila ditulis di bahagian bawah aksara.
  • "tangan" → di kiri:
    • , , ~ ,
    • pengecualian: ,
  • "air" → di kiri:
    • , , ~ ,
    • pengecuali: ,
  • "api" → di bawah:
    • , , ~ ,
    • pengecuali: ,
  • "anjing" → di kiri:
    • , , ~ ,
  • "mata" → dipusing 90˚:
    • , , ~ .

Dalam contoh-contoh tadi, tiada bezanya tanpa mengira komponen terlibat digunakan untuk ertinya atau tidak. Perubahan dalam bentuk tetap sama.

Peringkasan aksara yang diamalkan di Republik Rakyat China dan tempat-tempat lain telah mengubah suai sebilangan komponen. Ini telah mewujudkan beberapa bentuk pengepala bahagian yang baru: ditulis sebagai apabila menjadi sebahagian aksara tradisional yang lain, tetapi menjadi dalam aksara ringkas.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]