Eddie Adrian

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Radin Ahmad Adrian)
Eddie Adrian
Nama lahirRadin Ahmad Adrian
Kelahiran(1992-06-20)20 Jun 1992
Kuala Lumpur, Malaysia
GenreMetalcore
Pekerjaan
  • Vokalis
  • Penulis lagu
Tahun aktif2010–present
Pengkarya berkait

Pengenalan[sunting | sunting sumber]

Radin Ahmad Adrian atau dikenali sebagai Eddie Adrian adalah seorang penyanyi kepada band Evidence Speaks dan bekas Black Territory di mana kedua-dua band berasal dari Kuala Lumpur, Malaysia. Lahir di Pusat Perubatan Universiti Malaya pada tahun 1992, Eddie telah banyak melalui hidupnya sebagai seorang penyanyi dalam dunia Metalcore/Metal. Eddie juga pernah terlibat dalam dunia lakonan dalam beberapa drama Melayu seperti Frontpage di NTV7 dan juga Sutera Maya di TV3. Pengalaman bersama director Kabir Bhatia dari Filmscape Sdn Bhd membuka lagi minda Eddie di dalam bidang seni.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Bermula dengan kumpulan The Only Cure Is Dying/TOCID pada awal 2011, Eddie lebih menumpukan kepada genre metalcore. Disebabkan masalah peribadi yang tidak dapat dielakkan, Eddie secara rasmi keluar dari TOCID. Selepas tanpa band untuk beberapa bulan, Eddie menjadi penyanyi tetap bagi kumpulan Evidence Speaks awal Januari 2012. Pada tahun yang sama bulan Jun, Black Territory telah menjemput Eddie untuk menjadi penyanyi kumpulan mereka untuk sementara. Setelah beberapa persembahan, pihak Black Territory mencadangkan supaya Eddie menjadi ahli tetap kepada Black Territory. Dengan persetujuan, Eddie adalah ahli tetap Black Territory untuk posisi penyanyi, secara rasmi pada bulan Julai 2012. Pada tahun 2014, Eddie telah membuat keputusan untuk keluar dari Black Territory atas sebab peribadi.

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]