Radioterapi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Persediaan untuk radioterapi pelvis

Radioterapi atau terapi sinaran ialah satu kaedah perubatan untuk merawat penyakit Barah. Ia menggunakan sinaran pengion seperti sinar-X, sinar gama atau elektron, untuk mengubati atau mengawal sel-sel barah. Perkataan tersebut terdiri daripada gabungan “radio” bermaksud sinaran dan “terapi” bermaksud rawatan.

Radioterapi boleh digunakan kerana sinaran atau radiasi menghentikan barah daripada membesar dan sel barah daripada membahagi. Ia diarahkan kepada sel barah dengan dua cara- radiasi dalaman dan radiasi luaran.

Radiasi luaran bermakna radioterapi diberi secara luar badan daripada sebuah mesin yang mengarahkan sinaran kepada ketumbuhan barah. Ia adalah seperti mengambil sinar-X tetapi dosnya jauh lebih tinggi daripada sinar-x untuk diagnosis. Terdapat beberapa jenis mesin radioterapi yang berbeza. Ini termasuk pemecut linear dan mesin kobalt.

Radiasi dalaman bermakna radioterapi diberi dengan meletak sebuah bekas radioaktif, dawai radioaktif yang halus atau jarum yang diletak dalam badan dekat dengan atau di tempat barah wujud. Ini dipanggil sebagai implan radioaktif. Implan tersebut mengandungi bahan radioaktif seperti yttrium, iridium atau caesium. Implan tersebut mengarahkan sinaran radiasi kepada barah tersebut.

Radiasi luaran daripada mesin biasa digunakan untuk rawatan radioterapi. Pakar terapi radiasi ataupun pakar onkologi akan menggunakan radiasi dalaman jika sel barah berada dekat dengan permukaan badan atau tempat yang senang untuk dimasuki. Mereka boleh menggunakan implan untuk barah pay udara, barah serviks, dan barah lidah. Jika radiasi dalaman digunakan, biasanya radiasi luaran pun akan digunakan juga. Walau bagaimanapun, pada hari ini, semakin banyak rawatan radiasi yang bersasaran diberi dengan wujudnya radiologi intervensi yang telah menjadi satu sumbangan besar kepada rawatan radiasi.

Jenis rawatan yang digunakan bergantung kepada jenis barah yang dihidapi, tempat barah wujud dan saiz tumbuhan tersebut. Rawatan perlu dikhaskan mengikut setiap individu. Pakar Radioterapi/Pakar Onkologi hanya akan menggunakan rawatan radioterapi jika rawatan tersebut membawa lebih kebaikan daripada keburukan.

Biasanya radioterapi digunakan bagi merawat tumor kanser kerana keupayaannya untuk mengawal pertumbuhan sel. Radiasi pengionan bertindak dengan merosakkan DNA tisu barah yang membawa kepada kematian selular. Untuk menyelamatkan tisu normal (seperti kulit atau organ Yang mesti dilalui oleh radiasi bagi merawat tumor), bentuk pancaran radiasi disasar dari beberapa sudut dedahan agar bersilang pada tumor, memberikan dos yang lebih besar terserap di situ berbanding pada tisu yang sihat di kawasan sekitar.Selain tumur itu sendiri, medan sinaran mungkin membabitkan penyaliran nod limfa jika ia secara klinikal atau radiologinya terbabit dengan tumor, atau jika ada dianggap sebagai berisiko bagi penyebaran malignan subklinikal. Ia adalah perlu untuk membenarkan ketidak pastian kedudukan harian dan pergerakan tumor dalaman. Ketidaktentuan ini boleh disebabkan oleh pergerakan dalaman (contohnya, pernafasan dan pengisian pundi kencing) dan pergerakan kulit luar berbanding pada kedudukan tumor.

Malangnya, sinaran radiasi tidak boleh membezakan sel barah daripada sel manusia yang biasa. Walau bagaimanapun, sel barah tidak boleh menahan kesan radiasi dan akan mati. Sel manusia yang biasa akan pulih semula dan kesan tetap tidak akan dialami. Di sebab sel barah membesar lebih cepat berbanding dengan sel biasa, ia akan lebih terjejas dengan radiasi. Sel biasa juga akan terjejas dan mungkin menyebabkan kesan sampingan pada badan manusia.

Kesan sampingan radioterapi[sunting | sunting sumber]

Sesetengah rawatan tidak mempunyai kesan sampingan tetapi ada juga sesetengah yang memberi kesan sampingan. Ia bergantung kepada bahagian badan yang dirawat dan dos radioterapi yang diberikan. Kebanyakan orang akan berasa keletihan sepanjang rawatan mereka. Kesan sampingan yang lain akan dihidapi bergantung pada bahagian badan yang dirawat seperti:

  • Berasa tidak sihat – hanya apabila abdomen/pelvis dirawat
  • Kulit yang merah dan gatal
  • Mulut atau kerongkong yang sakit/kering
  • Telinga yang tersumbat
  • Kehilangan rambut - hanya apabila bahagian kepala dirawat
  • kesusahan menelan makanan
  • Sakit perut atau cirit birit
  • Pundi kencing yang lemah
  • Masalah seksual atau kesuburan

Kebanyakan kesan sampingan adalah sementara sahaja. Kesan sampingan tersebut akan hilang selepas rawatan dihentikan. Walau bagaimanapun, ada juga kesan yang tetap. Radioterapi boleh mengubati sesetengah jenis barah seperti barah peti suara yang awal, kawasan hidung dan serviks (bahagian bawah uterus). Kadang-kala ia dilakukan bersama pembedahan atau kemoterapi. Dalam kes lain, radioterapi boleh bantu mengawal barah dengan menghentikan tumbesarannya atau dengan mengecilkannya. Ini boleh memanjangkan hidup seseorang yang menghidapi barah atau mengurangkan masalah yang disebabkan oleh barah atau kedua-duanya.

Radioterapi tidak menyakitkan. Untuk implan, ubat bius akan diberikan kepada pesakit supaya pesakit tidak akan merasa apa-apa.

Dengan radiasi luaran daripada sebuah mesin, pesakit tidak akan menjadi radioaktif. Ia selamat untuk bersama dan menyentuh orang lain termasuk wanita dan kanak-kanak.

Pesakit yang dirawat dengan radiasi dalaman tidak digalakkan untuk menjumpai sesiapa pun supaya radioaktifnya tidak akan menjejaskan kesihatan orang lain. Apabila implan tersebut dikeluarkan, radio aktiviti dalam badan pesakit turut akan hilang.

Orang yang dirawat dengan radioterapi mungkin boleh menghidapi barah yang lain kemudiannya. Walau bagaimanapun, ini adalah kemungkinan yang amat rendah. Rawatan radioterapi akan mengubati pesakit atau mengawal barah dalam badan pesakit.