Radpanzer Condor

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Radpanzer Condor
Sebuah Condor milik Tentera Darat Malaysia.
JenisPengangkut anggota berperisai
Tempat asal Jerman Barat
 Malaysia
Spesifikasi
Berat12.4 tan metrik
Panjang6.13 m
Lebar2.47 m
Tinggi2.18 m
Krew2+12[1]

Senjata
pertama
Meriam 20 mm
Senjata
kedua
Mesingan 7.62 mm
EnjinEnjin diesel OM906LA / 6 silinder
170 kW
228 hp (170 kW)
Sistem ampaianbar kilasan, 5 roda jalan
Jarak
operasi
900 km
Kelajuan95 km/j

Rheinmetall Condor adalah sebuah kenderaan pengangkut anggota berperisai beroda 4x4 yang pada asalnya dibina oleh Thyssen-Henschel dari Jerman dan dikilangkan oleh Henschel Wehrtechnik GmbH. Rekabentuknya adalah berdasarkan kerangka UNIMOG[2] dan menggunakan komponen-komponen utama yang sama seperti enjin, kotak giar dan gandar. Kebolehpercayaan kenderaan ini tinggi dan ia juga senang diselenggarakan di sebabkan sokongan yang mudah didapati daripada sumber-sumber awam.

Reka bentuk[sunting | sunting sumber]

Condor telah direka bagi memberi perlindungan menyeluruh terhadap senjata api kecil, serpihan peluru dan periuk api kecil. Condor telah digunakan oleh Tentera Darat Malaysia di dalam satu pertempuran semasa cubaan operasi menyelamat Pertempuran Mogadishu yang mana menyorot betapa mudahnya ia diserang oleh peluru roket RPG-7. Seorang anggota tentera Malaysia telah terbunuh apabila sebutir peluru RPG menembusi ruang pemandu pada kenderaan beliau.

Condor adalah sejenis kenderaan amfibia dan boleh diangkut melalui udara oleh pesawat C-130 Hercules dan C-160 Transall.

Kelainan[sunting | sunting sumber]

Condor boleh didapati di dalam pelbagai konfigurasi; termasuk:

Meskipun Tentera Darat Malaysia banyak menggunakan Condor sebagai pengangkut anggota berperisai, versi-versi seperti pembawa mortar dan ambulans juga digunakan di dalam perkhidmatan.

Pengguna[sunting | sunting sumber]

Pengunaan dalam filem[sunting | sunting sumber]

Pada 1992 filem aksi Amerika Syarikat berjudul Fifty/Fifty yang mana empat buah Condor APC milik Kor Armor Diraja Tentera Darat Malaysia telah digunakan bagi adegan terakhir di Padang Kota,Pulau Pinang.

  • Pada 2023 filem aksi ketenteraan Malbatt: Misi Bakara mempamerkan kehebatan Condor APC dalam misi menyelamat askar Amerika Syarikat dalam pertempuran di Pasar Bakara,Mogadishu pada Oktober 1993.Namun kebanyakan menggunakan Condor APC olok-olok (mockup) kerana filem ini membuat penggambaran di Gaziantep,Turki manakala bakinya Condor sebenar milik Kor Armor Diraja digunakan di Iskandar Pinewood Studios,Johor Bahru

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]