Rafiah Salim

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Datuk Rafiah Salim

Datuk Rafiah Salim(lahir pada 13 Mei 1947), dilahirkan di Kuala Krai, Kelantan, merupakan wanita pertama dilantik sebagai Naib Canselor Universiti Malaya sejak 1 Mei 2006, menggantikan Prof. Datuk Dr. Hashim Yaacob yang tamat kontrak perkhidmatannya pada 31 Mac 2006.

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Beliau mendapat pendidikan awal di Kolej Tunku Kurshiah and Victoria Institution. Tan Sri Rafiah yang juga pemegang sarjana muda dan sarjana undang-undang dari Queen's University of Belfast, United Kingdom mempunyai rekod perkhidmatan yang cemerlang dalam sektor awam dan swasta dan juga di peringkat antarabangsa. Beliau pernah berkhidmat sebagai Penolong Setiausaha Agung bagi Pengurusan Sumber Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dari 1997 hingga 2002, Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia (1995-1997) dan juga Pengurus Besar Sumber Manusia Malayan Banking Berhad (1991-1995).

Pengalaman[sunting | sunting sumber]

Beliau merupakan Pengarah Eksekutif International Centre for Leadership in Finance (ICLIF), pernah berkhidmat sebagai pensyarah, Timbalan Dekan dan Dekan Fakulti Undang-undang Universiti Malaya dari tahun 1974 hingga 1988.

Pengarah NIEW[sunting | sunting sumber]

Pada 26 Jun 2009, Rafiah Salim dilantik sebagai Pengarah Institut Pengupayaan Wanita bagi Pergerakan Negara-negara Berkecuali (NIEW). Beliau juga rakyat Malaysia pertama yang dipilih memegang jawatan Penolong Setiausaha Agung di Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).[1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]