Rafinha

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Rafinha
Rafinha Training FC Bayern München-1.jpg
Maklumat peribadi
Nama penuhMárcio Rafael Ferreira de Souza[1]
Tarikh lahir (1985-09-07) 7 September 1985 (umur 34)
Tempat lahirLondrina, Brazil
Ketinggian1.71 m (5 ka 7 in)[2]
Posisi permainanBek tengah
Maklumat kelab
Kelab terkiniBayern Munich
Nombor13
Kerjaya remaja
1992–1997Gremio Londrina
1997–2001P.S.T.C.
2001–2002Londrina
Kerjaya senior*
TahunPasukanKmncln(Gol)
2002–2005Coritiba37(3)
2005–2010Schalke 04153(7)
2010–2011Genoa34(2)
2011–Bayern Munich88(2)
Pasukan kebangsaan
2002–2005Brazil B208(2)
2008Brazil B238(0)
2008–Brazil2(0)
* Kemunculan kelab senior dan gol dikira untuk liga tempatan sahaja dan betul sehingga 2 Mei 2015 (UTC).

† Kemunculan (Gol).

‡ Kaps pasukan kebangsaan dan gol betul sehingga 5 Mac 2014

Márcio Rafael Ferreira de Souza, ataupun lebih dikenali sebagai Rafinha, (lahir 7 September 1985) merupakan pemain bola sepak Brazil yang kini bermain untuk Bayern Munich di posisi pertahanan.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Kerjaya awal[sunting | sunting sumber]

Rafinha memulakan kerjaya bola sepaknya pada usia tujuh tahun denga bermain untuk Gremio Londrinense, sebuah pasukan futsal yang berasal dari Londrina. Pada usia 12 tahun, beliau mula berlatih untuk PSTC, sebuah kelab bola sepak tempatan sebelum menandatangani kelab Londrina Esporte Clube pada tahun 2001 ketika berusia 16 tahun. Selepas tamat tahun pertamanya bersama Londrina, Rafinha diikat oleh Coritiba Foot Ball Club. Ini bermakna Rafinha berpindah beratus-ratus kilometer dari kampung halamannya.

Di Coritiba, Rafinha menemui jalannya untuk menyertai pasukan bawah-20 Brazil dan bermain di Kejohanan Remaja Dunia FIFA 2005 di Belanda. Ketika kejohanan itu, Rafinha menjaringkan dua gol dan sebahagian daripada skuad Brazil yang mengutip pingat gangsa. Aksi Rafinha di kejohanan itu telah menarik kelab Eropah. FC Schalke 04 telah berjaya mengikat Rafinha dari Coritiba denga bayaran 5 juta euro dan Rafinha menandatangani kontrak lima tahun.

Genoa[sunting | sunting sumber]

Pada 4 Ogos 2010, Rafinha disahkan berpindah adri Schalke ke Genoa. Perpindahan itu menelan bayaran sebanyak 8 juta euro. Beliau menjaringkan dua gol dalam 34 perlawanan di musim 2010-11. Genoa gagal untuk bayar perpindahan pada kali ini dan Schalke telah mendakwa Genoa ke Mahkamah Sukan Antarabangsa.

Bayern Munich[sunting | sunting sumber]

Pada 1 Jun 2011, FC Bayern Munich telah mengesahkan perpindahan Rafinha dari Genoa. Rafinha menandatangani kontrak tiga tahun dengan bayaran sebanyak 5.75 juta euro. Beliau menjaringkan gol pertamanya untuk Bayern ketika menentang Villarela apabila beliau menjadi pemain gantian pada perlawanan Liga Juara-Juara pada 14 September 2011, Bayern menang 2-0. Pada 20 Oktober 2012, beliau menjadi pemain gantian untuk menjaringkan gol pertamanya di BUndesliga pada 20 Oktober 2012 menentang Fortuna Düsseldorf, Bayern menang 5–0.

Pada musim 2013-14, selepas pemindahan Philipp Lahm dari bek kanan ke pemain tengah bertahan, Rafinha mengambil peluang ini untuk bermain. Beliau membuat 46 penampilan dalam semua kejohanan.

Kerjaya antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Pada 11 Februari 2014, Raifnha dipanggil oleh Luiz Felipe Scolari untuk perlawanan persahabatan menentang Afrika Selatna pada 5 Mac iaitu sebagai perlawanan pemanas badan untuk aksi Piala Dunia FIFA 2014.

Penghargaan[sunting | sunting sumber]

Kelab[sunting | sunting sumber]

Bayern Munich

Catatan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "FIFA Club World Cup Morocco 2013: List of Players" (PDF). FIFA. 7 December 2013. m/s. 5. Dicapai 7 December 2013. 
  2. ^ "Player Profile". FC Bayern Munich AG. Dicapai 1 July 2012. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]