Rafiq Razali

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Rafiq Razali
Kelahiran
Rafiq bin Razali

(1998-11-16) 16 November 1998 (umur 25)
Kapar, Selangor Malaysia
Nama lainFiq Zali
PekerjaanPelajar,

Rafiq Razali atau nama sebenarnya ialah Rafiq bin Razali. Beliau dilahirkan pada 16 November 1998 (17 tahun). Rafiq mendapat pendidikan di peringkat rendah di SK Sungai Serdang dan SRA Sungai Serdang. Pencapaian terbaik beliau di peringkat sekolah rendah ialah mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan besar iaitu UPSR dan PSRA. Beliau mendapat keputusan 5A dalam UPSR dan mendapat mumtaz dalam PSRA.

Penglibatan Rafiq dalam aktiviti luar bilik darjah ialah dikir barat. Beliau mula mewakili sekolah dalam acara dikir barat bahasa arab ketika berada di tahun empat. Beliau terselamat daripada penyingkiran yang dibuat oleh jurulatih berdasarkan penilaian dalam beberapa aspek. Pasukan dikir barat SK Sungai Serdang merupakan juara pada peringkat daerah, negeri dan kebangsaan dari tahun 2007 hingga 2010. Pasukan ini juga selalu dijemput untuk membuat persembahan di majlis-majlis. Antaranya ialah kenduri, majlis perasmian dan lain-lain lagi.

Setelah mendapat keputusan yang cemerlang dalam UPSR dan PSRA, Rafiq membuat keputusan untuk mendaftar di SBPI Sabak Bernam semasa tingkatan satu. Bersekolah selama dua bulan di SBPISB, Rafiq membuat keputusan untuk berpindah ke SMK Agama Kuala Selangor. Perpindahan beliau ke SMK Agama Kuala Selangor tidak sia-sia apabila beliau mendapat keputusan yang cemerlang dalam PMR dengan mendapat 9A dalam 9 matapelajaran yang diambil. Walaupun keputusan beliau cemerlang, beliau tidak berpindah ke sekolah lain kerana beliau sangat sayang akan sekolah tersebut. Beliau telah selesai menjawab peperiksaan SPM pada 2 Disember 2015 yang lalu dan sedang menunggu keputusan SPM yang bakal diumumkan pada 3 Mac 2016 kelak. Marilah kita sama-sama doakan beliau agar mendapat keputusan yang cemerlang dalam SPM.