Rafizi Ramli
Tuan Rafizi Ramli | |
---|---|
![]() | |
Menteri Ekonomi Malaysia | |
Memegang jawatan 3 Disember 2022 | |
Raja | Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah |
Perdana Menteri | ![]() ![]() |
Timbalan | Hanifah Hajar Taib |
Didahului oleh | ![]() ![]() |
Anggota Parlimen Malaysia untuk Pandan, Selangor | |
Memegang jawatan 19 Disember 2022 | |
Didahului oleh | ![]() ![]() |
Dalam jawatan 2013–2018 | |
Didahului oleh | ![]() ![]() |
Digantikan oleh | ![]() ![]() |
Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat ke-5 | |
Memegang jawatan 17 Julai 2022 | |
Presiden | Anwar Ibrahim |
Didahului oleh | Azmin Ali |
Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Wilayah Persekutuan | |
Memegang jawatan 4 Ogos 2022 | |
Didahului oleh | Zahir Hassan |
Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Johor | |
Memegang jawatan 4 Ogos 2022 | |
Didahului oleh | Syed Ibrahim Syed Noh |
Ketua PKR Cabang Pandan | |
Memegang jawatan 2022 | |
Butiran peribadi | |
Lahir | Mohd. Rafizi bin Ramli 14 September 1977 Besut, Terengganu, Malaysia |
Kewarganegaraan | Malaysia |
Parti politik | ![]() ![]() |
Sekutu gabungan politik lain | Barisan Alternatif (1999-2008) Pakatan Rakyat (2008-2015) ![]() |
Pasangan | Afizsa Ashak |
Anak-anak | 2 |
Pendidikan | Kolej Melayu Kuala Kangsar |
Alma mater | University of Leeds (BEng) |
Pekerjaan | Ahli Politik |
Profesion | Akauntan |
Laman web rasmi | rafiziramli.com |
Mohd Rafizi bin Ramli (lahir 14 September 1977) adalah timbalan presiden Parti Keadilan Rakyat terkini selepas memenangi Pemilihan Keadilan 2022. Sebelum ini beliau menjawat jawatan setiausaha agung, naib presiden dann juga pengarah strategi PKR lalu pernah menjadi Ahli Dewan Rakyat bagi kawasan parlimen Pandan, Selangor dari 2013 hingga 2018. Beliau juga menubuhkan syarikat pertubuhan bukan keuntungan Malaysia yang dinamakan Invoke Malaysia (INVOKE) pada 2016 yang berpusat di Sungai Besi. Tujuan pertubuhan ini adalah untuk kempen politik bagi mengkaji analisis politik dan statistik politik yang berada di Malaysia.
Latar belakang peribadi dan pendidikan[sunting | sunting sumber]
Rafizi Ramli dilahirkan pada 14 September 1977 di Besut, Terengganu. Beliau mendapat pendidikan di Kolej Melayu Kuala Kangsar (1990–1994) sebelum melanjutkan pelajaran di University of Leeds, England (1996–1999).[1][2]
Kerjaya[sunting | sunting sumber]
Selepas belajar, Rafizi bekerja di firma Jeffreys Henry Chartered Accountants, London (1999 – 2003). Beliau diterima sebagai ahli Institute of Chartered Accountants in England and Wales (ICAEW) pada 2003 dan Malaysian Institute of Accountants (MIA) pada 2003 apabila pulang ke Malaysia.
Rafizi bekerja di Petronas / MTBE Malaysia Sdn Bhd (2003 – 2005) dan menjadi Pengurus, Propane Dehydrogenation Plant.
Kerjaya beliau menapak ke Pengurus Kanan (Perancangan Perniagaan, Operasi dan Teknologi Urusniaga Petrokimia).
Semasa di Petronas Carigali Sdn Bhd (2007 – 2009), beliau menjadi Pengurus Kanan (Perakaunan, Belanjawan dan Percukaian Antarabangsa).
Pada 2009 beliau bertukar kerja ke Pharmaniaga Berhad sebagai pengurus besar, sebelum menjadi ketua eksekutif di Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor (2009 – 2012)[3]
Politik[sunting | sunting sumber]
Beliau bertanding untuk kawasan parlimen Pandan pada pilihanraya umum ke-13 pada tahun 2013 dan menang dengan jumlah undi 48,183.[4]Selepas Tewas Pada Pemilihan PKR 2018 Dengan Bertanding Sebagai Calon Timbalan Presiden PKR dengan Penyandang Ketika itu iaitu Dato' Seri Azmin Ali Dengan Mendapat undian 68,730 Berbanding Azmin Ali iaitu sebanyak 71,635.Selepas Dari Tewas Pemilihan Tersebut Beliau Mengumumkan Mahu "Bercuti" Daripada Politik.Pada Tahun 2022 Beliau Mengumumkan Mahu Kembali Politik Sekaligus Mengumumkan Mahu Bertanding Jawatan Sebagai Calon Timbalan Presiden PKR sekali lagi pada Pemilihan PKR 2022 Dan Memenangi Jawatan Tersebut Dengan Undian Sebanyak 59,678 Berbanding Pencabarnya iaitu Datuk Seri Saifuddin Nasution Sebanyak 43,010.
Debat Sinar: Rafizi vs Khairy 2012[sunting | sunting sumber]
Rafizi Ramli dan Khairy Jamaluddin menerima jemputan berdebat di Auditorium Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, Shah Alam pada 22 Mei 2012. Mereka membicarakan tentang isu PTPTN, pendidikan percuma, IPTA dan kelangsungan IPTS dan beban hutang mahasiswa di Malaysia. Kira-kira 400 orang hadir mendengar perdebatan selama 1.30 jam itu. Moderator ialah Dr Maszlee Malik.[petikan diperlukan]
Isu dan kontroversi[sunting | sunting sumber]
Pendedahan Isu NFC dan Saman daripada Shahrizat[sunting | sunting sumber]
Pada 8 November 2011, beliau telah mendedahkan isu National Feedlot Corporation Berhad (NFC) di dalam blog beliau, memperincikan penyelewengan yang dilakukan oleh keluarga Shahrizat Abdul Jalil.[5] Akibat daripada itu, Pada 19 Januari 2012, beliau dan Ketua Wanita Keadilan, Zuraida Kamaruddin telah disaman fitnah oleh Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur kerana memburukkan nama beliau. Jika gagal mempertahankan diri dan membuktikan kebenaran tuduhan beliau, Rafizi kemungkinan muflis , sedangkan Shahrizat hanya perlu membayar kos guaman dan pentadbiran jika saman itu ditolak. Ketua wanita Umno itu menuntut RM50 juta untuk gantirugi umum dan RM50 juta untuk gantirugi teruk dan teladan. Peguam Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah yakin Shahrizat tidak bersalah. [6][7]
Memenjarakan Rosmah dan Najib[sunting | sunting sumber]
Rafizi Ramli telah mengeluarkan kenyataan bahawa sekiranya Anwar Ibrahim telah mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-7, Najib dan Rosmah akan terus dipenjarakan.[8].
Keputusan pilihan raya[sunting | sunting sumber]
Tahun | Votes | Pct | Lawan | Undi | Peratus | Buang undi | Majoriti | Keluar mengundi | |||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
2013 | Rafizi Ramli (PKR) | 48,183 | 66.73% | Lim Chin Yee (MCA) | 21,454 | 29.71% | 73,225 | 26,729 | 87.32% | ||
2022 | Rafizi Ramli (PKR) | 74,002 | 63.98% | Muhammad Rafique Zubir Albakri (PAS) | 25,706 | 22.23% | 115,656 | 48,296 | 77.76% | ||
Leong Kok Wee (MCA) | 11,664 | 10.09% | |||||||||
Ong Tee Keat (WARISAN) | 3,323 | 2.87% | |||||||||
Nadia Hanafiah (PEJUANG) | 961 | 0.83% |
Buku[sunting | sunting sumber]
Reformasi 2.0 (harga RM 10.00) - [13]
Rujukan[sunting | sunting sumber]
- ^ Biodata-Rafizi Ramli
- ^ Interview with Rafizi Ramli, PKR Strategic Director: The debate of the year.
- ^ Rafizi Ramli lepas jawatan Ketua Eksekutif.
- ^ Selangorku.com
- ^ "Pendedahan Skandal NFC: Ada Unsur-unsur Penyelewengan Wang Rakyat", Rafiziramli.com, 8 November 2011.
- ^ Isu NFC: Shahrizat saman Zuraida, Rafizi RM100 juta
- ^ "Shahrizat fail saman RM100j", Utusan Online. 2 Januari 2012.
- ^ Politik."Utusan Malaysia", Utusan Malaysia. 30 April 2013. Retrieved on 30 April 2013.
- ^ "P100: Pandan, Selangor". Utusan. Dicapai pada 19 October 2014. Independent and third party candidates are not included. Percentage figures are based on total turnout.
- ^ "Keputusan Pilihan Raya Umum Parlimen/Dewan Undangan Negeri". Election Commission of Malaysia. Dicapai pada 19 June 2010. Percentage figures based on total turnout.
- ^ "Malaysia General Election". undiinfo Malaysian Election Data. Malaysiakini. Dicapai pada 4 February 2017. Results only available from the 2004 election.
- ^ "KEPUTUSAN PILIHAN RAYA UMUM 13". Sistem Pengurusan Maklumat Pilihan Raya Umum. Election Commission of Malaysia. Dicapai pada 24 March 2017.
- ^ Buku Reformasi 2.0
Pautan luar[sunting | sunting sumber]
- Blog Rafizi Ramli - http://rafiziramli.com .