Rafly Rahamat

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Rafly Rahamat
KelahiranMohd Rafly bin Rahamat
(1986-08-16)16 Ogos 1986
Kuantan, Pahang, Malaysia
Meninggal dunia19 Mei 2018(2018-05-19) (umur 31)
Felda Bukit Kuantan, Kuantan, Pahang
Sebab kematianTidak diketahui
DikebumikanTanah Perkuburan Islam FELDA Bukit Kuantan, Kuantan, Pahang
KediamanFelda Bukit Kuantan, Kuantan, Pahang
WarganegaraMalaysia
Nama lainRafly, Raf
PekerjaanPenyampai radio
Tahun aktif2012 – 2018
MajikanHot FM
Manis FM
Kampung asalFelda Bukit Kuantan, Kuantan, Pahang
Ibu bapa
  • Rahamat bin Sidek (bapa)
  • Zaleha binti Pilus (ibu)

Mohd Rafly Rahamat[1] (16 Ogos 1986[2] – 19 Mei 2018) merupakan seorang penyampai radio Malaysia. Beliau merupakan bekas penyampai radio Hot FM Terengganu dan Manis FM. Beliau telah meninggal dunia pada Mei 2018 ketika umat Islam berpuasa, selepas beberapa bulan menghidap suatu penyakit yang tidak diketahui.

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Mohd Rafly bin Rahamat dilahirkan pada 16 Ogos 1986 dan merupakan anak kedua daripada empat beradik. Bapanya, Rahamat Sidek (lahir 1964) ialah orang Terengganu dan ibunya, Zaleha Pilus (lahir 1965) berasal dari Pahang. Beliau berasal dari Felda Bukit Kuantan, Pahang. Beliau merupakan seorang yang bujang.[3]

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Sebelum menjadi penyampai radio, beliau merupakan seorang kakitangan pentadbiran dan pusat panggilan di Institut Jantung Negara (IJN) di Kuala Lumpur.[2]

Sekitar penghujung 2011, beliau telah diminta oleh rakan-rakannya agar menguji bakat di Pencarian Penyampai Radio Hot FM Pantai Timur (Terengganu dan Kelantan) yang diadakan di Sri Pentas, Kuala Lumpur. Tiga hari selepas uji bakat tersebut, beliau telah menerima panggilan daripada pihak Hot FM yang menyatakan bahawa beliau telah terpilih menjadi salah seorang penyampai radio di Hot FM Kuala Terengganu. Di Hot FM, beliau ke udara dari pukul 4 petang sehingga pukul 8 malam bermula hari Isnin hingga Jumaat dalam sebuah segmen yang dikenali sebagai "Bereh Boh!" pada frekuensi 105.1 FM.[2][4]

Beliau memulakan kerjaya beliau di Hot FM pada 2 Januari 2012[4][5][6] sehingga Disember 2015.[7] Kemudian, beliau telah berpindah untuk bekerja di Manis FM bermula Mac 2016 sehingga April 2017.[7][8]

Pada tahun 2016, beliau berlakon dalam sebuah filem pendek bertajuk Cikgu Haikal sebagai watak tajuk.[9]

Kesihatan merudum dan kematian[sunting | sunting sumber]

Pada Oktober 2017, iaitu tujuh bulan setelah beliau menamatkan kerjaya sebagai penyampai radio Manis FM, beliau telah ditimpa suatu penyakit yang tidak diketahui. Keadaannya bertambah buruk pada Februari 2018.[10] Pada April 2018, beliau telah dimasukkan ke dalam Hospital Tengku Ampuan Afzan yang terletak di Kuantan, Pahang[11] akibat penyakit tersebut. Beliau dikatakan telah disantau oleh orang yang iri hati dengannya atau terkena buatan orang. Penyakit tersebut telah membuatnya hilang selera makan. Dikatakan bahawa barangan tajam seperti kaca, paku dan pisau pencukur pernah keluar dari mulut beliau ketika menjalani rawatan tradisional.[7] Beliau kemudiannya telah dibawa keluar ke rumahnya di mana kesihatan beliau semakin teruk.[12]

Pada 19 Mei 2018 jam 7:10 malam, beliau meninggal dunia di kediaman keluarganya di Kuantan.[11][13] Hot FM telah mengucapkan takziah atas kematian beliau kepada keluarga beliau menerusi akaun Instagram rasmi stesen radio tersebut.[14][15] Jenazah beliau telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam FELDA Bukit Kuantan, Kuantan, pada pagi 20 Mei 2018 sebelum solat Zuhur.[7] Antara yang terkesan dengan kematian beliau ialah penyanyi Bienda, yang menganggapnya sebagai adik sendiri.[16]

Mulai 23 Mei, ibu bapa beliau menerima pencen bulanan sepanjang hayat daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) kerana beliau telah bekerja dan membuat caruman. Sebanyak RM 2,000 diberikan kepada ibu bapa beliau sebagai faedah pengurusan jenazah beliau.[17][18]

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Catatan
2016 Cikgu Haikal Cikgu Haikal Filem pendek

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Noor Ashreen Ismail (14 Januari 2012). "Pantai Timur diserang Hot FM". Kosmo! Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 Mei 2018. Dicapai 19 Mei 2018. 
  2. ^ a b c Jemang (November 2014). "Rafly Ajak Pendengar Bersantai Dengan 'Bereh Boh!'". 1 Suara (72 [1 – 14 November 2014]). m/s. 15–16. Dicapai 23 Mei 2018 – melalui Facebook. 
  3. ^ Hanisah Selamat (19 Mei 2018). "Bekas penyampai Hot FM Terengganu meninggal". BH Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 Mei 2018. Dicapai 19 Mei 2018. 
  4. ^ a b "Hot FM T'Ganu mampu tarik lebih ramai pendengar". Utusan Malaysia. 2 Januari 2012. Diarkibkan daripada yang asal pada 27 Ogos 2018. Dicapai 27 Ogos 2018 – melalui Utusan Online. 
  5. ^ Siti Azira Abd. Aziz (23 November 2011). "Hot FM Perkenal Penyampai Baru Di Kelantan & Terengganu". mSTAR Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 Mei 2018. Dicapai 19 Mei 2018. 
  6. ^ Siti Azira Abd. Aziz (24 November 2011). "Penyampai Hot FM Kelate & T'ganu Tidak Kejar Populariti". mSTAR Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 Mei 2018. Dicapai 19 Mei 2018. 
  7. ^ a b c d Zaid Salim (21 Mei 2018). "Muntah keluar paku". Harian Metro. Dicapai 21 Mei 2018 – melalui PressReader.com. 
  8. ^ Ifqdar Rahman (19 Mei 2018). "Personaliti Hot FM dan Manis FM meninggal dunia". Utusan Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 Mei 2018. Dicapai 19 Mei 2018. 
  9. ^ Cikgu Haikal. 1 Oktober 2016. Dicapai 15 Jun 2018. 
  10. ^ Rudy Imran Shamsudin (19 Mei 2018). "Terkejut Rafly sudah pergi..." myMetro. Diarkibkan daripada yang asal pada 20 Mei 2018. Dicapai 20 Mei 2018. 
  11. ^ a b Mohd Al Qayum Azizi (19 Mei 2018). "Bekas penyampai radio Hot FM meninggal dunia". mSTAR Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 Mei 2018. Dicapai 19 Mei 2018. 
  12. ^ Ifqdar Rahman (18 Mei 2018). "Rafly Rahamat, bekas penyampai Hot FM kian nazak". Utusan Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 Mei 2018. Dicapai 19 Mei 2018. 
  13. ^ Hot FM [hotfm976] (19 Mei 2018). "Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un. Takziah kami ucapkan kpd bekas penyampai radio Hot FM T'ganu Rafly Rahamat yg telah menghembuskan nafas terakhir pada kira-kira jam 7.10mlm tadi. Semoga rohnya ditempatkan dlm kalangan org beriman. Al-fatihah" (Tweet). Diarkibkan daripada yang asal pada 19 Mei 2018. Dicapai 19 Mei 2018 – melalui Twitter. 
  14. ^ "Bekas penyampai radio Hot FM meninggal dunia". Sinar Online. 19 Mei 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 Mei 2018. Dicapai 19 Mei 2018. 
  15. ^ Hot FM [hotfm976] (19 Mei 2018). "Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un. Takziah kami ucapkan kpd keluarga bekas penyampai radio Hot FM T’ganu Rafly Rahamat yg telah menghembuskan nafas terakhir pada kira-kira jam 7.10mlm tadi. Semoga rohnya ditempatkan dlm kalangan org beriman. Al-fatihah." Dicapai 19 Mei 2018.
  16. ^ Nur Asyikin Mayudin (21 Mei 2018). "Arwah Rafly buat Bienda menangis dan ketawa". mSTAR Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 Mei 2018. Dicapai 22 Mei 2018. 
  17. ^ Asrol Awang (23 Mei 2018). "Bantuan PERKESO ringan beban keluarga Rafly". myMetro. Diarkibkan daripada yang asal pada 31 Ogos 2018. Dicapai 31 Ogos 2018. 
  18. ^ "Ibu bapa arwah bekas DJ terharu terima 'bakti'". Sinar Online. 25 Mei 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 31 Ogos 2018. Dicapai 31 Ogos 2018. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]