Ragad Waleed Alkurdi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Toh Puan
Ragad Waleed Alkurdi
SSAP (Pahang); DP (Sarawak)
Toh Puan Ragad Waleed Alkurdi.jpg
Kelahiran (1982-01-15) 15 Januari 1982 (umur 37)[1]
Damsyik, Syria
PasanganAbdul Taib Mahmud (k. 2010)
Ibu bapaKhayami Alkurdi
Waleed Alkurdi

Toh Puan Ragad Waleed Alkurdi adalah isteri dari perkahwinan kali kedua Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Pehin Sri Abdul Taib Mahmud.

Keluarga[sunting | sunting sumber]

Toh Puan Ragad dilahirkan di Damsyik,Syria. Beliau adalah anak bongsu daripada empat adik beradik, anak kepada Waleed dan Khayami Alkurdi. Adik - beradiknya yang lain adalah Samer, Mohamad, dan Samar. Keluarganya berpindah ke Riyadh, Arab Saudi ketika Ragad masih muda. Malangnya, bapa mereka meninggal dunia pada tahun 2003.

Moyang beliau merupakan seorang 'Wari' dari Orfa, Kurdistan. Nama asal moyang mereka adalah Khalil Orfali yang kemudiannya menukar nama kepada Alkurdi apabila berpindah ke Syria.

Beliau berminat dalam rekaan dalaman, suka menyanyi, menari, memancing dan menyelam.

Perkahwinan[sunting | sunting sumber]

Pada 18 Disember 2010, Ragad Walled, berusia 31 tahun, berkahwin dengan Abdul Taib Mahmud. Laporan Utusan Malaysia menyatakan majlis perkahwinan itu dihadiri 200 tetamu sahaja. Ragad Walled pernah bermimpi berkahwin dengan dengan Raja Abdullah dari Arab Saudi dan menaiki kereta Rolls Royce dalam satu majlis penuh gilang gemilang. Mereka diperkenalkan oleh ibu saudaranya, Datuk Roziah Mahmud dan suami, Datuk Robert Geneid . Majlis perkahwinan di Kuala Lumpur dihadiri Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor ; Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng dan isteri, Toh Puan Norkiah dan lain-lain kenamaan.[2]


Taib Mahmud pernah berkahwin dengan Laila Taib, muslim Polish di Masjid Adelaide, selatan Australia pada 13 January 1959 ketika belajar di sana.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Ogilvy Ruekeith, Geryl (16 Januari 2011). "A truly glittering wedding reception". The Borneo Post. Diarkibkan daripada asal pada 2013-07-03. Dicapai 2016-08-07. Taib’s eldest son Dato Sri Mahmud Abu Bekir, in his appreciation speech, started off by wishing Ragad a ‘Happy Birthday’ as yesterday also marked Puan Sri’s 29th birthday. 
  2. ^ Mimpi indah isteri Taib jadi kenyataan