Ragam aktif

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Ragam aktif ialah ragam tatabahasa yang kerap dalam banyak bahasa di dunia. Ragam ini merupakan ragam tidak bertanda untuk klausa-klausa yang menonjolkan kata kerja transitif dalam bahasa-bahasa nominatif–akusatif termasuk bahasa Melayu dan kebanyakan bahasa Indo-Eropah lain.

Ragam aktif digunakan dalam Klaus a Yang subjeknya mengungkapkan pelaku bagi kata kerja utama. Iaitu, subjek melakukan tindakan yang ditandakan oleh kata kerja.[1] Suatu ayat yang pelakunya ditandakan sebagai subjek tatabahasa dipanggil ayat aktif. Sebaliknya, suatu ayat yang dalamnya subjek mempunyai peranan pasien atau tema dinamai ayat pasif, dan kata kerjanya diungkapkan dalam ayat pasif. Banyak bahasa mempunyai kedua-dua ragam aktif dan ragam pasif; ini membolehkan kefleksibelan lebih besar dalam pembinaan ayat, kerana sama ada pelaku atau pasien semantik boleh mengambil peranan sintaksis bagi subjek.[2]

Contoh[sunting | sunting sumber]

Dalam contoh berikut, ragam aktif dan ragam pasif digambarkan dengan pasangan ayat yang menggunakan kata kerja transitif sama.

Bahasa Ragam aktif Ragam pasif
Bahasa Melayu Anjing menggigit posmen. Posmen digigit oleh anjing.
Bahasa Arab عَضّ الكلبُ ساعي البريد. (Anjing menggigit posmen.)
'eَd alklbu sa'ey albryd
عُضّ ساعي البريد بواسطة الكلب. (Posmen digigit oleh anjing.)
'eud sa'ey albryd bwasth alklb
Bahasa Inggeris The dog bit the postman. (Anjing menggigit posmen.) The postman was bitten by the dog. (Posmen digigit oleh anjing.)
Bahasa Jepun 犬がかんだ。 (Anjing menggigit [seseorang].)
Inu-ga kanda
犬にかまれた。 (Oleh anjing [saya] digigit.)
Inu-ni kamareta
Bahasa Jerman Der Hund biss den Postboten. (Anjing menggigit posmen.) Der Postbote wurde vom Hund gebissen. (Posmen digigit oleh anjing.)
Bahasa Perancis Brackett a écrit ce livre. (Brackett telah mengarang buku ini.) Ce livre a été écrit par Brackett. (Buku ini telah dikarang oleh Brackett.)
Bahasa Poland Pies ugryzł listonosza. (Anjing menggigit posmen.) Listonosz został ugryziony przez psa. (Posmen digigit oleh anjing.)
Bahasa Sepanyol La policía detuvo el tráfico. (Polis menghentikan lalu lintas.) El tráfico fue detenido por la policía. (Lalu lintas dihentikan oleh polis.)
Bahasa Sweden Tjänaren bär vinet. (Hamba membawa wain.) Vinet bärs av tjänaren. (Wain dibawa oleh hamba.)

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ O'Grady, William, John Archibald, Mark Aronoff, dan Janie Rees-Miller (eds.) (2001). Contemporary Linguistics: An Introduction Edisi keempat. Boston: Bedford/St. Martin's. ISBN 0-312-24738-9
  2. ^ Saeed, John (1997). Semantics. Oxford: Blackwell. ISBN 0-631-20035-5