Ragnarok Online

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Ragnarok Online (bahasa Korea: 라그나로크 온라인), atau singkatannya RO, merupakan satu permainan massively multiplayer online role-playing game yang direka oleh GRAVITY Co., Ltd. berlandaskan manhwa Ragnarok oleh Lee Myung-Jin. Permainan komputer ini mulanya dikeluarkan di Korea Selatan pada 31 Ogos, 2002 bagi Microsoft Windows dan semenjak itu telah dikeluarkan dalam pelbagai versi tempatan dis eluruh dunia. Kebanyakan lataran permainan ini berdasarkan mitos Norse, namun gayanya turut dipengaruhi agama Kristian, budaya Jepun dan budaya Afrika. Permainan ini juga mencetus siri animasi, Ragnarok the Animation, dan susulannya, Ragnarok Online 2: The Gate of the World, sedang dibangunkan.

Gravity menfrancaiskan permainan ini untuk membolehkan edaran dalam pelbagai ebntuk versi tempatan yang tidak didukung oleh syarikat itu secara terus. Seperti pasa 5 Februari, 2006, francais rasmi permainan didapati di Korea Selatan, Jepun, China, Taiwan, Thailand, Indonesia, Malaysia, Filipina, Brazil, Singapura, Rusia, India dan benua Oceania. Dua bentuk edaran lain, yang mana setiap satunya tidak tertumpu pada satu negara, juga wujud, iaitu European Ragnarok Online yang menyajikan perkhidmatan di Jerman, Itali, Austria, Turki, Perancis, United Kingdom dan Switzerland; dan International Ragnarok Online di Amerika Utara and kebanyakan negara yang tidak meemgang francais sendiri. Kini, kesemua bentuk francais ini merupakan pay-to-play. Terdapat 4 pekerjaan asas dalam game ragnarok iaitu swordman,thief,mercant,aco,dan acher.Pekerjaan asas untuk permainan ini adalah Novice,pemain perlu meningkatkan job level sehingga 9.Bandar utama di dalam permainan ini adalah Prontera,di mana terdapat banyak pemain dari seluruh pelusuk negara berkumpul untuk menjalankan aktivi jual beli.

Lihat Juga[sunting | sunting sumber]



Wiki letter w.svg

 Rencana ini merupakan rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya.