Rahima Orchient Yayah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Rahima Orchient Yayah.jpg

Rahima Orchient Yayah (lahir 1974 di Tawau, Sabah) merupakan Miss Malaysia World 1994. Beliau merupakan wanita beragama Islam terakhir yang menjuarai pertandingan itu, sebelum fatwa mengenai wanita Islam dilarang menyertai pertandingan ratu cantik susulan daripada kes Lina Joy yang dikeluarkan pada 1997. Pertandingan Miss World 1994 ini telah diadakan di Sun City, Afrika. Seramai 87 orang jelitawan dari seluruh dunia telah bertanding bagi merebut gelaran wanita tercantik itu. [1]

Semasa mewakili Malaysia ke Miss World 1994, Rahima berjaya mencecah peringkat separuh akhir (10 peserta terakhir),[perlu rujukan] iaitu mendapat tempat yang jauh lebih baik dari Erra Fazira, yang telah terkeluar di pusingan pertama pada 1992. Rahima merupakan wakil Malaysia ketiga yang berjaya melayakkan diri ke peringkat separuh akhir sejak Malaysia menghantar wakil ke pertandingan Miss World pada tahun 1963. Kali terakhir Malaysia berjaya melangkah ke peringkat separuh akhir sebelum Rahima ialah pada tahun 1979. Rahima merupakan wanita melayu dari Malaysia yang pertama dan terakhir melayakkan diri ke peringkat separuh akhir dalam sejarah pertandingan Miss World. Dalam pertandingan Miss World 1994 itu, Rahima telah dikalahkan oleh aktres jelita dari India iaitu Aishwarya Rai yang berjaya merangkul takhta Miss World 1994.

Rahima kini aktif dalam perniagaan dengan menubuhkan syarikatnya sendiri, Orchient Sdn. Bhd.[2]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]