Rahimah Tanpa Rahim

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Rahimah Tanpa Rahim
Genre
Ditulis oleh
  • Puovin
  • Tommy Loh
PengarahEoon Shuhaini
Dibintangi oleh
Lagu pembukaanLara - Hael Husaini, Naim Daniel & Haqiem Rusli
Lagu penutupLara - Hael Husaini, Naim Daniel & Haqiem Rusli
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod28
Penerbitan
Tempoh siaran42 minit
Syarikat penerbitan
Country & Universal Sdn Bhd
Penyiaran
Saluran asalTV3 (Slot Akasia)
Format gambar
Format audioDolby Digital
Siaran asal22 Januari 2021 – 2 Mac 2021
Kronologi
MengikutiBidadari Salju

Rahimah Tanpa Rahim [1] ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2021 arahan Eoon Shuhaini dibintangi oleh Puteri Aishah, [2] Azlee Khairi, Ezzaty Abdullah dan Hafidz Roshdi. Siri ini memulakan tayangan di Slot Akasia TV3 22 Januari 2021 menggantikan Bidadari Salju [3]

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Mengisahkan tentang Rahimah (Puteri Aishah) yang menghidap sindrom MRKH. Rahimah merupakan seorang yang penyayang dan baik hati kepada semua orang di sekelilingnya. Sungguhpun kehidupan hariannya sentiasa dicemuh oleh ibu tirinya, Mak Aini (Liza Abdullah), namun Rahimah tetap cuba untuk menyesuaikan diri di kampungnya dengan membantu jiran-jirannya.

Dalam masa yang sama, bapa Rahimah, Pak Akob (Badrul Muhayat) sering kelihatan mesra dengan rakan karib anaknya, Shida (Diana Dee DFKL). Perbuatan ini mampu dihidu oleh Rahimah, tetapi setiap kali Rahimah cuba untuk memberitahu Mak Aini, Mak Aini akan memarahinya kerana tidak mempercayai kata-kata Rahimah. Rahimah kemudiannya bertemu dengan Jauhar (Azlee Khairi), pengasas NGO remaja bermasalah. Ada sesuatu tentang keikhlasan dan kenaifan Rahimah yang menarik Jauhar untuk cuba membantunya. Namun kerana masalah itu melibatkan keluarganya, Rahimah takut maruah keluarga tergadai dan semakin cuba untuk menjarakkan diri daripada Jauhar.

Mengeruhkan lagi keadaan adalah Mak Aini yang tidak suka Rahimah berhubungan dengan Jauhar kerana tidak mahu nama keluarganya terpalit dengan tuduhan dan fitnah orang kampung. Sebagai seorang yang amat tegas menjaga nama baik dan maruah keluarganya, Mak Aini cukup pantang apabila orang kampung berbicara buruk tentang keluarganya. Namun, keberangan Mak Aini memuncak apabila terjadi suatu tragedi yang melibatkan Pak Akob dan bermula daripada peristiwa itu, Mak Aini mengambil tindakan untuk menghalau Rahimah dari rumah selama-lamanya.

Apakah kaitan Rahimah dengan kes Pak Akob itu? Mampukah perempuan tidak sempurna ini bertahan dalam kehidupannya? Dan adakah Mak Aini mampu pertahankan nama baik keluarganya?

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Pelakon utama[sunting | sunting sumber]

Pelakon pembantu[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Fatin Farhana Ariffin (27 Januari 2021) Tonton dahulu baru komen Berita Harian. Dicapai 28 Januari 2021
  2. ^ Sairul Zamri Misrani (4 Februari 2021) Puteri Aishah tanggung derita tanpa rahim Kosmo. Dicapai 5 Februari 2021
  3. ^ Drama Rahimah Tanpa Rahim Myinfotaip. 21 Januari 2021. Dicapai 22 Januari 2021