Rahmad Mega

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Rahmad (Mega)
Latar belakang
Nama lahirRahmad bin Tohak
Juga dikenali sebagai
Rahmad Mega
Rahmad Tohak
Aily Gerimis
Kelahiran (1969-12-19) 19 Disember 1969 (umur 54)
Johor Bahru, Johor
Berasal dariMalaysia
Genre
Pekerjaan
  • Penyanyi
  • Pelakon
  • Usahawan
InstrumenVokal
Tahun aktif1989–kini
Syarikat rakaman
Pengkarya berkait

Haji Rahmad bin Tohak (lahir 19 Disember 1969) atau lebih dikenali sebagai Rahmad Mega ialah seorang penyanyi dan pelakon yang terkenal di Malaysia sejak tahun 1991. Beliau mula dikenali ramai setelah menyertai kumpulan rock terkenal iaitu Mega pada tahun 1991 dengan lagu hitnya, Takdir Dan Waktu. Sebelum menyertai Mega, Rahmad telah memulakan kariernya sebagai vokalis kumpulan Gerimis pada tahun 1990.

Latar Belakang[sunting | sunting sumber]

Beliau dilahirkan pada (1969-12-19) 19 Disember 1969 (umur 54) di Johor Bahru, Johor Darul Takzim dan menerima pendidikan di Maktab Sultan Abu Bakar, Johor Bahru dari tingkatan tiga hingga tingkatan lima.

Bidang Nyanyian[sunting | sunting sumber]

1987-1990: Kumpulan Gerimis[sunting | sunting sumber]

Rahmad memulakan kariernya sebagai vokalis kumpulan Malam bersama rakan-rakan sekampungnya di Felda Cahaya Baru, Masai di mana pada ketika itu beliau dikenali sebagai Aily. Nama Malam diambil kerana mereka seringkali membuat persembahan di sekitar Johor Bahru pada waktu malam. Satu hari, Aily bersama kumpulannya, Malam menerima berita dari seorang promoter bahawa akan ada satu ujibakat yang dikendalikan oleh sebuah syarikat rakaman antarabangsa yang berpangkalan di Singapura iaitu PolyGram. Tidak mahu melepaskan peluang, Aily bersama kumpulannya, Malam pergi ke ujibakat tersebut. Namun perkara sebaliknya berlaku apabila Polygram menerima Aily seorang sahaja sebagai artis baharu mereka, membuatkan Aily terpaksa menolak tawaran tersebut.

Kemudian atas jemputan daripada syarikat ASB, kumpulan Malam pergi ke Kuala Lumpur untuk memyertai proses rakaman album kumpulan Bahtera yang dilakukan di Studio Booty Boys. Disebabkan sesi rakaman album kumpulan tersebut siap awal dari masa yang ditetapkan, maka syarikat ASB telah menjemput kumpulan Malam untuk merakamkan demo 10 lagu mereka untuk mencukupkan baki 24 jam sewaan studio yang ditinggalkan kumpulan Bahtera. Siap sahaja rakaman 10 lagu itu, Aily bersama rakan-rakannya pulang ke kampung halaman membawa harapan agar mereka akan mendapat tawaran untuk merakamkan album.

Setahun kemudian, mereka telah dipanggil oleh ASB untuk menandatangani kontrak album dan syarikat tersebut terus menggunakan rakaman demo tape 10 lagu tersebut untuk dimuatkan dalam album mereka. Nama Malam juga ditukar kepada Gerimis oleh pemilik ASB, Encik Arek tanpa pengetahuan mereka. Album sulung Gerimis ini memuatkan 2 lagu hit iaitu Kenangan Lalu dan Rindu Semalam. Biarpun lagu Rindu Semalam tercalon dalam Muzik-Muzik '90, album mereka mencatatkan jualan yang kurang memberangsangkan ekoran persaingan sengit antara kumpulan-kumpulan rock pada ketika itu serta kurangnya promosi daripada pihak pengurusan. Hal ini membuatkan ahli-ahli Gerimis berasa kecewa dan memilih untuk membawa haluan masing-masing.

1991-1996: Kumpulan Mega[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1991, Aily yang ketika itu bekerja di sebuah kilang memproses minyak sawit di Pasir Gudang telah didekati oleh seorang wartawan hiburan yang memberitahunya bahawa ada kumpulan rock dari Johor Bahru sedang mencari vokalis baharu dan sudahpun mempunyai satu album. Pada mulanya Aily tidak mengendahkan tawaran tersebut kerana baginya tiada apa yang membanggakan kerana beliau juga mempunyai satu album, sama seperti kumpulan rock yang dikatakan oleh wartawan tersebut. Namun atas pujukan ibunya, Aily pergi juga ke studio yang terletak di Batu 5, Johor Bahru, tempat di mana beliau perlu berjumpa dengan anggota kumpulan tersebut pada waktu malam.

Pada malam itulah Aily menyedari bahawa kumpulan rock tersebut ialah Mega yang ketika itu sedang popular dengan lagu Pasti dan Sekuntum Bunga Sakura Di Gurun Sahara. Mega yang pada ketika itu dianggotai oleh Adie, Sam, Mad serta pemain dram baharu mereka, Munir belum lagi memutuskan untuk mengambil Aily sebagai vokalis baharu mereka, tetapi Mega sering menggunakan khidmatnya ketika mengadakan persembahan di Johor. Akhirnya setelah hampir enam bulan menunggu, barulah Aily diumumkan sebagai vokalis Mega menggantikan vokalis asalnya, Zarith. Sejak itu, beliau lebih dikenali peminat dengan nama pentas baharunya iaitu Rahmad Mega.

Bersama Mega, nama Rahmad mula dikenali dengan lagu-lagu hitnya seperti Takdir Dan Waktu, Bayangan Gurauan, Suara Cinta dan Nina Karina.

Kerjaya Solo[sunting | sunting sumber]

Kini, Rahmad masih aktif menyanyi meskipun bergerak secara solo. Pada tahun 2013, beliau telah bergabung dengan empat penyanyi lelaki hebat lain iaitu Zamani SlamSaleem IklimAli XPDC/Terra Rossa dan Aris Ariwatan menjayakan sebuah konsert iaitu Konsert Gegar 5 Legenda bertempat di Istana Budaya. Konsert ini mendapat sambutan yang cukup hebat dari peminat-peminat para penyanyi 'otai' tersebut dan membuktikan mereka tidak tergugat walaupun industri muzik Malaysia semakin dibanjiri penyanyi-penyanyi baru.

Pada tahun 2014 Rahmad telah menyertai satu program realiti TV berjudul Gegar Vaganza yang menghimpunkan penyanyi-penyanyi berpengalaman lebih 10 tahun untuk berentap meraih gelaran juara. Beliau berjaya menempatkan diri di pusingan akhir dan menduduki tempat keempat.

Beliau juga telah menghasilkan album mininya yang berjudul Hujan pada hujung tahun 2014 di bawah label syarikat Kelarai Sakti Sdn. Bhd. di mana syarikat tersebut diterajui oleh komposer LY, orang yang bertanggungjawab menghasilkan lagu Mega yang paling berhantu iaitu Bayangan Gurauan. Selapas ini beliau merakamkan beberapa single solo.

Pada tahun 2017, Rahmad merakamkan lagu duet berjudul SAJADAH KAABAH bersama suara peninggalan penyanyi lagenda Indonesia , Allahyarham Deddy Dores sebelum allahyarham meninggal dunia. Selain itu, beliau kini menguruskan perniagaan sendiri sebagai kerja tetapnya.

Bidang Lakonan[sunting | sunting sumber]

Rahmad turut mencuba bakat dalam bidang lakonan. Penampilan pertamanya dalam drama komedi khas raya berjudul Lontong arahan Azwan Ali pada tahun 1995.

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Kumpulan Tahun Judul Album Penerbit Label Edaran Jualan
Mega
1991 Ilustrasi Rahim Othman Jojo's Production BMG Pacific
1993 Rentak Kaki Lima Mega & Mat Penang Jojo's Production BMG Pacific
1994 Kita Mega Jojo's Production Pony Canyon
1996 Megalomania Jojo's Production Life Records
2001 Potret Jojo's Production Nova Music
Utama
1997 Utama Ambang Klasik Ambang Klasik

Singe[sunting | sunting sumber]

  • Pejam (2023)
  • Pemburu Rindu (2023)

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Drama[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
1995 Lontong Selamat TV3 Drama pertama
2023 Misteri Flat Kirana Pak Taza
Geng Daddy Daddy Sham
Gadis Muzikal Kurt

Keluarga[sunting | sunting sumber]

Beliau mendirikan rumahtangga bersama isteri pertamanya Norfaizah Ahmad dan dikurniakan empat orang cahaya mata. Kemudiannya beliau berkahwin kali kedua dengan seorang pelakon, Ainina Ahmad B namun jodoh mereka tidak berpanjangan apabila mereka bercerai sekitar tahun 2011. Hasil perkongsian hidup beliau bersama bekas isterinya, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata.

Gegar Vaganza[sunting | sunting sumber]

Konsert Tema Lagu (penyanyi asal) Ked.
Minggu 1 Throwback "Sekuntum Bunga Sakura Di Gurun Sahara" (Mega)
Minggu 2 Memori Berkasih "Final Countdown" (Europe)
Minggu 3 Kenangan Mengusik Jiwa "Merisik Khabar" (Dato' Sudirman)
Minggu 4 Ada Berani? "Aku Penghibur" (Jamal Abdillah)
Minggu 5 Impian Dan Dedikasi "Bayangan Gurauan" (Mega)
Minggu 6 Berdua Lebih Baik "Terharu" (Mawi & M. Nasir)
Minggu 7 Carta Lagu Hits "Alasan Untuk Bahagia" (Asfan)
Minggu Akhir Akhir "Suara Cinta" (Mega) / "Di Sudut Kamar Hatiku" (Jamal Abdillah) 4th place
"Kalau Aku Kaya" (Awi Rafael & Altimet)

Terpaling Juara[sunting | sunting sumber]

Konsert Tema Lagu (penyanyi asal) Ked.
Minggu 1 Game On "Bayangan Gurauan" (Mega) 1st
Minggu 2 3 Dekad "Merisik Khabar"
(Dato' Sudirman)
3rd
Minggu 3 Cinta "Ghazal Untuk Rabiah" (Jamal Abdillah & M. Nasir) 2nd
Minggu 4 Kapten "Jampi"
(Hael Husaini)
3rd
Minggu 5 Vice Versa "Bunga" (Ara Johari) Saved
Minggu 6 Duet "Keliru" (Ajai & Nurul) 2nd
Minggu 7 Band "Kejoraku Bersatu" (Search) 1st
Minggu Akhir Finale "Ku Akui" (Hafiz Suip) Juara
"Di Penjara Janji" (Dato' Awie)

Rujukan[sunting | sunting sumber]