Rahmah Bujang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Prof. Datuk Dr Rahmah Bujang (lahir 18 Mac 1947 di Pontian, Johor) ini menetap di Petaling Jaya, Selangor. Rahmah Bujang terkenal kerana genre drama. Kerjayanya sebagai guru, penulis skrip dan peneliti drama, malah mementaskan drama menaikkan namanya.

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Rahmah bersekolah di Sekolah Inggeris Pontian , Government English School, Pontian, English College, Johor Bahru dan melanjutkan pelajaran di Jabatan Pengajian Melayu, Universiti Malaya - bidang drama . Beliau orang pertama mengkaji drama (1969). Seterusnya , mengkaji wayang bangsawan sebagai seni teater Melayu untuk Sarjana Sastera Universiti Malaya (1973).Kemudian menjadi pensyarah di UM (1972-1973).Tahun 1974 , belajar peringkat PhD di University of Hull, Humberside dengan tesis tentang Boria.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Sekembali ke 1978, Rahmah bertugas sebagai pensyarah di Jabatan Pengajian Melayu, UM.Kemudian Pengetua Asrama Tuanku Kurshiah, UM (1978-1986).Profesor Madya pada 1983.Beliau memulakan Program Seni Persembahan (1993-1995).Pada 1994, beliau dinaikkan ke jawatan Profesor. Jabatan Pengajian Melayu bertukar menjadi Akademi Pengajian Melayu (APM) pada 1995, beliau menjadi Ketua Jabatan Kesenian Melayu di APM hingga beliau bersara.

Beliau juga Pengarah Pusat Kebudayaan UM dari 1 Januari 1997 - 31 Disember 1999 dan memulakan Pengajian Kesenian di peringkat Ijazah Muzik dan Seni Drama.

Selepas bersara beliau menjadi Lembaga Pengarah Institut Teknologi Seni Melaka dan dianugerah Darjah Seri Melaka 1998. Beliau dilantik panel pakar 'Projek Pengumpulan Istilah Kesusasteraan' MABBIM/DBP, Panel Penilai Hadiah Sastera Malaysia (1978-1986) dan panel pakar projek Ensiklopedia di DBP . Beliau dilantik sebagai penasihat, penilai dan pengerusi serta pembicara kegiatan teater anjuran Kementerian Kebudayaan Kesenian dan Pelancongan. Antaranya menjadi Penasihat Manifestasi Bangsawan (1985-1988); Penilai dan Pengerusi Pekan Teater Peringkat Negeri, Zon dan Kebangsaan (1990-kini)

Persatuan dan sumbangan lain[sunting | sunting sumber]

Rahmah menjadi Penasihat Mahkamah Juvana Wilayah Persekutuan (1980-1991). Majlis Teater Kebangsaan Malaysia (TEMA) ditubuhkan dan beliau menjadi Naib Yang Dipertua I Jawatankuasa Protemnya (1987-199), dan Presiden TEMA (1990-1995). Presiden Kehormat WFWP Malaysia Chapter (1998). WFWP menumpukan kebajikan wanita dan keluarga.Sejak 1999, beliau menjadi Presiden Kelab Wanita (Profesional dan Pengurusan) UM .

Penulisan[sunting | sunting sumber]

Tujuh skrip drama telah dihasilkan untuk teater bangsawan: “Puteri Li Po”, “Puteri Cahaya Bulan”, dan “Megat Terawis”, “Dayang Istana”, “Tabir Senja”, “Muzika Tenggang”, drama Inggeris bertajuk “The Kapitan”. Beliau bertindak sebagai penulis skrip, penerbit dan pengarah teater bangsawan 'Puteri Li Po' - 3 kali berturut-turut , berkeliling di Melaka (1982), Negeri Sembilan, Selangor, Wilayah Persekutuan dan Pulau Pinang,pada 1992 , Pementasan Teater Perdana Panggung Negara; dan ketiga (1999) sebagai persembahan tahunan dan sempena sambutan ulang tahun ke-50 UM .

Karyanya “Puteri Cahaya Bulan” dipentaskan oleh pelajar drama pengajian Melayu (1993), “Megat Terawis” ketika Pementasan Perdana Wilayah Persekutuan (1994), “Tabir Senja” semasa Pementasan Perdana Negeri Johor (1995), dan “Muzika Tenggang” sebagai Pementasan Perdana Wilayah Persekutuan (1996).

Pada 1979, beliau bertindak sebagai penolong pengarah Persembahan Busananeka sempena ulang tahun Jabatan Pengajian Melayu ke-25.Sempena Pesta Sukan antara Universiti ASEAN (AUFAF) di UM (1989) sekali lagi Busananeka dipersembahkan.

Pada 1988, beliau menerima geran penyelidikan dari Institute of Southeast Asian Studies, Singapura selama sembilan bulan mengkaji seni teater tradisi Indonesia.Pada 1994, beliau menerima geran penyelidikan selama dua bulan untuk mengkaji Drama Noh di Fukuoka dari Japan Foundation.Pada 1983 beliau ke Amerika Syarikat, 1988 ke Indonesia, 1994 ke England dan Jepun.

Beliau membentangkan kertas kerja di persidangan di Amerika Syarikat ,Indonesia, Netherland, Jerman, Rusia, China, Filipina, Brunei, Singapura dan Jepun.Beliau adalah koresponden Jurnal INDONESIA CIRCLE keluaran School of Oriental and African Studies, University of London sejak 1988; sebagai Dewan Pakar kepada Jurnal WACANA keluaran Fakultas Sastera, Universitas Indonesia sejak 1999.

Sejak 1973, Rahmah sudah mengajar 20 jenis kursus .Tulisannya yang pertama ialah “Masalah Dokumentasian Sastera Melayu” tersiar dalam majalah Penulis (1972).

Karya[sunting | sunting sumber]

  1. Sejarah Perkembangan Drama Bangsawan di Tanah Melayu dan Singapura.  : DBP , 1975
  2. Drama Melayu 25 Tahun (peny.)  : DBP , 1982
  3. Boria a Form of Malay Theatre,  : ISEAS, 1987
  4. Seni Persembahan Bangsawan.  : DBP , 1989
  5. Drama Melayu: Dari Skrip ke Pentas : DBP , 1993
  6. Pengalaman Drama Noh di Jepun : Jabatan Penerbitan UM , 1996
  7. Subur dalam Rangkap I, II & III. Petaling Jaya: International Book Store, 1984
  8. 1400 Antologi Drama Melayu Kontemporari.  : DBP , 1987
  9. Istilah Drama dan Teater (Bahasa Inggeris–Bahasa Malaysia/Bahasa Malaysia-Bahasa Inggeris),
  10. Dialog Kesusasteraan  : Jabatan Pengajian Melayu, UM , 1990
  11. Lakon, Drama dan Pemikiran: Latar Belakang Intelektual Drama dalam Pendidikan.  : DBP , 1991
  12. Rahmah Bujang dan Azman Wan Chik. Subur dalam Rangkap I, II & III. Petaling Jaya: International Book Store, 1984
  13. 1400 Antologi Drama Kontemporari.  : DBP , 1987
  14. Drama Sebabak TEMA. Klang: Damai Pelangi Sdn. Bhd., 1992
  15. Ketokohan 4 Drama.  : Akademi Pengajian Melayu, UM , 1998


Rujukan[sunting | sunting sumber]