Rahsia (filem)
Rahsia | |
---|---|
Pengarah | Othman Hafsham |
Penulis | Lakon layar: |
Dibintangi | Noor Kumalasari Shukery Hashim |
Tarikh tayangan | 1987 |
Negara | ![]() |
Bahasa | Bahasa Melayu |
Filem Rahsia merupakan sebuah filem seram Malaysia 1987 yang diterbitkan di Malaysia pada 1987. Filem Rahsia diterbitkan dalam bentuk filem warna. Filem Rahsia mula ditayangkan pada 1987 di pawagam seluruh negara. Menampilkan Noor Kumalasari, Shukery Hashim dan ramai lagi.
Pengarah[sunting | sunting sumber]
Filem Rahsia diarah oleh pengarah Othman Hafsham pada 1987.
Ringkasan[sunting | sunting sumber]
Mengisahkan sepasang suami isteri, Professor Hamdan (Shukery Hashim) dan Ramlah (Noorkumalasari) bersama anak-anaknya, Saiful dan Marina berpindah ke sebuah banglo lama yang terletak di tepi laut. Banglo itu dibeli dari seorang jutawan Dato' Karim (Datuk Yusof Haslam) dan bapa saudaranya Haji Khalid (S. Roomai Noor). Pada mulanya kehidupan mereka sekeluarga di banglo tersebut aman tenteram, namun selepas kematian anak perempuan mereka, Marina yang lemas di laut, mereka mengalami beberapa gangguan aneh. Antaranya, mereka mendengar suara seorang kanak-kanak menjerit memanggil ibubapanya dan terhidu bau asap kemenyan. Professor Hamdan seringkali dihantui mimpi seorang kanak-kanak yang dibunuh seseorang dan mayatnya disembunyikan di dalam almari di dalam sebuah bilik di stor bawah tanah banglo yang didiami mereka. Gangguan aneh dan mimpi yang dialami oleh Saiful pula telah membawa kepada penemuan rangka seorang kanak-kanak lelaki yang ditanam di dalam bilik di stor bawah tanah tersebut, sama seperti mimpi yang dialami oleh Professor Hamdan. Dari loket ditemui pada leher rangka kanak-kanak tersebut dan nama yang tertera pada loket tersebut iaitu Karim Bin Johan, nama kanak-kanak malang itu, Professor Hamdan mula mengesyaki bahawa Haji Khalid adalah dalang di sebalik kejadian ini berdasarkan beberapa kali cubaan membunuh ke atasnya dan pembunuhan seorang pegawai akhbar atas tindakannya cuba menyiasat kejadian ini. Dato' Karim sebenarnya adalah anak kandung Haji Khalid dengan isterinya seorang warga Inggeris dan nama sebenar Dato' Karim adalah Salim. Rahsia dua beranak ini telah terbongkar, Haji Khalid mati lemas di dalam kolam renang di luar rumah agamnya dan Salim telah terbunuh semasa cuba hendak membunuh Professor Hamdan sekeluarga. Dengan matinya dua beranak ini, roh Karim yang sebenar telah terbela dan tiada lagi gangguan aneh menghantui banglo tersebut dan Professor Hamdan sekeluarga hidup aman damai.
Pelakon[sunting | sunting sumber]
- Shukery Hashim sebagai Prof. Hamdan
- Noor Kumalasari sebagai Ramlah
- Noraini Hashim sebagai Makcik, bekas pembantu rumah keluarga Johan
- S. Roomai Noor sebagai Hj. Khalid
- Yusof Haslam sebagai Dato' Karim / Salim
- Abu Bakar Omar sebagai En. Razali, pegawai akhbar
- Liza Othman sebagai Nora
- Adik Fazrideen Fadzil sebagai Saiful
- Adik Ayu Syuhara sebagai Marina
- Adik Amir Noor Mohd Taib sebagai Karim, kanak-kanak malang yang mati dibunuh