Pergi ke kandungan

Rahsia Hati

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Rahsia Hati
GenreDrama
Cinta
Konflik
Berdasarkan daripada
Rahsia Hati
karya Azimah Lily
Ditulis oleh
  • Mufid Suhaimi
  • Fasha Farina
  • Next Scene Team
PengarahSuria Nordin
Dibintangi oleh
Lagu pembukaan"Rahsia Hati" oleh Khai Bahar dan Fatin Husna
Lagu penutup"Rahsia Hati" oleh Khai Bahar dan Fatin Husna
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod13
Penerbitan
Penerbit eksekutifMufid Suhaimi
Penerbit
  • Shamsinar Radzi
  • Sarah Azif
Tempoh siaran45 minit
Syarikat penerbitan
Lock Frame Sdn Bhd 
Penyiaran
Saluran asalTV1 (Slot Widuri)
Format gambar
Format audioDolby Digital
Siaran asal16 Februari 2020 – 8 Mac 2020
Kronologi
MengikutiKau Perempuan Itu
Diikuti olehIsteriku 120kg

Rahsia Hati ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2020 arahan Suria Nordin. Drama ini dibintangi oleh Nur Risteena, Syed Nabil Alhabshi, Alif Muhaimin dan Dyana Zack. Siri ini memulakan tayangan perdana di Slot Widuri, TV1 pada 16 Februari 2020 menggantikan Kau Perempuan Itu.

Tengku Dania Dahlia merupakan seorang jutawan Malaysia yang kehilangan ibu bapanya sejak kecil dan menyedari ibu bapanya terlibat dalam kemalangan yang dirancang. Sejak itu, Tengku Dania Dahlia mahu membongkarkan kisah di sebalik kematian itu dan melindungi satu-satunya adik lelakinya, Tengku Daniel Darius.

Demi menjaga status, Dania ditunangkan tanpa rela oleh atuknya dengan Hairi Azwan. Bagai buku bertemu ruas, mereka sama-sama keras kepala, sama-sama angkuh. Walau malu mengaku, mereka sebenarnya sama-sama sayang. Dalam diam-diam, ketegasan dan sikap terlalu melindungi Tengku Dania Dahlia, si wanita korporat yang pandai bertumbuk meleburkan hati batu Hairi Azwan, si kaki perempuan.

Pelakon utama

[sunting | sunting sumber]
  • Nur Risteena sebagai Tengku Dania Dahlia
  • Syed Nabil Alhabshee sebagai Hairi Azwan Razali
  • Alif Muhaimin sebagai Tengku Daniel Darius
  • Diyana Zakaria sebagai Melisa

Pelakon pembantu

[sunting | sunting sumber]