Raisha (drama)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Raisha)
Jump to navigation Jump to search
Raisha
Genre
Ditulis olehMufid Suhaimi
Next Scene Team
PengarahNizam Zakaria
Dibintangi oleh
Diana Danielle
Lagu pembukaan"Bukan Aku" oleh Tasha Manshahar
Lagu penutup"Bukan Aku" oleh Tasha Manshahar
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod13
Penerbitan
Penerbit eksekutifVareen Kaur
Dato' Sadupal Singh
PenerbitDato' Sri Jaspal S. Korotana
Lokasi
Tempoh siaran42 minit
Syarikat penerbitan
OrangeTree Production
Penyiaran
Saluran asalTV3
Siaran asal21 September 2017 – 9 November 2017
Kronologi
MengikutiMiss Kapten Cikgu Waiz
Diikuti olehCinta Hati Batu

Raisha ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2017 arahan Nizam Zakaria dibintangi oleh Diana Danielle sebagai watak tajuk dan dibintangi bersama oleh Hafidz Roshdi. Drama ini memulakan tayangan perdana di Slot Lestary TV3 dari 21 September 2017 hingga 9 November 2017 menggantikan Miss Kapten Cikgu Waiz.[1] Kesinambungan drama ini, Raisha 2 disiarkan pada 5 Disember 2018.

Siri ini boleh didapati melalui penstriman dalam talian di saluran YouTube rasmi TV3.[2]

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Mengisahkan seorang gadis materialistik yang bernama Raisha (Diana Danielle). Raisha telah dilahirkan dari keluarga yang serba kesusahan. Ibu bapanya, Samsudin dan Arfah (Rahim Jailani dan Laila Nasir) yang telah berkahwin beberapa tahun, menghadapi kesusahan untuk mendapat zuriat. Namun, setelah berjaya melahirkan Raisha, Arfah ditimpa kemalangan dan meninggal dunia. Tragedi ini memberi impak yang amat dalam kepada Raisha.

Walaupun kehidupan Raisha di kampung serba kekurangan, Samsudin sentiasa memberikan pakaian dan barangan yang elok untuk puterinya itu. Masa berlalu dan Raisha sudah pun meningkat dewasa. Terbiasa dengan sifat ayahnya yang sentiasa menurut kehendaknya, Raisha membesar menjadi seorang yang kuat memberontak apabila permintaannya tidak diturutkan. Oleh itu, Raisha dan Samsudin sering tidak sehaluan dan mereka sering mengadu nasib di kubur Arfah.

Sifat manja Raisha semakin menjadi-menjadi apabila dia mula melanjutkan pelajarannya di sebuah institut pengajian tinggi swasta. Hal ini kerana, kebebasan tanpa pengawasan penuh ayahnya yang sentiasa diidamkan Raisha sudah pun tercapai. Di Kuala Lumpur, Raisha berkenalan dengan pelbagai jenis orang di kolejnya termasuk golongan kaya dan golongan industri fesyen. Berrbekalkan dengan kecantikan Raisha, Raisha sering ditawarkan untuk menjadi peragawati. Bermula dari situ, kehidupan Raisha semakin liar dan mula ke kelab malam dan bekerja sebagai peneman sosial bersama rakannya Melly. Namun, kebahagiaan yang dirasakan Raisha ketika itu mula berubah apabila kelab malam mereka dikepung pihak berkuasa dan menangkap semua peneman sosial termasuk Raisha dan Melly. Bagaimanakah kesudahan kehidupan Raisha? Dapatkah Raisha memperbaiki kehidupannya?

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Pelakon utama[sunting | sunting sumber]

Pelakon pembantu[sunting | sunting sumber]

Pelakon undangan[sunting | sunting sumber]

Pelakon kanak-kanak[sunting | sunting sumber]

  • Ainin Batrisyia sebagai Raisha 5 tahun
  • Puteri Athira Damia sebagai Raisha 5 tahun
  • Harith Haziq sebagai Fuad 5 tahun
  • Farhan Nizam sebagai Fuad 12 tahun

Kesinambungan[sunting | sunting sumber]

Kesinambungan drama ini, yang bertajuk Raisha 2 memulakan tayangan perdana di Tonton pada 20 November 2018 dan tayangan perdana rasmi bermula pada 5 Disember 2018 di TV3, mengekalkan Diana dan Hafidz sebagai pelakon utama, dengan penambahan pelakon baru termasuk Hafreez Adam, Azrel Ismail dan Fadlan Hazim.[3]

Anugerah[sunting | sunting sumber]

Tahun Anugerah Kategori Keputusan
2018 Anugerah Skrin 2018[4] Drama Rantaian Terbaik Tercalon

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Budiey (9 September 2017). Sinopsis drama Raisha lakonan Diana Danielle dan Hafidz Roshdi Sensasi Selebriti. Dicapai pada 10 September 2017.
  2. ^ Raisha (2017): Episod Penuh. YouTube. TV3. Dicapai pada 4 Februari 2020.
  3. ^ Budiey (20 November 2018). Sinopsis drama Raisha 2 lakonan Diana Danielle Sensasi Selebriti. Dicapai pada 28 Februari 2019.
  4. ^ Senarai Anugerah Penuh Anugerah Skrin 2018, XTRA. Diterbitkan pada 26 Oktober 2018. Dicapai 27 Oktober 2018.