Raisha (musim 1)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Raisha
Musim 1
Dibintangi
oleh
Diana Danielle
Negara asalMalaysia
Bil. episod13
Keluaran
RangkaianTV3
Tarikh siaran21 September –
9 November 2017
Kronologi musim
← Sebelumnya
Pertama
Selanjutnya →
Musim 2

Musim pertama Raisha, siri drama televisyen Malaysia, memulakan tayangan perdananya di Slot Lestary TV3 dari 21 September 2017 hingga 9 November 2017 menggantikan Miss Kapten Cikgu Waiz dan digantikan oleh Cinta Hati Batu.[1]

Ia juga boleh didapati melalui penstriman dalam talian di saluran YouTube rasmi TV3.[2]

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Raisha (Diana Danielle), seorang gadis materialistik yang telah dilahirkan dari keluarga yang serba kesusahan. Ibu bapanya, Samsudin dan Arfah (Rahim Jailani dan Laila Nasir) yang telah berkahwin beberapa tahun, menghadapi kesusahan untuk mendapat zuriat. Namun, setelah berjaya melahirkan Raisha, Arfah ditimpa kemalangan dan meninggal dunia. Tragedi ini memberi impak yang amat dalam kepada Raisha.

Walaupun kehidupan Raisha di kampung serba kekurangan, Samsudin sentiasa memberikan pakaian dan barangan yang elok untuk puterinya itu. Masa berlalu dan Raisha sudah pun meningkat dewasa. Terbiasa dengan sifat ayahnya yang sentiasa menurut kehendaknya, Raisha membesar menjadi seorang yang kuat memberontak apabila permintaannya tidak diturutkan. Oleh itu, Raisha dan Samsudin sering tidak sehaluan dan mereka sering mengadu nasib di kubur Arfah.

Sifat manja Raisha semakin menjadi-menjadi apabila dia mula melanjutkan pelajarannya di sebuah institut pengajian tinggi swasta. Hal ini kerana, kebebasan tanpa pengawasan penuh ayahnya yang sentiasa diidamkan Raisha sudah pun tercapai. Di Kuala Lumpur, Raisha berkenalan dengan pelbagai jenis orang di kolejnya termasuk golongan kaya dan golongan industri fesyen. Berrbekalkan dengan kecantikan Raisha, Raisha sering ditawarkan untuk menjadi peragawati. Bermula dari situ, kehidupan Raisha semakin liar dan mula ke kelab malam dan bekerja sebagai peneman sosial bersama rakannya Melly. Namun, kebahagiaan yang dirasakan Raisha ketika itu mula berubah apabila kelab malam mereka dikepung pihak berkuasa dan menangkap semua peneman sosial termasuk Raisha dan Melly.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Pelakon utama[sunting | sunting sumber]

Pelakon pembantu[sunting | sunting sumber]

Pelakon undangan[sunting | sunting sumber]

Pelakon kanak-kanak[sunting | sunting sumber]

  • Ainin Batrisyia sebagai Raisha 5 tahun
  • Puteri Athira Damia sebagai Raisha 5 tahun
  • Harith Haziq sebagai Fuad 5 tahun
  • Farhan Nizam sebagai Fuad 12 tahun

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Budiey (9 September 2017). Sinopsis drama Raisha lakonan Diana Danielle dan Hafidz Roshdi Sensasi Selebriti. Dicapai pada 10 September 2017.
  2. ^ Raisha (2017): Episod Penuh. YouTube. TV3. Dicapai pada 4 Februari 2020.