Raisha (musim 2)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Raisha
Musim 2
Dibintangi
oleh
Diana Danielle
Negara asalMalaysia
Bil. episod13
Keluaran
RangkaianTV3
Tonton
Tarikh siaran5 Disember –
21 Disember 2018
Kronologi musim
← Sebelumnya
Musim 1

Musim kedua Raisha, juga dikenali sebagai Raisha 2,[1] ditayangkan di platform Tonton dua minggu sebelum tayangan di TV dan mula ditayangkan di TV3 mulai 5 Disember 2018 sehingga 21 Disember 2018 menggantikan Cinta Lemon Madu dan digantikan oleh Aku Cinta Dia.[2][3][4]

Ia juga boleh didapati melalui penstriman dalam talian di saluran YouTube rasmi TV3.[5]

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Mengisahkan tentang Raisha seorang wanita yang begitu dahagakan populariti. Beliau yang sebelum ini mempunyai seorang anak lelaki, Qayyum hasil dari perkahwinannya bersama Reymy kemudiannya berkahwin dengan Fuad, seorang usahawan muda yang juga sahabat karibnya semenjak bangku sekolah. Setiap perniagaan pastinya melalui beribu cabaran dan Fuad tidak terkecuali. Apabila pendapatan perniagaan Fuad semakin merosot, Raisha merasakan dia perlu mengejar cita-citanya kembali untuk meningkatkan populariti.

Tempat Raisha bekerja dikunjungi syarikat penerbitan dan dijadikan lokasi penggambaran. Bagaikan tuah datang bergolek, kejelitaan Raisha menarik perhatian Rashdan dan ditawarkan watak utama di dalam sebuah filem. Raisha telah merahsiakan statusnya malahan dia mendakwa Qayyum hanyalah anak saudaranya.

Fuad tidak senang hati dengan perubahan Raisha. Raisha sering mencari masa dan alasan untuk berjumpa dengan Rashdan. Dia sudah melupakan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri dan ibu. Rashdan pula sudah jatuh cinta dengan Raisha. Dia meyakinkan Raisha bahawa dia akan menjaga Raisha di Kuala Lumpur nanti. Lantas, Raisha berfikir bahawa penceraian bersama Fuad adalah jalan terbaik baginya.

Perasaan marah telah menguasai Fuad dan mereka berdua bergaduh besar. Fuad tidak akan bersetuju untuk menceraikan isterinya kerana masih menyayangi Raisha. Bagaimanapun, Raisha sudah tidak tahan lagi dengan perangai Fuad yang sering memaksanya untuk berubah. Raisha tetap inginkan penceraian dari Fuad dan nekad berhijrah ke Kuala Lumpur. Adakah Fuad akhirnya melafazkan cerai?

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Pelakon utama[sunting | sunting sumber]

Pelakon pembantu[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Raisha 2 kembali dengan musim baharu Media Permata Online (15 Disember 2018). Dicapai pada 28 Februari 2019.
  2. ^ Raisha 2 lebih dramatik Kosmo!. Dicapai pada 28 Februari 2019.
  3. ^ Salma Syahbuddin (21 November 2018). Raisha 2 kembali menunutut kesempurnaan hanya di Tonton XTRA.com.my. Dicapai pada 1 Disember 2018.
  4. ^ Budiey (20 November 2018). Sinopsis drama Raisha 2 lakonan Diana Danielle Sensasi Selebriti. Dicapai pada 28 Februari 2019.
  5. ^ Raisha 2 (2018): Episod Penuh. YouTube. TV3. Dicapai pada 7 Januari 2020.